18 May 2015

5 Jenis Jerawat dan Cara Atasi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kulit berjerawat adalah masalah biasa dihadapi oleh semua lapisan masyrakat. Tidak kira lelaki, perempuan, remaja malah orang tua, pasti akan mengalami masalah ni. Tahukah anda terdapat pelbagai jenis jerawat dan semestinya cara untuk merawat juga berbeza. Tetapi, secara umumnya semua jerawat adalah disebabkan oleh liang pori tersumbat.  Jom kita kenali jenis-jenis jerawat. Nanti baru senang nak merawatnya.

1) Blackhead dan whitehead

2 jenis jerawat ini disebabkan oleh liang pori tersumbat oleh minyak, sel-sel kulit mati dan jangkitan bakteria. Jika liang yang tersumbat kekal terbuka, pigmen kulit telah teroksida dan menyebabkan ia kelihatan bintik hitam. Ini dikenali sebagai blackhead.Jika liang yang tersumbat itu tertutup, bintik putih akan kelihatan dan ini dikenali sebagai whitehead. 


2) Papules dan Pustules

Jerawat jenis ini berlaku apabila ia menjadi radangPapules membentuk benjolan kecil berwarna merah atau merah jambu pada kulit. Jerawat jenis ini boleh menjadi sensitif apabila disentuh. Manakala pustules menyerupai whitehead dengan bulatan merah di sekitar ketulan. Ketulan ini biasanya dipenuhi dengan nanah putih atau kuning. Elakkan picit jerawat jenis ini kerana ia boleh menyebabkan jerawat semakin teruk dan akan meninggalkan parut. Kedua-dua jenis jerawat ini sukar untuk dirawat. Ubat jerawat yang boleh didapati di farmasi mungkin berkesan untuk merawat jerawat jenis ini. Anda juga boleh berjumpa dengan pakar kulit untuk dapatkan rawatan.

3) Nodules dan cyst

Apabila liang tersumbat mengalami keradangan yang lebih serius, benjolan jerawat menjadi lebih besar dan jangkitan bakteria lebih jauh ke dalam kulit. Ia akan rasa sakit bila disentuh. Nodul atau lebih dikenali sebagai jerawat batu, mempunyai tekstur keras apabila disentuh dan ia boleh meninggalkan parut di muka. Cyst pula besar, bernanah, kelihatan luka dan menyerupai bisul. Kedua-dua jenis jerawat ini sangat menyakitkan dan harus dirawat oleh pakar kulit. Mereka yang mempunyai masalah ini, dikategorikan sebagai masalah jerawat yang serius.

4) Jerawat Mechanica

Jerawat jenis ini disebabkan oleh haba, geseran dan tekanan terhadap kulit. Ia selalu terjadi apabila memakai gear sukan seperti topi keledar atau topi besbol. Ia kadang-kadang dikenali sebagai 'sports-induced acne' kerana ia kerap terjadi kepada atlet. Langkah-langkah pencegahan termasuklah memakai kain yang menyerap peluh di bawah peralatan sukan dan mandi serta-merta selepas aktiviti sukan.


5) Jerawat Conglobata

Jerawat conglobata adalah sejenis jerawat yang paling serius. Ia melibatkan banyak keradangan nodul yang berhubung dengan nodul lain di bawah kulit. Ia boleh menjangkiti kawasan leher, dada, lengan dan punggung. Ia sering meninggalkan parut. Jerawat jenis ini kebiasaannya dialami oleh lelaki dan kadang-kadang disebabkan oleh pengambilan steroid atau testosteron. Rawatan oleh pakar kulit amatlah penting.


Kaedah rawatan

Bagi anda yang mengalami masalah jerawat yang serius, saya sarankan berjumpalah dengan pakar kulit. Jangan biarkan berlarutan dan menggunakan produk-produk sebarangan yang boleh memudaratkan lagi masalah anda. 

Manakala bagi mereka yang mengalami masalah jerawat yang tidak serius dan tidak kronik, anda boleh cuba amalkan set vitamin yang khas untuk masalah jerawat. Set vitamin ini berfungsi untuk membantu dari dalam untuk mengurangkan jerawat. Ia bukan sahaja dapat mengurangkan jerawat, dengan amalkan vitamin ini secara konsisten, kulit anda akan menjadi lebih cerah, gebu dan licin! Bonus lain, badan anda akan berasa lebih sihat dan cergas. 


Alfalfa Complex berfungsi sebagai agen detox untuk membersihkan darah dan membuang toksin daripada badan. Proses detox ini adalah sangat penting untuk menghidap jerawat kerana kemungkinan besar jerawat tumbuh disebabkan oleh toksin dalam badan.

Zinc Complex bertindak untuk mempercepatkan proses pemulihan luka. Ia mengecutkan jerawat dan membantu memulihkan luka jerawat dengan cepat.

SR Vita-C Plus pula ialah sumber vitamin C yang penting untuk kesihatan kulit. Vitamin C Shaklee dipatenkan dengan teknologi Sustained Release (SR) yang mana ia melepaskan vitamin C secara berperingkat mengikut masa. Ini membantu tubuh untuk sentiasa mempunyai bekalan vitamin C kerana vitamin C mudah larut dalam air.

ESP pula merupakan sumber protein. Protein penting bagi mereka yang mempunyai jerawat kerana protein merupakan 'makanan' kepada sel. Sel yang mendapat bekalan protein mencukupi adalah sel yang sihat. Sel sihat ini membentuk kulit yang cantik bebas jerawat!

Untuk ketahui Promosi Bulan Ini, klik pada link. 

Berminat untuk dapatkan produk Shaklee?

Untuk pembelian produk Shaklee secara online menggunakan kad kredit / kad debit? Klik imej dibawah. 


Atau daftar keahlian Shaklee untuk penjimatan hebat


Anda juga boleh dapatkan produk ini terus daripada saya. Hubungi saya untuk dapatkan rangkaian produk Shaklee dengan konsultasi percuma atau pendaftaran sebagai ahli Shaklee. 


Rakan Shaklee Anda
Nur Hifzan binti Hj Muhamad Zanini (ije) 
SMS/WhatsApp : 018-270 4872 
FB Page: Vitamin Suci
Personal FB : Hifzan Zanini

0 comments: