29 September 2015

Anak G6PD, Ibu Boleh Ambil Shaklee Tak?

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Seringkali saya ditanya tentang ibu yang mempunyai anak penghidap G6PD deficiency (kekurangan G6PD) namun ibu mahu mengamalkan supplement Shaklee. Boleh ke? Biasanya ibu ingin mengambil Set Penyusuan Shaklee, Set Kecantikan Shaklee ataupun Set Kurus Shaklee. Jom kenali serba sedikit tentang G6PD dan pantang larang bervitamin Shaklee.


Apa itu G6PD?

G6PD adalah sejenis enzim dalam sel darah merah iaitu Glucose-6-Phosphate-Dehydrogenase. Ia bertanggungjawab untuk mengekalkan kestabilan sel darah merah daripada pecah dan penting dalam proses oksidasi. Jika sel darah merah tak cukup enzim G6PD (G6PD Deficiency), ia takkan mampu menahan keadaan stress seperti dalam kes jangkitan teruk atau bila terdedah kepada sesuatu makanan seperti kacang parang, ubat gegat dan ubat-ubatan tertentu yang diambil sekaligus menyebabkan sel darah merah pecah atau dipanggil hemolisis. Pesakit mungkin menghidap hemolitic anemia jika sel darah merah musnah berterusan.

Sel darah merah yang pecah akibat kekurangan enzim G6PD

Pesakit G6PD dikatakan tahan kepada penyakit demam malaria sebab kuman malaria tidak boleh hidup dalam sel darah merah pesakit G6PD. Penyakit kekurangan G6PD jarang membawa maut dan rawatan bagi kes hemolisis yang teruk adalah pemindahan darah kepada pesakit. Penyakit ini tiada penawarnya. Langkah terbaik adalah menghindari makanan dan ubatan yang boleh mencetuskan hemolisis.

Apakah simptom bagi penyakit G6PD?

Biasanya tiada tanda-tanda yang khusus. Bagi bayi baru dilahirkan, perhatikan bayi dengan teliti kerana boleh mendapat penyakit kuning (jaundice) yang tinggi dengan cepat, akibat daripada hemolisis berlebihan dan mungkin rawatan fototerapi diperlukan untuk menurunkan tahap bilirubin dalam darah. (Sumber : MyHealth)

Tanda-tanda lain yang boleh diperhatikan akibat daripada kekurangan darah
  • Suhu badan yang naik dengan tiba-tiba
  • Pening
  • Kulit / mata kekuningan
  • Kencing berwarna gelap (dark yellow orange urine)
  • Lesu dan tidak bermaya
  • Sukar bernafas
  • Denyutan nadi yang lemah atau laju

Bagaimana G6PD boleh berlaku?

Penyakit G6PD ini tidak berjangkit walaupun kita bersentuhan dengan mereka yang menghidapnya tapi ianya diwarisi secara genetik.  Struktur G6PD dibawa oleh kromosom X. Perhatikan gambarajah di  bawah untuk lebih senang faham bagaimana kromosom X yang kekurangan G6PD diwarisi.


Jika bayi anda didapati penghidap penyakit G6PD, jangan panik! Sebaliknya cari segala maklumat yang perlu dan tanya doktor apa yang perlu dilakukan. Pesakit G6PD masih boleh menjalankan kehidupan seperti biasa cuma kena extra precautions je lah.

Apa yang perlu dilakukan jika bayi penghidap G6PD?

Elakkan anak anda dari bahan-bahan yang boleh menyebabkan kemusnahan sel darah merah seperti:
  • Memberi  ubat-ubat  sendiri tanpa arahan doktor.
  • Ubat gegat.
  • Ubat-ubat tradisional, jamu atau ubat sinseh.
  • Minyak gosok.
  • Kacang parang (nama glamournya fava beans) dan adik beradiknya (legumes)
  • Pastikan anda mendapat senarai ubat-ubat yang tidak dibenarkan  kepada bayi yang berpenyakit G6PD sebelum pulang dari hospital. Rujuk Senarai Ubatan.

Tips bagi Ibu Bapa yang mempunyai anak penghidap G6PD

Didik anak dari kecil supaya mereka waspada dengan makanan yang boleh diambil dan tak boleh terutamanya jika berada di luar kawalan ibu bapa contohnya seperti di sekolah. Maklumkan juga pada pengasuh, penjaga di sekolah bila perlu dan juga katerer yang menyediakan makanan seperti di asrama. Sebaik-baiknya sentiasa bersedia dengan To Avoid List dan beri pada mereka yang menguruskan anak anda.

Vitamin Shaklee dan penghidap G6PD

Terdapat beberapa vitamin yang tidak disarankan kepada mereka yang menghidap G6PD atau menyusu bayi yang mempunyai G6PD Deficiency. Elakkan vitamin yang berasaskan herba seperti Alfalfa Complex dan berasaskan soya seperti ESP.

Ya, mungkin ada di antara anda yang minum ESP dan tiada masalah dengannya. Alhamdulillah. Apa yang boleh dimakan bergantung kepada tahap G6PD Deficiency anda atau bayi. Rujuk doktor anda terlebih dahulu untuk mengetahui tahap kekurangan G6PD yang dialami. 

Untuk pengetahuan anda, lebih dari 400 jenis mutasi yang berlaku dalam kes G6PD Deficiency ni. Setiap satu jenis mempunyai tindak balas yang berbeza dengan makanan dan ubatan tertentu. Ada yang sensitif dan ada yang kurang. Apa yang saya sarankan hanyalah sebagai langkah berjaga-jaga.

Ada G6PD tapi nak susukan bayi?


Bagi ibu yang menyusukan anak, saya cadangkan hanya ambil vitamin asas sahaja seperti Vita-Lea, B-Complex, SR Vita-C Plus dan OsteMatrix untuk membantu ibu kekal bertenaga dalam masa yang sama tidak mempengaruhi pengeluaran susu ibu.

Jom hubungi saya untuk penjelasan yang lebih jelas.

JAMINAN KAMI

Shaklee merupakan suplemen semulajadi dan memegang piagam
  • Selamat (sijil Halal dan kelulusan KKM)
  • Semulajadi
  • Berkesan
  • Piagam ini telah diikrarkan semenjak lebih 50 tahun lalu, dan kini masih teguh berpegang padanya.
  • Shaklee Difference: Always Safe, Always Works, Always Green.
MENGAPA SAYA?

Saya merupakan pengedar Shaklee yang jujur dan amanah, serta lebih mementingkan kesihatan anda. Hubungi saya agar saya boleh bantu anda dan keluarga anda lebih sihat. Saya juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin dan konsultasi percuma berkaitan produk Shaklee yang sesuai untuk anda.
PENGHANTARAN

Penghantaran melalui pos akan diatur ke seluruh dunia samada menggunakan khidmat Poslaju, City-Link, GDex atau lain-lain yang bersesuaian dengan lokasi anda.
PEMBAYARAN

Pembayaran boleh dibuat menggunakan akaun Maybank, CIMB, Bank Simpanan Nasional , Bank Islam atau Western Union jika anda tinggal di luar negara.

NAK BELI SET SHAKLEE

Untuk mendapatkannya, anda mempunyai beberapa pilihan:
  • belian online dengan menggunakan kad debit atau kad kredit anda
  • belian di cawangan Shaklee terdekat (ID: 1233 547) 
  • hubungi saya di talian WhatsApp / Telegram +6018 270 4872 (Hifzan Zanini) untuk sebarang bantuan / belian melalui saya
Untuk ketahui Promosi Bulan Ini, klik pada link.

Untuk pembelian produk Shaklee secara online menggunakan kad kredit / kad debit anda? Klik imej dibawah. 

Atau daftar keahlian Shaklee untuk penjimatan hebat. 

NAK JADI PENGEDAR SHAKLEE?

Berminat menjadi pengedar Shaklee dan mendapat bonus tunai serta banyak manfaat lain? Jom sertai team business kami, DARE TO DREAM TEAM (D2DT) yang mempunyai ahli aktif, kelas online percuma dengan masa yang fleksibel.


Anda juga boleh dapatkan produk ini terus daripada saya. Hubungi saya untuk dapatkan rangkaian produk Shaklee dengan konsultasi percuma atau bimbingan pendaftaran sebagai ahli Shaklee. 

Rakan Shaklee Anda
Nur Hifzan binti Hj Muhamad Zanini (Cikgu Ije) 
SMS/WhatsApp : +6018 270 4872 
FB Page: Vitamin Suci
Personal FB : Hifzan Zanini
Instagram: @vitaminsuci

0 comments: