21 April 2015

Perbezaan Asid Folik dan B-Complex

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selalu terdapat keraguan atau tidak pasti dari ibu-ibu hamil mengenai asid folic dan B-Complex Shaklee. Antara persoalan mengenai dua jenis vitamin ni Asid Folik dan Vitamin B Complex adalah seperti berikut:
  • Adakah Asid Folik dan vitamin B-Complex adalah dua jenis vitamin yang sama ataupun berlainan?
  • Perlukah mengambil vitamin B-Complex jika sudah mengambil Asid Folik? 
Semoga dengan sharing ini dapat membantu untuk kita lebih memahami fungsi kedua-dua jenis vitamin ini. 


Perbezaan B-Complex dan asid folik

Adalah penting untuk kita tahu perbezaan di antara dua jenis vitamin ini.
  1. Asid Folik dan Vitamin B Complex adalah dua jenis vitamin yang berbeza
  2. Asid Folik dan Vitamin B Complex mempunyai fungsi berbeza
  3. Penting bagi IBU HAMIL untuk mengamalkan pengambilan kedua-dua jenis vitamin ini. 
Fakta ringkas mengenai asid folik
  • Asid Folik atau Folate adalah Vitamin B9 yang selalunya dijumpai di dalam sayuran hijau, jus buahan dan bijiran.
  • Asid folik diperlukan terutamanya semasa anda merancang untuk hamil, dan 3 bulan pertama selepas hamil. (lebih bagus diamalkan sepanjang tempoh kehamilan, berpantang dan menyusukan anak)
  • Ia boleh mengurangkan risiko untuk mendapat anak yang cacat terutamanya kecacatan saraf (NTD), otak (anencephaly) dan saraf tunjang (spina bifida). 


Peringatan tentang asid folik


Asid folik amat penting untuk wanita yang merancang kehamilan. Ia adalah seperti menyediakan rahim kita dengan nutrient yang secukupnya bagi menerima sel telur. Fasa ini adalah amat penting bagi menentukan kejayaan seseorang wanita itu untuk hamil atau tidak kerana rahim yang kuat akan dapat menerima proses seterusnya manakala rahim yang lemah kerana kekurangan nutrient akan menolak proses selanjutnya mengakibatkan keguguran berlaku. 

Untuk wanita yang mengalami masalah kesuburan dan merancang untuk hamil, anda sangat digalakkan untuk mengambil asid folik. Highly recommended. 

Fakta mengenai vitamin B Complex
  • Vitamin B-complex merupakan vitamin yang diperlukan setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisme yang sihat.
  • Vitamin B mempunyai fungsi yang sangat hebat termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel dan mengekalkan saraf dan kulit yang sihat. 
Perbezaan Vitamin B Complex di pasaran dengan Vitamin B Complex Shaklee

Menjadi kebiasaannya ibu hamil dibekalkan dengan vitamin B-Complex dan Asid Folik apabila membuat pemeriksaan di klinik kerajaan. Namun, tidak ramai yang tahu vitamin B complex tersebut tidak merangkumi 8 kumpulan vitamin B yang utama yang penting iaitu: 
  1. B1 – Thiamin
  2. B2 – Riboflavin
  3. B3 – Niacin
  4. B5 – Panthothenic Acid
  5. B6 – Pyridoxine
  6. B7 – Biotin
  7. B9 – Folic Acid
  8. B12 – Cyanocobalamin
Vitamin B Complex yang dibekalkan percuma dari Klinik Kerajaan hanya merangkumi 3 jenis kumpulan vitamin B iaitu B1, B2 dan B3.

Apabila si ibu mengambil vitamin B Complex dari Klinik Kerajaan dan Asid Folik, mereka masih kurang B5, B6, B7 dan B12. 

Kepentingan pengambilan B-Complex untuk wanita

Bagi ibu hamil pengambilan vitamin B-Complex ini sangat penting terutamanya kepada mereka yg menghidap Diabetes. Hanya 1 tablet sehari diperlukan. 

Pengambilan B Complex boleh diteruskan sehingga selepas bersalin iaitu ketika dalam pantang kerana :
  • B-Complex juga bertindak sebagai penenang/anti stress, boleh mengelak dari terkena penyakit ‘meroyan’
  • ibu menyusukan anak dengan susu badan, si manja juga dapat menikmati khasiat vitamin ini
  • meningkatkan seri wajah ibu selepas bersalin.

Fungsi vitamin lain dalam Set Hamil Shaklee
  • Vita-Lea: membekalkan vitamin dan mineral untuk ibu dan baby
  • Ostematrix: membekalkan kalsium untuk elakkan cramp dan komplikasi semasa bersalin 
  • VitaminC: membina antibodi dan menggalakkan pertumbuhan sel
  • B-Complex: mengandungi asid folic , mengurangkan loya dan reduce stress
  • ESP: memberikan tenaga yang berpanjangan untuk ibu, hasilkan sel-sel kulit baru, kulit ibu dan baby menjadi cantik
  • OmegaGuard: membantu perkembangan otak bayi
*Klik untuk info Set Kehamilan Shaklee

Anda ingin menggunakan DEBIT/CREDIT card anda untuk membuat pembelian produk Shaklee?


(Jika inginkan konsultasi percuma sebelum atau selepas pembelian, info membership dan potongan harga untuk ahli, atau sebarang persoalan boleh hubungi saya ok? kita bincang dulu apa yang sesuai apa yang tak sesuai)

Atau daftar keahlian Shaklee untuk penjimatan hebat

Anda juga boleh dapatkan produk ini terus daripada saya. Hubungi saya untuk dapatkan rangkaian produk Shaklee dan pendaftaran sebagai ahli Shaklee. 


Rakan Shaklee Anda
Nur Hifzan binti Hj Muhamad Zanini (ije) 
SMS/WhatsApp : 018-270 4872 
FB Page: Vitamin Suci
Personal FB : Hifzan Zanini


0 comments: