21 August 2015

August Top Commentator Giveaways!

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Ini merupakan segmen pertama saya dalam usaha mengumpul URL bloggers untuk dikunjungi setiap hari. Tinggi impian dan cita-cita. Hehe. Boleh la saling berkongsi ilmu dan pengalaman dengan geng bloggers yang lain bila dah kumpul URL korang nanti. 

Biarpun Ogos hanya berbaki 10 hari, tapi sebab dah exicted nak bagi blogger hadiah maka kita layan aje lah! Ganjaran untuk semua bloggers yang menyertai sesi ni ialah URL blog anda akan diletakkan di ruangan BLOGLIST sidebar blog saya.

Apa anda perlu buat?

1. Komen pada mana-mana entri saya dalam blog ini. Makin banyak komen, makin cerah peluang anda! Wahh macam nak dapat sebuah kereta. Hehe.
2. Klik 'LIKE' Page FB VitaminSuci
3. Komen 'Done' pada entri ini.

Mudah, kan? Tak keluar modal! Hehe. Top commentator (1 orang) yang tersenarai pada sidebar blog VitaminSuci akan diberikan hadiah. Untuk permulaan dalam jangka masa 10 hari ni, saya berniat untuk memberikan Herbal Blend Cream Shaklee.

Krim ini bagus digunakan untuk:
  • Digigit nyamuk atau serangga  
  • Losyen yang mesra alam 
  • Ruam lampin / pampers bayi 
  • Tumit merekah dan kasar 
  • Kulit kasar kerana kerja berat 
  • Anda yang mengalami eczema 
  • Kesan terbakar 
  • Terkena minyak atau air panas 
  • Gatal-gatal disebabkan habuk
  • Kelegaan untuk lutut yang sakit
  • Menghilangkan parut jerawat / campak
  • Bagus digunakan untuk pesakit demam biasa / campak
Segmen berakhir pada 31 Ogos 2015, 11.59 malam dan akan diumumkan dalam entri khas pada 1 September 2015. Good luck guys!

*Hadiah ditaja secara peribadi.
Post a Comment