09 July 2015

Kurus cepat dengan minum air lemon? Betul ke? Kalau tak percaya cuba try test tengok. Anda mungkin dapat merasakan peningkatan positif dari segi mood dan kesihatan keseluruhan hanya selepas 3 hari mencubanya. Amalkan selama 30 hari dengan konsisten dan beritahu kami di CaptVitamin, pendapat anda.
Bagaimana nak buat? Senang sahaja, ambil separuh lemon.Perah dalam air suam dan minum dengan perut kosong sebaik bangun dari tidur. Tunggu 15 minit sebelum ambil sarapan.
Baca seterusnya untuk mengetahui khasiat lemon.

1. Membantu sistem imun: Lemon kaya dengan antioksidan vitamin C , yang diketahui peranannya dalam menyokong sistem pertahanan badan. Asid askorbik (vitamin C ) yang terdapat dalam lemon mempunyai ciri anti –radang dan digunakan sebagai bahan sokongan tambahan untuk rawatan asma dan simptom masalah pernafasan yang lain. Lemon juga mengandungi saponin , yang menunjukkan ciri-ciri antimikrob yang boleh membantu menghindari selsema (flu). Asid askorbik yangterkandung dalam lemon juga meningkatkan penyerapan zat besi dalam badan; besi memainkan peranan penting dalam sistem imun.

2. Mengalkali pH badan: Walaupun lemon pada dasarnya mengandungi asid, tetapi apabila diproses dalam badan manusia hasilnya (by product) adalah dalam keadaan beralkali. Lemon mengandungi kedua-dua sitrik dan asid askorbik , asid-asid lemah mudah dimetabolismakan dalam badan membolehkan kandungan mineral lemon untuk membantu pengalkalian darah (pH optimal darah ialah : 7.35 – 7.45). Darah yang berpH rendah dari itu (berasid) sangat “subur” untuk sel-sel kanser dan bakteria jadi mengundang pelbagai jenis penyakit.

3. Membantu pencernaan dan membuang toksin: Flavonoids Citrus dipercayai merangsang fungsi hati dan membersihkan hati, jus lemon diketahui secara tradisi di seluruh dunia menyokong pencernaan asid hidroklorik di dalam perut lagi membantu penghadaman. Vitamin C yang hadir juga dikaitkan dengan pengurangan risiko ulser peptik disebabkan oleh bakteria Helicobacter pylori .

4. Kulit yang sihat dan cantik: Vitamin C dan antioksidan lain dalam lemon menangani kerosakan dari radikal bebas (kedutan, jeragat, tanda penuaan) terutama yang disebabkan oleh pendedahan kepada UV dan toksin yang hadir dalam alam persekitaran. Selain itu, oleh sebab lemon merangsang funsi hati, jadi ia membantu membersihkan toksin dari darah justeru secara langsung menyebabkab kulit menjadi bersih dan bebas jeragat.

0 comments: