05 March 2015

Berapa Lama Ambil Vitamin Untuk Lihat Kesan?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya doakan hari ini adalah hari indah untuk anda yang membaca artikel kali ini. Pagi ini saya ingin berkongsi info tentang tempoh sepatutnya mengambil vitamin Shaklee.

Masalah selepas ambil vitamin

Kerap juga saya diutarakan dengan persoalan begini:
  • Ije, saya makan vitamin sejak 2 minggu lepas, tapi tak nampak kesan apa pun.
  • Ije, berat saya sama je macam dulu. Takde beza pun.
  • Saya ambil set penyusuan tapi susu tak banyak pun.

Saya sendiri setuju untuk menyatakan semua orang ingin mencapai jangkaan mereka terhadap sesuatu produk. Contohnya:
  • Sabun tu bagus untuk kulit. 3 hari pakai mesti cantik kulit aku
  • Pil ini boleh kuruskan badan. Seminggu mesti berat aku turun 2kg. Kalau sebulan dan 8kg. Wooww!
Fakta dan realiti

Vitamin bukan ubat yang menyelesaikan masalah pada masa itu juga. Ia adalah proses semulajadi dalam badan kita. Ia melengkapkan nutrien yang diperlukan oleh badan kita untuk berfungsi dengan baik. Sebab itu ia mengambil lebih masa berbanding ubat untuk melihat kesannya. 

Memang ramai juga yang mahu nampak kesan seawal mungkin selepas pengambilan vitamin. Tapi tahukah anda bahawa vitamin memerlukan masa untuk bertindakbalas dan berfungsi secara optimum pada badan seseorang.

Selalunya saya akan pesan kepada pelanggan saya dengan fakta ini:

Pengambilan vitamin perlu konsisten sekurang-kurangnya dalam tempoh 90-120 hari. 
Kenapa?

Sel hidup antara 90-120 hari, maka dalam tempoh itu disarankan apa jua suplemen yang diambil, ambil dengan istiqamah untuk mendapatkan kesan yang diingini. Ini kerana tempoh 90-120 hari merupakan tempoh tempoh penggantian sel, yang mana sel lama yang telah mati akan digantikan dengan sel baru yang lebih sihat (kesan ambil vitamin)

Bagi mengoptimumkan kadar serapan vitamin yang diambil, anda boleh mulakan;

1) Program DETOX : program detox dilakukan bagi proses pembersihan organ dalaman tubuh terutamanya usus. Detox dibahagikan kepada 3 kategori iaitu detox hati (DTX Complex), detox usus (Alfalfa Complex atau Herb-Lax) dan detox darah (Garlic Complex). Baca 3 Jenis Detox 

2) Ambil PROTEIN (ESP atau Mealshake)  bagi menghasilkan sel-sel baru tubuh yang sihat, di samping memperbaiki sel-sel lama.

3) Pengambilan vitamin dan mineral secara KONSISTEN dan berdisiplin.

Jadi anda harus sabar jika belum mendapatkan hasil serta merta. Berikan masa kepada sel anda untuk menyerap zat-zat vitamin iaitu dalam tempoh 90-120 hari.

Perbandingan antara sel sihat dan sel tidak sihat



Ilustrasi diatas menunjukkan perbandingan sel yang sihat dengan sel yang tidak sihat. Anda lihat bagaimana setiap nutrisi yang didapati daripada makanan atau suplemen dapat diserap sepenuhnya oleh sel yang sihat.

Ingat semula ye, langkah-langkah terbaik seperti yang dinyatakan diatas tadi;

DETOX – AMBIL PROTEIN – AMBIL SUPLEMEN.

Berminat untuk detox dan dapatkan cukup protein dengan rangkaian Shaklee? Klik imej di bawah.

Anda ingin membuat pesanan secara online menggunakan kad kredit / kad debit. Klik imej dibawah. 


Atau daftar keahlian Shaklee untuk penjimatan hebat

Anda juga boleh dapatkan produk ini terus daripada saya. Hubungi saya untuk dapatkan rangkaian produk Shaklee dan pendaftaran sebagai ahli Shaklee. 


Rakan Shaklee Anda
Nur Hifzan binti Hj Muhamad Zanini (ije) 
♥ SMS/WhatsApp : 018-270 4872 
♥ FB Page: Vitamin Suci
♥ FB : Hifzan Zanini

0 comments: