08 September 2015

7 Cara Atasi Batu Karang Dalam Hempedu

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Hari ini saya berkongsi info tentang batu karang dalam hempedu. Harap artikel pada hari ini dapat membantu anda yang buntu mencari penyelesaian bagi masalah ini. 

Apa batu karang dalam hempedu?

Hati menghasilkan hempedu - sejenis cecair berwarna coklat kehijauan yang mengandungi garam hempedu, cecair lemak, kolestrol dan bahan-bahan kimia lain. Cecair pekat ini disimpan di dalam pundi hempedu sehingga ia diperlukan untuk mencerna lemak di dalam usus kecil anda.

Apabila makan, pundi hempedu anda akan mengecut dan membebaskan hempedu melalui duktus sistik dan memasuki duktus hempedu biasa. Kemudian, duktus hempedu ini akan membawa hempedu ke bahagian atas usus kecil (duodenum) di mana ia akan mula memecahkan lemak dalam makanan anda.

Jika hempedu tidak mempunyai bahan kimia yang seimbang, ia akan membentuk menjadi partikel keras dan seterusnya menjadi batu karang. Saiz batu karang hempedu ini adalah sekecil sebutir pasir atau sebesar bola golf yang licin serta bulat atau tidak tentu bentuknya dengan permukaan yang kasar.

Jika seorang wanita yang berusia dan mempunyai tubuh yang agak berisi, risiko untuk menghidapi penyakit batu karang hempedu ini agak tinggi.

Apakah tanda-tanda mempunyai batu karang dalam hempedu?
  • Rasa senak yang kronik yang ditandai dengan rasa mual, angin, kembung perut dan kadangkala sakit di bahagian abdomen.
  • Loya dan muntah. Kadangkala, batu karang hempedu terperangkap di pangkal pundi hempedu dan mengakibatkan rasa sakit yang berterusan atau mengalami demam panas.

Bagaimana batu dalam hempedu diubati?

Doktor-doktor sering kali menemui 'batu-batu senyap' ini sewaktu pemeriksaan kesihatan yang rutin untuk mengesan penyakit lain dan selalunya, pesakit disarankan untuk 'tunggu dan lihat' daripada merawat. Walau bagaimanapun, jika batu karang hempedu anda menunjukkan simptom-simptom, terdapat rawatan pembedahan dan bukan pembedahan yang boleh dilakukan.

Pembedahan laparoskopik kolesistektomi. Kebanyakan surgeri pundi hempedu dijalankan menggunakan laparoskop – sejenis tiub senipis pensel dengan sistem lampu dan kamera video yang kecil.Hanya beberapa insisi kecil akan dilakukan. Anda kurang berasa sakit selepas pembedahan, kurang parut dan boleh kembali melakukan aktiviti seharian hanya dalam beberapa hari.

Pembedahan terbuka. Pundi hempedu akan dikeluarkan melalui insisi besar di abdomen. Selepas surgeri dilakukan, hati anda akan terus menghasilkan hempedu yang secukupnya untuk mencernakan diet yang normal.Bukan pembedahanBatu-batu karang akan terbentuk berulang kali apabila rawatan bukan surgikal dilakukan.

Walau bagaimanapun, apabila surgeri bukanlah pilihan utama si pesakit, doktor anda akan mencadangkan salah satu daripada pilihan berikut:
  1. Pil garam hempedu. Doktor akan menyarankan pengambilan ubat ursodial (Actigall), yang akan melarutkan batu-batu kolestrol dalam beberapa waktu yang ditetapkan. Rawatan ini sesuai dilakukan untuk batu-batu karang yang kecil.
  2. Terapi gelombang bunyi (litotripsi gelombang kejutan extracorporeal). Rawatan ini menggunakan gelombang bunyi yang berfrekuensi tinggi untuk memecahkan batu-batu karang. Batu-batu karang akan terbentuk kembali melainkan jika anda mengambil ursodial secara berterusan.
Perlukah kita berpantang?

Ada banyak faedah jika kita sanggup berpantang sedikit dalam soal makan minum; terutama bagi mereka yang ada risiko mendapat penyakit atau pernah menghidap masalah kesihatan tertentu. Bagi individu yang mengalami masalah batu karang, panduan di bawah mungkin dapat membantu meningkatkan kesihatan:
  1. Minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing.
  2. Elakkan minuman manis, terutama minuman karbonat.
  3. Kekurangan vitamin B6 dan potassium menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang mengatasi masalah kekurangan ini.
  4. Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh.
  5. Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat.
  6. Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat
  7. Kurangkan sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.
  8. Kurangkan minum kopi, teh dan alkohol.
Suplemen Shaklee yang disyorkan bagi pesakit batu karang

Berikut merupakan vitamin yang boleh diamalkan oleh pesakit batu karang dalam hempedu.



  • B Complex - mengurangkan oksalat (garam) yang membentuk batu karang dan menampung vitamin B6 yang berkurangan
  • SR Vita-C Plus - menambah keasidan urin di mana batu karang tidak akan terbentuk dalam urin yang berasid, juga untuk membantu penyembuhan luka dalaman
  • OsteMatrix - mengandungi magnesium yang mengurangkan oksalat (garam) dan mencegah pembentukan batu karang.
  • CarotoMax - menyembuhkan luka di urinari akibat batu karang
  • Alfafa Complex - mengurangkan inflamasi dan infeksi
  • OmegaGuard - membakar lemak berlebihan yang mendorong pembentukan batu karang
  • Lecithin - mengelmulsi lemak dan minyak makanan yang dimakan dan menghalang daripada diserap oleh perut
Apa kata pengguna?




Berminat? Ayuh hubungi saya sekarang. I'm more than willing to help!

JAMINAN KAMI

Shaklee merupakan suplemen semulajadi dan memegang piagam
  • Selamat (sijil Halal dan kelulusan KKM)
  • Semulajadi
  • Berkesan
  • Piagam ini telah diikrarkan semenjak lebih 50 tahun lalu, dan kini masih teguh berpegang padanya.
  • Shaklee Difference: Always Safe, Always Works, Always Green.
MENGAPA SAYA?

Saya merupakan pengedar Shaklee yang jujur dan amanah, serta lebih mementingkan kesihatan anda. Hubungi saya agar saya boleh bantu anda dan keluarga anda lebih sihat. Saya juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin dan konsultansi percuma berkaitan produk Shaklee yang sesuai untuk anda.

PENGHANTARAN

Anda boleh memilih untuk COD. COD boleh diadakan di sekitar Kluang. Pos juga boleh diatur ke seluruh dunia samada menggunakan khidmat Poslaju, City-Link, GDex atau lain-lain yang bersesuaian dengan lokasi anda. Tempoh normal untuk penghantaran ialah 1-5 hari bekerja.

PEMBAYARAN

Pembayaran boleh dibuat menggunakan akaun Maybank, CIMB, Bank Simpanan Nasional , Bank Islam atau Western Union jika anda tinggal di luar negara.

SAYA NAK BELI SET SHAKLEE!

Untuk mendapatkannya, anda mempunyai beberapa pilihan:
  • belian online dengan menggunakan kad debit atau kad kredit
  • belian di cawangan Shaklee terdekat (ID: 933 313)
  • hubungi saya di talian WhatsApp / Telegram 018 270 4872 (Hifzan Zanini) untuk sebarang bantuan
Untuk ketahui Promosi Bulan Ini, klik pada link.

Untuk pembelian produk Shaklee secara online menggunakan kad kredit / kad debit? Klik imej dibawah.

 

Atau daftar keahlian Shaklee untuk penjimatan hebat

 

Anda juga boleh dapatkan produk ini terus daripada saya. Hubungi saya untuk dapatkan rangkaian produk Shaklee dengan konsultasi percuma atau pendaftaran sebagai ahli Shaklee.

 

Rakan Shaklee Anda
Nur Hifzan binti Hj Muhamad Zanini (ije)
SMS/WhatsApp : 018-270 4872
FB Page: Vitamin Suci
Instagram : @vitaminsuci

1 comments:

insan marhaen said...

salam.

singgah baca.