13 March 2015

7 Fakta Penting Memilih Protein Soya (ESP)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ramai peminat ESP atas dasar khasiatnya yang beribu. Namun ada juga segelintir yang masih ragu-ragu untuk mengamalkan protein soya ESP ini. Dengar kata soya tak bagus. Hari ini saya kupas kenapa ESP berbeza dengan protein soya lain.


Apakah itu GMO?

Organisma ubahsuaian genetik atau popular dengan panggilan genetically modified organism (GMO) selalunya merujuk kepada tanaman atau organisma lain yang mempunyai kandungan genetik yang telah diubahsuai. Kejadiannya melibatkan penggunaan gen asing yang diperoleh daripada organisma lain dan diberikan kepada sel benih yang hendak dijadikan GMO.

Teknologi kejuruteraan genetik membolehkan percantuman di antara kod genetik yang berlainan berlaku. Oleh itu pengubahsuaian genetik dan pewujudan GMO tidak terhad kepada tumbuhan sahaja, malah sebarang hidupan daripada sekecil virus dan bakteria sehinggalah haiwan dan manusia boleh dijadikan GMO.

Kebanyakan penyelidikan GMO bertujuan untuk menghasilkan spesies tanaman yang superior yang mempunyai daya tahan kepada serangan makhluk perosak, berupaya menghasilkan sumber makanan yang berkualiti tinggi. Ia dihasilkan dalam jumlah yang banyak dalam kitaran pertumbuhan yang singkat.

Hasil tanaman boleh disimpan untuk suatu jangka masa yang lama dan spesies tanaman yang boleh ditumbuhkan pada persekitaran yang ekstrem seperti di tanah gersang atau padang pasir. Spesies tanaman makanan seperti jagung, kacang soya, padi dan tomato merupakan sasaran utama dijadikan GMO. - utusan.com.my

ESP tu produk GMO ke?

ESP Shaklee adalah supplement protein berasaskan soya keluaran Shaklee. Soya yang digunakan untuk menghasilkan ESP adalah soya Non GMO. Dalam proses penghasilan ESP, soya yang digunakan dicuci menggunakan air bagi mengekalkan kandungan di dalam soya. 

Salah satu perbezaan ESP jenama Shaklee berbanding soya jenama lain adalah soya shaklee dibasuh dengan menggunakan air. Tahukah anda kebanyakan jenama soya di pasaran dibasuh menggunakan alkohol sebelum diproses. Alkohol ini menyebabkan isoflavanes didalam soya termusnah. Sedangkan isoflavanes inilah yang penting dalam pencegahan kanser

Jadi kalau ada yang kata makan soya punca kanser, memanglah betul sebab soya yang dah diproses dah tiada khasiat isoflavanes . Berbeza dengan ESP Shaklee. Soya Shaklee dibasuh menggunakan air untuk mengekalkan isoflavanes, genistein dan daidzein dan juga keseluruhan kebaikan soya.

ESP shaklee mengandungi lima vitamin B yang penting, rendah lemak, bebas laktosa dan kolestrol

Shaklee merupakan syarikat pertama yang mewujudkan suplemen protein berasaskan kacang soya. Sebenarnya, pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang.

Checklist protein soya

Untuk mencuba produk soya, pastikan produk tersebut menepati checklist yang berikut.

Adakah produk soya anda -
  • Ditanam secara organik?
  • Tidak menjalani proses genetik (Bukan GMO)?
  • Mengandungi 9 asid amino penting?
  • Dalam proses pembuatan untuk menghasilkan soya yang mengasingkan, kepingan soya dihancurkan dan dibasuh dengan air, bukan alkohol?
  • Bahan anti-thyroid/anti-pertumbuhan disingkirkan?
  • Diproses tanpa haba?
  • Ditambah dengan kalsium? (ketika minyak dikeluarkan, ia menjadi makanan berasid – dineutralkan bila kalsium ditambah)?
Sekiranya anda mendapati semuanya atau kebanyakannya TIDAK, maka inilah masanya untuk anda mendapatkan minuman soya yang terjamin dengan ciri-ciri di atas.

Apakah penerangan di sebalik ciri-ciri di atas?
  • KACANG SOYA TIDAK ORGANIK (menggunakan baja kimia, pestisid, etc) – mengandungi khasiat yang rendah tapi tinggi nitrat. Kandungan nitrat yang tinggi membawa risiko KANSER!!!
  • KACANG SOYA GMO - lebih murah untuk menghasilkannya, dan lebih berisiko kepada kesihatan pengguna kerana ia menghasilkan toksin!
  • 9 ASID AMINO - adalah penting untuk proses penghasilan hormon, antibodi dan enzim. Kekurangan asid amino perlu ini menjadikan tubuh kita kurang berkesan untuk menjalankan proses-proses penting dalam tubuh.
  • KACANG SOYA DIPROSES DENGAN ALKOHOL – mengurangkan kadar isoflavone hingga 88%! Isoflavone adalah bahan yang mengurangkan risiko kanser. Ia juga penting dalam tindakan hormon dan jisim tulang.
  • BAHAN ANTI-TIROID & ANTI-PERTUMBUHAN – menyebabkan fungsi tubuh terganggu dalm meningkatkan risiko kanser.
  • KACANG SOYA YANG DIPANASKAN - merosakkan kandungan proteinnya!
  • KACANG SOYA YANG DIPROSES (DIBUANG MINYAKNYA) – menjadi berasid. Kalsium yang ditambahkan akan menjadikannya neutral semula.

Alhamdulillah pilihan produk saya menepati kesemua Checklist di atas. Sepertimana para pengguna yang lain juga, mereka turut berpuas hati dengan ESP.

Apa kata pengguna ESP?

8 Julai 2014. Bulan Ramadhan.

Anak pertama saya dimasukkan ke Hospital kerana keracunan makanan. Saya terpaksa tinggalkan 3 lagi anak lelaki termasuk seorang anak umur 10 bulan yang masih menyusu dgn mak mertua (rumah berdekatan hospital).

Sambil menjaga si abang yg muntah-muntah, saya perlu berulang-alik ke rumah mak mertua kerana menyusukan si kecil. 

Memang penat dan memerlukan tenaga extra lagi-lagi berpuasa dan menyusu. Exhausted tahap tinggi, longlai setiap kali balik ke rumah.

Alhamdulillah, bersahur dengan ESP dan PD sangat membantu kekalkan tenaga dan susu saya di ketika genting ini.

Ingin dapatkan ESP Shaklee secara online menggunakan kad kredit / kad debit? Klik imej dibawah. 


Atau daftar keahlian Shaklee untuk penjimatan hebat

Anda juga boleh dapatkan produk ini terus daripada saya. Hubungi saya untuk dapatkan rangkaian produk Shaklee dan pendaftaran sebagai ahli Shaklee. 


Rakan Shaklee Anda
Nur Hifzan binti Hj Muhamad Zanini (ije) 
♥ SMS/WhatsApp : 018-270 4872 
♥ FB Page: Vitamin Suci
♥ FB : Hifzan Zanini

0 comments: