11 April 2015

Minum Air 3 Liter Sehari : Air Suam atau Air Sejuk?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Artikel ini cuba melihat kebaikan mengamalkan meminum air suam, anda mesti baca hingga ke noktah terakhir. Banyak info yang perlu anda tahu. 

Air Sejuk VS Air Suam
Petua dan Kebaikan Kesihatan

Kenapa perlu minum air suam? Ramai yang menyangka tabiat minum air suam hanya petua atau cerita daripada 'orang tua2' sahaja. Tetapi, pengamal penjagaan kesihatan juga memang berpendapat bahawa minum air suam menyumbang kepada kehidupan dan kesihatan yang lebih baik. Jadi adakah mengamalkan meminum air suam hanyalah petua orang-orang tua?

Adalah baik mengamalkan meminum air suam semasa perut kosong di waktu pagi. Cuba amalkan.

Kepentingan Air

Meminum air yang secukupnya merupakan satu langkah penting untuk mengelakkan berlakunya dehidrasi badan, satu langkah penting dalam kehidupan seharian untuk mencapai tahap kesihatan yang optimal. Jadi adalah penting untuk anda memastikan tubuh anda mendapatkan air yang secukupnya.

Mengamalkan meminum air diwaktu pagi pula dapat membantu anda meningkatkan metabolisma badan. Manakala mengamalkan meminum air yang secukup pada hari tersebut akan membantu mengimbangi metabolisma badan anda sebaik mungkin.

Air Sejuk (Berais)

Minum air sejuk mungkin boleh beri kepuasan bagi menghilangkan dahaga. Penat bekerja atau selepas bersenam anda tentu akan meminum air sejuk untuk menghilangkan dahaga seharian.

Mereka yang minum air sejuk sebenarnya akan minum lebih banyak air kerana air sejuk rasanya lebih sedap dan lebih memuaskan. Itu tidak dapat dinafikan, air sejuk sememangnya menjadi pilihan selepas waktu bersenam dan untuk menghilangkan dahaga. 

Namun adakah mengamalkan meminum air sejuk berais baik untuk badan? Apa pula kesan mengamalkan meminum air sejuk?

Keburukan minum air berais

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh ahli sains dan pakar pemakanan, amalan meminum air sejuk mempunyai beberapa keburukan, antaranya ialah:
  • Ahli sains percaya air yang sejuk akan mengentalkan lemak dalam makanan yang baru diambil dan menyukarkan sistem pencernaan lemak dalam badan.
  • Kesukaran mencerna lemak dalam badan selanjutnya akan menyukarkan pengeluaran bahan buangan lemak dari dalam badan, ini sebenarnya tidak bagus untuk kesihatan.
  • Air sejuk menyebabkan salur darah perut mengecut dan melambatkan proses penyerapan.

Air Suam vs Air Sejuk - Mana Lebih Baik

Ada pengkaji bidang perubatan yang mempunyai pandangan berbeza tentang sama ada minum air sejuk lebih baik daripada minum air suam terutama selepas melakukan senaman.

Ada doktor yang menyarankan minum air biasa adalah lebih baik daripada minum air sejuk kerana badan terpaksa mengeluarkan tenaga lebih untuk memanaskan air sejuk ini ke tahap suhu badan, menyebabkan terjadinya kehilangan air dalam badan.

Tetapi, ada juga doktor yang menyatakan bahawa selepas aktiviti senaman yang cergas, minum air sejuk akan mudah menyejukkan badan jika dibandingkan dengan air suam.

Bila air sejuk melalui sistem dalam badan, ia mengentalkan lelemak makanan yang baru atau sedang diamalkan.Ini menyebabkan penghadaman serta penyerapan makanan lebih sukar selain dari membuang apa yang tidak perlu dari badan.

Tetapi jika ditukar air sejuk kepada air suam atau panas (seperti teh atau kopi), air yang suam itu akan membantu mencairkan lelemak dalam makanan yang diambil dan memudahkan pencernaan.

Kebaikan mengamalkan air suam

Bangun pagi banyakkan meminum air suam. Itu antara pesanan orang-orang tua, seringkali didengari kita dahulu. Mengamalkan meminum air suam mempunyai beberapa kebaikan, antaranya ialah:-

Mengamalkan meminum air suam secara berterusan akan membantu membuang lemak dengan cara yang lebih senang dari sistem badan serta mengurangkan risiko salur darah tersumbat. Ini baik sekiranya anda sedang mengamalkan program perlangsingan badan atau semasa anda diet.

Jika kita tukar air sejuk yang diminum dengan air suam sepertu meminum teh, kopi atau herba, lemak dalam makanan akan kekal cair dan lebih mudah bagi serapan serta pengeluaran dari badan.

Kaitan demam dan air

Kalau hendak bantu seseorang yang tengah demam panas, jangan guna air sejuk tetapi gunakanlah air yang agak suam.

Air suam baik untuk anak-anak yang demam di rumah. Beri anak anda air suam, kurangkan pengambilan air sejuk. Ini kerana air yang sejuk sebenarnya boleh merangsang dan menaikkan suhu badan. Jika mereka yang demam minum air sejuk, badan mereka akan jadi 'kesejukan'/ Jadi air suam adalah pilihan yang baik.

Minum air suam juga boleh menenang dan merelakskan badan. Selain itu air suam juga baik untuk kesihatan perut anda.

Kebaikan Air Suam - Apa Kata Anda?


Sebenarnya apa yang lebih penting di sini ialah anda mengamalkan meminum air yang secukupnya untuk badan anda, tidak kira sama ada anda mengamalkan meminum air sejuk atau air suam. Namun mengamalkan  meminum air suam adalah lebih baik untuk tubuh badan dan kesihatan anda. Ini kerana air suam mempunyai pelbagai faedah kesihatan yang amat diperlukan oleh anda.

Ingin dapatkan produk Shaklee secara online menggunakan kad kredit / kad debit? Klik imej dibawah. 


Atau daftar keahlian Shaklee untuk penjimatan hebat

Anda juga boleh dapatkan produk ini terus daripada saya. Hubungi saya untuk dapatkan rangkaian produk Shaklee dan pendaftaran sebagai ahli Shaklee. 


Rakan Shaklee Anda
Nur Hifzan binti Hj Muhamad Zanini (ije) 
SMS/WhatsApp : 018-270 4872 
FB Page: Vitamin Suci
Personal FB : Hifzan Zanini

0 comments: