25 July 2015

Rawatan Vertigo Dengat Cepat, Berkesan dan Selamat

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Dalam group Shaklee, kami ada berbincang tentang Vertigo. Saya baru tahu kewujudan penyakit ini. Nama yang sedap disebut. Tapi azab pesakit kita tak tahu. Pagi ni saya gali ilmu vertigo. Moga dapat membantu anda yang mengalami vertigo untuk sembuh dengan vitamin semulajadi tanpa bergantung kepada ubat yang mengandungi dadah. 

Apa itu Vertigo?

Vertigo ialah situasi dimana seseorang akan merasa pening seperti kepala atau sekeliling berputar yang boleh menyebabkan seseorang tidak stabil, jatuh atau pitam.

Pernah tidak anda merasakan anda sedang bergerak atau berpusing-pusing atau merasakan bilik yang bergerak sedangkan anda sedang berdiri atau sedang terbaring?

Tahukah anda vertigo boleh disebabkan beberapa masalah berbeza yang membabitkan telinga dan otak? Dan ada diantaranya tidak serius, manakala ada yang boleh mengancam nyawa.



Apa gejala vertigo?
  • Anda merasakan ruang atau diri anda berpusing-pusing atau bergoyang.
  • Anda merasakan hilang keseimbangan. Ianya boleh berlaku dalam sesaat, seminit, sejam atau sehari. Perasaan ketidakseimbangan itu boleh datang dan pergi.
  • Anda menjadi seorang yang sensitif pada cahaya, bunyi serta merasa sakit kepala.
  • Anda merasakan penglihatan bertindih
  • Anda merasakan kesukaran bernafas, berpeluh 
  • Anda merasakan pergerakan jantung yang cepat.
  • Anda tetiba mempunyai masalah untuk menelan dan bercakap serta merasa lemah.
Jangan tunggu lagi, segera dapatkan rawatan dan pengesahan dari doktor pakar iaitu Pakar Telinga, hidung dan tekak (ENT).

Apa penyebab berlaku vertigo?
  • Masalah Telinga - radangan, jangkitan atau mendapan serta pembentukan kalsium (otolith) di saluran semisirkular yang boleh menyebakan masalah dalam sistem vestibular. Sistem Vestibular ini meliputi telinga dan sistem saraf yang mengawal keseimbangan.
  • Ada 3 jenis VERTIGO yang disebabkan oleh masalah telinga iaitu 'Benign Paroxysmal Postional Vertigo'aka BPPV, penyakit meniere seperti telinga berdegung, perasaan rasa macam berputar-putar dan radang urat saraf vestibular.
  • BPPV  disebabkan oleh pembentukan kalsium dalam telinga yang dipanggil otolith yang termendap dibahagian yang tidak sepatutnya disaluran semisirkular.
  • Penyakit Meniere adalah keadaan yang menyebabkan berlaku berulang kali tiga gejala vertigo, kehilangan pendengaran dan bunyi dalam telinga (tinnitus).
  • Radang urat saraf vestibular disebabkan oleh virus yang boleh mengakibatkan kebengkakan atau keradangan sekeliling saraf.
  • Vertigo yang berlaku boleh berlanjutan beberapa minit ke beberapa jam. Ia kemungkinan disebabkan oleh pembentukan cecair dalam koklea telinga.
  • malah mereka yang diserang Vertigo yang teruk boleh mengakibatkan loya, muntah dan kesukaran berjalan atau berdiri sehinggakan boleh mengalami kurang pendengaran pada sebelah telinga.

Apa punca berlaku vertigo?
  • Kecederaan kepala akibat dari kemalangan,trauma atau selepas pembedahan bahagian kepala yang boleh menjejaskan sistem vestibular.
  • Kesan dari ubat-ubatan, namun ianya jarang-jarang berlaku.
  • Migrain dimana ianya dipanggil migrain vestibular.
  • Strok atau TIA (serangan iskemia sementara), pendarahan dalam otak atau multiple sclerosis.

Anda perlukan rawatan jika...
  • pening kepala yang teruk
  • demam yang tinggi
  • penglihatan bertindih atau kurang jelas
  • masalah bercakap atau mendengar
  • kelemahan kaki dan tangan
  • ketidakupayaan untuk berjalan
  • pitam, kebas, sakit dada
  • muntah tanpa henti.

Siapa berisiko mengalami vertigo?
  • sudah berumur
  • pernah diserang strok
  • mempunyai faktor untuk strok (tekanan darah, kencing manis, merokok)
Tahukah anda bahawa punca keberkesanan sistem saraf dalam melaksanakan tugasan didalam badan memainkan peranan..Namun apabila sistem saraf tidak sihat, adalah penting mencari 'makanan' nutrisi yang boleh membantu mengekalkan dan memperbaiki sistem saraf tersebut.

Apa nutrien yang diperlukan?

Punca sebenar masalah vertigo ialah keberkesanan sistem saraf dalam melaksanakan tugasnya, serta masalah penuaan yang disebabkan oleh stres oksidatif, jadi nutrien yang paling penting adalah nutrien yang membantu mengekalkan sistem saraf dan mengurangkan kerosakan akibat stres oksidatif. Antara yang penting ialah:

  • Vitamin B-Complex - bagi mengekalkan sistem saraf yang sihat (B-Complex)
  • Vitamin C dan Vitamin E - antioksidan yang membantu mengurangkan kerosakan akibat stress oksidatif (SR Vita-C Plus dan Vita-E Complex)
  • Kolina - membantu meningkatkan kesihatan sistem saraf dan menghalang arteri daripada mengeras (Lecithin)
  • Ko-enzim Q10 - membantu meningkatkan pengaliran darah ke otak (CoQHealth Plus)

Apa Shaklee boleh bantu?
  • Vivix : Anti-oksida yang terbaik dihasilkan oleh Shaklee yang merangkumi semua keperluan dalam tubuh badan seperti pemulihan fungsi sel, melambatkan pembentukan protin AGE (advanced glycation end product) yang boleh menggangu keutuhan sel. Disamping itu juga, Vivix ini menguatkan sistem imun bagi membantu melawan penyakit-penyakit lain. Seperti merendahkan tekanan darah, tahap kolestrol,mengurangkan artritis, anti-inflamasi, mengawal selia insulian atau diabetic dan banyak lagi
  • Performance Drink : membekalkann tenaga segera
  • B-Complex : B6 yang terkandung didalam B Complex penting untuk membantu dan mengeluarkan antibodi baik. Ianya juga membantu pembinaan protein dalam tubuh. Membantu hati menghasilkan Glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel mati dan memelihara sistem saraf serta berfungsi sebagai anti stress.'
  • SR Vita-C Plus : bertindak sebagai anti-histamin. Menentang infeksi bakteria serta radikal bebas. Meningkatkan sistem imun dimana membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik. Ianya juga merupakan anti oksidan yang kuat.
  • Lecithin : Amat diperlukan dalam fungsi saraf dan fungsi otak dengan membekalkan kolina untuk mempertingkatkan daya ingatan,meringankan stres dan menyihatkan sistem saraf.
  • Vita-Lea : multivitamin dan mineral yang mengandungi 30 nutrisi lengkap, 12 vitamin dan 7 mineral penting yang diperlukan oleh tubuh badan bagi melengkapi kekurangan nutrisi.
  • CoQHealth Plus : membekalkan ko-enzim Q10 yang membantu meningkatkan pengaliran darah ke otak
Apa kata pengguna Shaklee?

Testimoni 1 : pulih selepas 1 minggu ambil Vivix


Testimoni 2 : vertigo hilang selepas amalkan Performance Drink (PD)


Berminat? Ayuh hubungi saya.

JAMINAN KAMI

Shaklee merupakan suplemen semulajadi dan memegang piagam
  • Selamat (sijil Halal dan kelulusan KKM)
  • Semulajadi
  • Berkesan
  • Piagam ini telah diikrarkan semenjak lebih 50 tahun lalu, dan kini masih teguh berpegang padanya.
  • Shaklee Difference: Always Safe, Always Works, Always Green.
MENGAPA SAYA?

Saya merupakan pengedar Shaklee yang jujur dan amanah, serta lebih mementingkan kesihatan anda. Hubungi saya agar saya boleh bantu anda dan keluarga anda lebih sihat. Saya juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin dan konsultansi percuma berkaitan produk Shaklee yang sesuai untuk anda.
PENGHANTARAN

Anda boleh memilih untuk COD. COD boleh diadakan di sekitar Kluang. Pos juga boleh diatur ke seluruh dunia samada menggunakan khidmat Poslaju, City-Link, GDex atau lain-lain yang bersesuaian dengan lokasi anda.
PEMBAYARAN

Pembayaran boleh dibuat menggunakan akaun Maybank, CIMB, Bank Simpanan Nasional , Bank Islam atau Western Union jika anda tinggal di luar negara.

SAYA NAK BELI SET SHAKLEE!

Untuk mendapatkannya, anda mempunyai beberapa pilihan:
  • belian online dengan menggunakan kad debit atau kad kredit
  • belian di cawangan Shaklee terdekat (ID: 933 313) 
  • hubungi saya di talian WhatsApp / Telegram 018 270 4872 (Hifzan Zanini) untuk sebarang bantuan
Untuk ketahui Promosi Bulan Ini, klik pada link.

Untuk pembelian produk Shaklee secara online menggunakan kad kredit / kad debit? Klik imej dibawah. 

Atau daftar keahlian Shaklee untuk penjimatan hebat


Anda juga boleh dapatkan produk ini terus daripada saya. Hubungi saya untuk dapatkan rangkaian produk Shaklee dengan konsultasi percuma atau pendaftaran sebagai ahli Shaklee. 


Rakan Shaklee Anda
Nur Hifzan binti Hj Muhamad Zanini (ije) 
SMS/WhatsApp : 018-270 4872 
FB Page: Vitamin Suci
Personal FB : Hifzan Zanini

7 comments:

Scdha Sein (SS) said...

Kunjungan balas dari SS... Selamat Hari Raya... :-)

paridah said...

assalam...patut tahu tentang penyakit vertigo ni...info menarik tq.

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Assalamualaikum..
Thanks singgah blog Kak Mirror and tinggalkan komen.
Salam ukhwah.

fairus said...

Selamat maju jaya dalam perniagaan yang diceburi.. Kalau nak mencuba perniagaan lain boleh search FB fan page saya Geng Tone Excel. :)

anamizu said...

salam kunjung balas sis :)

eeee geramnya tngok fmly kecil sis berbaju royal blue kat tepi tu!
kemain hensem lagi si kecik tu bersamping. geram acik ana tengok hehe

ana dah add juga link blog sis kat bloglist ana :)

BrigettRusx said...

ada kaitan rupanya vertigo ni dengan trauma.. takutnya 😰

aizah said...

terima kasih atas info , menarik :)
merbahaya juga vertigo ni kan , akal utak dicegah kita berisiko diserang stroke