29 March 2015

4 Cara Berkesan Singkir Toksin Dari Tubuh

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saban minggu pasti ada yang akan WhatsApp saya dan bertanyakan tentang ingin kuruskan badan, vitamin tidak berkesan, selalu sakit dan seangkatan dengannya. Hari ini saya ingin kongsikan info DETOX. 

Apa itu detox?


Selalu orang menyebut DETOX atau dalam bahasa yang kita selalu sebut NYAHTOKSIN. Apakah maksud sebenar detox?

Secara normal, setiap hari badan kita akan menyingkirkan toksin melalui peluh, najis dan air kencing. Pembuangan toksin dari badan adalah perlu bagi bagi memastikan tubuh badan kita berfungsi secara normal

Dari mana datang toksin?

Toksin pada badan kita datang samada dari persekitaran atau dari dalam badan kita sendiri. Ia masuk ke dalam badan melalui macam-macam cara seperti :
  • UDARA : udara yang mengandungi asap, bahan kimia, racun dan bahan cemar lain disedut masuk ke dalam badan
  • MAKANAN/ MINUMAN : makanan atau minuman yang tidak bersih atau dimasak mungkin mengandungi sisa racun, bahan kimia dan sebagainya.
  • UBATAN : Ubatan sintetik dan vaksin juga boleh menyebabkan toksin bertambah dalam badan.
  • RADIASI : pendedahan terhadap sinar x-ray, bahan radioaktif dan gelombang mikro
  • MAKANAN TIDAK HADAM : makanan yang tidak hadam dan tinggal akan usus akan mengalami tindakbalas biokimia dan meracuni tubuh anda dari dalam
  • DEHIDRASI dan MALNUTRISI : kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan tindakbalas enzim, sistem imun dan saraf yang meracuni sistem manusia

Tanda-tanda anda perlu detox
  • Masalah penghadaman
  • Sembelit
  • Sakit kepala
  • Jerawat
  • Penuaan pra-matang
  • Letih
  • Berat badan berlebihan
  • Insomnia

Cara dan langkah-langkah detox

Bagi membersihkan tubuh dari toksin secara semulajadi, dicadangkan supaya kita mengikuti langkah berikut :
  • PUASA - rehatkan sistem badan, puasa dapat membantu proses detox
  • DETOX hati - rangsang hati anda untuk membuang toksin yang terkumpul dengan cara mengurangkan pengambilan kafein, alkohol, garam, gula, makanan diproses dan sebagainya. Pengambilan sesetengah herba seperti teh hijau, bawang putih, kunyit, sayuran seperti brokoli dan artichoke, cendawan reishi, milk thistle, dandelion root dan sebagainya
  • DETOX Sistem Penghadaman - ambil makanan yang tinggi serat (fiber) seperti sayuran dan buahan segar, gandum, oat, alfalfa, jus limau dan buahan berries.
  • DETOX melalui kulit - minum air yang ditapis lebih banyak dari biasa, lakukan senaman secara teratur bagi menggalakkan pengeluaran peluh, nikmati sauna dan mandian wap 2-3 kali seminggu.
  • MAKANAN BERKHASIAT - setelah melalui proses detox, kawal pemakanan anda dengan mengambil makanan yang berkhasiat, mengambil makanan tambahan dan vitamin dan menggunakan sistem penapis air yang baik
Sukar mengamalkan perkara diatas dengan konsisten dan istiqamah?


Detox dengan SHAKLEE!

Shaklee mencadangkan pengambilan beberapa rangkaian produknya untuk membantu proses detox bagi melancarkan proses membuang toksin dan bahan buangan. Berikut adalah rangkaian produk untuk anda :

Alfalfa Complex
700 tablet runcit RM97.50
330 tablet runcit RM53.75
Hubungi saya untuk harga istimewa

Alfalfa Complex (Detox seluruh tubuh): Herba yang kaya dengan pelbagai nutrisi dan digelar 'Raja Segala Tumbuhan'. Membantu proses detox hati, darah dan usus. Beralkali tinggi dan membantu meneutralkan keasidan badan, membantu menyingkirkan lemak dan kolesterol, membantu merawat masalah penghadaman dan banyak lagi.


DTX Complex

90 kapsul
Harga runcit semenanjung Malaysia ialah RM155
Hubungi saya untuk harga jimat!

DTX Complex (Detox hati) : Campuran 6 herba yang terkenal dalam kesihatan hati iaitu biji benih milk thistle, kunyit, artichoke, cendawan Reishi, dandelion dan biji benih schizandra chinensis. Membantu mengekalkan aliran hempedu, membina semula sel-sel hati, meningkatkan penghasilan enzim untuk proses detox hati, melindungi hati dari toksin dan merawat masalah hati

Garlic Complex

60 tablet
Harga runcit semenanjung Malaysia ialah RM47.50
Hubungi saya untuk harga jimat!

Garlic (Detox darah) : diperbuat dari bawang putih premium yang dirumus bersama ekstrak herba rosemary dan spearmint. Membantu meningkatkan sistem penghadaman, mengeluarkan logam berat dari dalam darah, antibiotik semulajadi meningkatkan sistem imun tubuh.

Herb-Lax

120 tablet
Harga runcit semenanjung Malaysia ialah RM52.50
Hubungi saya untuk harga jimat!

Herblax (Detox usus) : Gabungan 9 herba semulajadi - daun alfalfa, daun jati cina (senna), biji adas manis cina (anise seed), bunga mallow biru (Blue malva), kulit kayu buckthorn, akar likoris, biiji jintan manis (fennel), akar rhubarb dan akar Culver's. Membantu membersihkan usus dari najis lama yang tertinggal, membantu pergerakan semulajadi usus dan melegakan sembelit
  
Bila waktu terbaik detox?

Sebenarnya kita boleh melakukan detox pada bila-bila masa. Badan kita bukan kereta yang perlu ada jadual penyelenggaraan. Cuma yang penting, bila badan rasa tidak selesa, dan timbul simptom-simptom seperti sakit kepala, berat badan berlebihan, tidak hadam, keletihan, sukar tidur dan jerawat - mungkin kita perlukan detox. Pakar nutrisi mencadangkan supaya seorang individu dewasa melakukan detox menyeluruh sekurang-kurangnya setahun sekali. Tapi, sebaiknya anda lakukan mengikut keperluan.


Menurut Dr. Juliet Tien, pakar dalam bidang ini - jika anda jarang-jarang melakukan proses detoksifikasi, disarankan anda melakukannya selepas musim perayaan kerana pada masa inilah anda akan mengambil makanan yang berpotensi mentoksikkan badan dalam jangka masa pendek dan panjang. Makanan manis, berlemak, berminyak, makanan tersedia yang mungkin dicemari yis dan parasit banyak dihidangkan di rumah terbuka dan jamuan-jamuan.

Walau bagaimanapun,singkirkan toksin dari tubuh anda sekarang. Kecuali anda masih sayangkan toksin-toksin tersebut. Toksin memberi kesan buruk kepada tubuh. Detox terbaik adalah dengan mengamalkan proses detox secara berterusan dan konsisten. Better now than later! 

Ingin dapatkan set detox di atas secara online menggunakan kad kredit / kad debit? Klik imej dibawah. 


Atau daftar keahlian Shaklee untuk penjimatan hebat

Anda juga boleh dapatkan produk ini terus daripada saya. Hubungi saya untuk dapatkan rangkaian produk Shaklee dan pendaftaran sebagai ahli Shaklee. 


Rakan Shaklee Anda
Nur Hifzan binti Hj Muhamad Zanini (ije) 
♥ SMS/WhatsApp : 018-270 4872 
♥ FB Page: Vitamin Suci
♥ FB : Hifzan Zanini

No comments: