16 July 2015

Radikal Bebas, Penyakit dan Penuaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pagi ni saya membaca info tentang hubung kait antara radikal bebas, penyakit dan penuaan. Saya kongsikan info yang saya baca daripada sumber ini.

Kemajuan dalam bidang perubatan sejak seabad yang lalu telah meningkatkan jangka hayat manusia sebanyak 50%. Pembangunan sistem pembentungan yang maju, air bersih, antibiotik, vaksin dan kebersihan diri telah berjaya menghapuskan kebanyakan penyakit berjangkit. Jangka hayat dapat dipanjangkan dan penyakit akut bukan lagi penyebab kematian utama.

Namun terdapat banyak kematian yang disebabkan oleh penyakit kronik, seperti kanser, lemah jantung dan lain-lain penyakit yang berpunca dari kelemahan dan ketidakfungsian sistem imun. Penyakit-penyakit yang membuat pengidapnya kurang berupaya dan perlu bergantung kepada orang lain. Ketidakupayaan meningkat dalam beberapa tahun terakhir kehidupan, begitu juga dengan penyakit, yang menjadikan kematian satu proses panjang yang mahal dan menyakitkan.

Apakah yang menyebabkan penuaan dan penambahan penyakit dan ketidakupayaan apabila usia semakin meningkat?

Daripada berbagai teori mengenai penuaan, sehingga kini hanya teori radikal bebas yang diterima ramai. Teori ini mula diketengahkan oleh Professor Denham Harman pada tahun 1954. Ia menyatakan bahawa penuaan disebabkan oleh pengumpulan perubahan dalam badan yang disebabkan oleh molekul reaktif tinggi yang dikenali sebagai radikal bebas.

Dari mana datangnya radikal bebas dan apa kesannya?

Sel badan kita menggunakan oksigen untuk menghasilkan tenaga. Di dalam proses tersebut, kadang-kadang oksigen akan bertindakbalas dengan sebatian badan dan menghasilkan molekul yang sangat tidak stabil. Molekul ini dikenali sebagai radikal bebas. Selain dari proses biasa badan kita, faktor alam sekitar seperti pencemaran udara, asap rokok, radiasi, bahan kimia dan lain-lainnya akan menambahkan lagi pembentukan radikal bebas. Masalah akan timbul apabila jumlah radikal bebas melebihi daripada yang mampu dihapuskan oleh sistem badan. Keadaan dikenali sebagai stres oksidatif.

Radikal bebas adalah molekul yang elektronnya tidak mempunyai pasangan. Ini membuat ia menjadi tidak stabil dan tersangat reaktif. Untuk kembali stabil, radikal bebas akan segera merampas elektron dari sebatian yang stabil tetapi lemah pertahanannya. Sebatian tersebut adalah sel badan kita. Pencerobohan ini merosakkan sel, merubah fungsi dan juga DNAnya. Kerosakan ini melibatkan semua sel baru yang mewarisi DNA tersebut. Semakin usia meningkat semakin bertambahlah sel badan yang rosak, justeru semakin banyaklah fungsi semula- jadi badan yang tergendala dan ianya mengundang berbagai masalah kesihatan.

Kajian-kajian yang dijalankan di zaman moden ini telah menemui pertalian antara stres oksidatif dengan lebih dari 200 jenis penyakit. Antaranya kanser, arthritis, kencing manis, penyakit buah pinggang, penyakit Alzheimer, penyakit Parkinson, buta akibat usia dan lain-lain penyakit degeneratif.

Bagaimana hendak tangani radikal bebas?

Badan kita memerlukan antioksidan untuk memusnahkan radikal bebas. Namun begitu badan kita tidak mengeluarkan anti-oksidan, ia bergantung kepada bekalan yang diperolehi dari makanan kita. Seperti yang telah diketahui ramai, anti-oksidan boleh diperolehi dari Vitamin C, Vitamin E dan Vitamin A (beta karotina).




Kajian-kajian yang dijalankan oleh beberapa institusi mendapati bahawa sumber terbaik antioksidan boleh diperolehi dari sejenis buah beri yang dinamakan Acai. Ia mengandungi 33 kali lebih banyak anti-oksidan jika dibandingkan dengan anggur merah. Beri Acai telah dinobatkan sebagai salah satu dari "10 makanan hebat untuk menentang penuaan" di dalam rancangan Oprah Winfrey.

Terdapat beberapa produk pemakanan tambahan yang menggunakan beri Acai sebagai bahan utamanya. Ia digabungkan dengan beberapa buah-buahan lain yang mengandungi kandungan anti-oksidan yang tinggi dan ditambah dengan bahan-bahan lain untuk memperbaiki sistem badan yang telah rosak akibat serangan radikal bebas.

"CEGAH APA YANG BOLEH DICEGAH DAN LAMBATKAN APA YANG TIDAK BOLEH DIELAKKAN."

Klik SR VITA-C PLUS, VITA-E COMPLEX, CAROTOMAX untuk info lanjut.

Berminat? Ayuh hubungi saya.

JAMINAN KAMI

Shaklee merupakan suplemen semulajadi dan memegang piagam
  • Selamat (sijil Halal dan kelulusan KKM)
  • Semulajadi
  • Berkesan
  • Piagam ini telah diikrarkan semenjak lebih 50 tahun lalu, dan kini masih teguh berpegang padanya.
  • Shaklee Difference: Always Safe, Always Works, Always Green.
MENGAPA SAYA?

Saya merupakan pengedar Shaklee yang jujur dan amanah, serta lebih mementingkan kesihatan anda. Hubungi saya agar saya boleh bantu anda dan keluarga anda lebih sihat. Saya juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin dan konsultansi percuma berkaitan produk Shaklee yang sesuai untuk anda.
PENGHANTARAN

Anda boleh memilih untuk COD. COD boleh diadakan di sekitar Kluang. Pos juga boleh diatur ke seluruh dunia samada menggunakan khidmat Poslaju, City-Link, GDex atau lain-lain yang bersesuaian dengan lokasi anda.
PEMBAYARAN

Pembayaran boleh dibuat menggunakan akaun Maybank, CIMB, Bank Simpanan Nasional , Bank Islam atau Western Union jika anda tinggal di luar negara.

SAYA NAK BELI SET SHAKLEE!

Untuk mendapatkannya, anda mempunyai beberapa pilihan:
  • belian online dengan menggunakan kad debit atau kad kredit
  • belian di cawangan Shaklee terdekat (ID: 933 313) 
  • hubungi saya di talian WhatsApp / Telegram 018 270 4872 (Hifzan Zanini) untuk sebarang bantuan
Untuk ketahui Promosi Bulan Ini, klik pada link.

Untuk pembelian produk Shaklee secara online menggunakan kad kredit / kad debit? Klik imej dibawah. 

Atau daftar keahlian Shaklee untuk penjimatan hebat


Anda juga boleh dapatkan produk ini terus daripada saya. Hubungi saya untuk dapatkan rangkaian produk Shaklee dengan konsultasi percuma atau pendaftaran sebagai ahli Shaklee. 


Rakan Shaklee Anda
Nur Hifzan binti Hj Muhamad Zanini (ije) 
SMS/WhatsApp : 018-270 4872 
FB Page: Vitamin Suci
Personal FB : Hifzan Zanini

No comments: