07 September 2015

7 Cara Bantu Tingkatkan Kesuburan

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Kesuburan menjadi perkara sensitif bagi pasangan yang baru berkahwin. Biasanya jika perkahwinan mencecah ke usia 2 tahun namun masih tiada tanda-tanda kehamilan, kerisauan mula timbul. Kadang pasangan relax tapi mulut-mulut disekitar yang tak senang duduk. Ada je tak sensitif tanya soalan bagai memerli. Nauzubillah.

Hari ini saya ingin terangkan vitamin yang telah terbukti berjaya menghamilkan beberapa pelanggan Vitamin Suci. Saya percaya zuriat adalah milik Allah. Namun, sebagai khalifah kita harus berusaha membaiki tahap kesihatan bagi membolehkan janin berkembang di dalam rahim. Kita usaha, Allah kurniakan. InsyaAllah.

Masalah biasa ketidaksuburan

  • Suami merokok
  • Suami tidak bertenaga (cepat penat)
  • Isteri alami keputihan serius (warna kuning atau hijau pekat)
  • Isteri alami masalah haid tidak teratur
  • Tidak tahu mengira waktu subur
  • dan lain-lain
Perlu ke ambil vitamin?


Vitamin maksudnya bahan organik yang sangat diperlukan oleh badan dengan jumlah kecil. Ia berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan, dan pencegahan penyakit. Vitamin biasanya disebut sebagai mikronutrien. Ia membantu pertumbuhan proses protein, karbohidrat, dan lemak dalam badan anda.

Sesetengah vitamin pula membantu tubuh menghasilkan sel-sel darah dan hormon. Tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak mikronutrien. Oleh sebab itu, kita perlu mendapatkannya, sama ada daripada makanan atau suplemen (makanan tambahan seperti vitamin) yang lain.

Kekurangan vitamin-vitamin tertentu akan mengakibatkan beberapa gejala penyakit. Misalnya, rabun (kurang vitamin A) dan anemia, atau penyakit ‘kekurangan sel darah merah’ (kurang vitamin B12 atau zat besi) mahupun masalah kesuburan (haid tidak teratur atau kerap merokok)

Justeru itu, vitamin adalah sangat diperlukan oleh semua lapisan masyarakat. Lebih-lebih lagi, orang yang tidak lalu makan atau tidak mahu makan sayur, ikan, dan daging. Vitamin juga bagus untuk orang yang tidak gemar minum susu.

Untuk mengelakkan badan kita daripada kekurangan zat dari segi vitamin dan nutrien, kita perlu mengambil pil vitamin sebagai makanan tambahan.


Set Kesuburan Shaklee



0 comments: