08 May 2015

Cara Selamat Baikkan Demam Bayi Kecil

Dalam entry Adaa sebelum ni  UBAT sebagai MAKANAN atau MAKANAN (suplement) sebagai UBAT?? Adaa ade highlight tentang keburukan terlalu bergantung pada ubat..kali ni nak sentuh tentang beri ubat pada kanak-kanak atau bayi pulak..kalo kita gi klinik sekali pon, mmg ada Doktor yang cakap tak elok beri ubat pada baby/kanak-kanak..sbb ubatan ni mengandungi drugs..tentunya x sesuai untuk kanak2 yang masih terlalu muda..system pon tgh fresh lagi..Jom baca article ni.

(Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/108137 )
Kebanyakan ubat batuk dan selesema tidak sesuai digunakan bagi kanak-kanak berumur bawah dua tahun, demikian penemuan terbaru Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) Kementerian Kesihatan.
Susulan itu, Bernama melaporkan, PBKD memutuskan untuk mengehadkan penggunaan produk untuk merawat batuk dan selesema bagi kanak-kanak, kata Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Eisah A Rahman.
Amaran keselamatan seperti “Tidak sesuai digunakan di kalangan kanak-kanak yang berumur di bawah dua tahun” dan “Digunakan dengan berhati-hati dan mengikut nasihat doktor/ahli farmasi bagi kanak-kanak yang berumur di antara 2 hingga 6 tahun” wajib dinyatakan dengan jelas pada label dan sisipan bungkusan produk berkaitan, katanya dalam satu kenyataan.
Produk-produk terlibat adalah sediaan cecair melalui mulut yang mengandungi antihistamin (seperti Brompheniramine, Chlorpheniramine, Clemastine, Dexbropheniramine, Diphenhydramine, Pheniramine, Promethazine dan Triprolidine), antitusif (seperti Dextromethorphan dan Diphenhydramine) dan dekongestan (seperti Ephedrine, Phenylephrine dan Pseudoephedrine) yang digunakan untuk rawatan batuk dan selesema.
Eisah dipetik berkata produk sedia ada di pasaran berkemungkinan tidak mempunyai kenyataan amaran pada label produk mereka.
Tambah pegawai kanan kementerian itu, apabila memberi ubat batuk dan selesema kepada kanak-kanak yang berumur lebih daripada dua tahun, ibu bapa dan pengguna perlu mengikut aturan pemakanan yang dijelaskan.
Pengambilan ubat batuk dan selesema boleh membahayakan jika diberi melebihi dos yang disarankan, memberi terlalu kerap atau mengambil lebih satu jenis ubat yang mengandungi bahan aktif sama.

“Kebanyakan kandungan dalam persediaan ubat batuk dan selesema mengandungi campuran beberapa bahan ubat dan pemberian lebih daripada satu jenis ubat boleh menyebabkan dos yang berlebihan sekiranya tidak berhati-bati,” Eisah dipetik berkata semalam.
Tambahnya lagi, demam biasa tidak memerlukan rawatan perubatan yang khusus, kerana kebiasaannya batuk dan selesema yang dialami kanak-kanak boleh sembuh dengan sendirinya.
“Selesema daripada jangkitan virus boleh ditangani dengan rehat, pengambilan air yang mencukupi dan mementingkan keselesaan pesakit,” katanya seperti dilaporkan.
Bagaimanapun, kata Eisah, jika simptom berlarutan dan semakin teruk atau tidak menunjukkan tanda-tanda pulih atau disertai dengan demam, mukus pekat dan kahak, pengguna perlu mendapatkan nasihat doktor.

———————————————————————————————————
Sebaiknya, jika simptom tu tak berat, janganlah bagi ubat pada anak2 kita..bukan tak sayang..sbb sayang lah ni tak mau bg ubat bnyk2..jgnlah sikit2 bg ubat, sikit2 bg ubat..sian dia..ada cara lain yang boleh kita lakukan untuk kesihatan anak2 kita..nnt Adaa share dlm entry ALTERNATIF UNTUK MERAWAT ANAK DEMAM, SELSEMA BATUK

Sayangi anak-anak anda~~ :)

No comments: