24 September 2015

MLM Shaklee Patuh Syariah?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tahun lepas seorang rakan yang saya kenali semasa belajar mengajak saya untuk bersama beliau membuat pelaburan. Katanya sekali kerja sahaja. Buat loan bank dan labur. Goyang kaki tanpa perlu update blog, kongsi info di Facebook ataupun Instagram. Setiap bulan ada pulangan yang dapat. Beberapa kali juga di PM saya di Facebook bercerita tentang duit berkepuk, kereta baru, bercuti dan banyak lagi. Gelap mata tapi saya masih celik. Hehe. Masa tu saya kemaruk dengan Shaklee, jadi saya tolak ajakan beliau. Saya pun ada kereta walau jenama local, saya juga ada rumah walau berkongsi dinding. Cukup untuk kami sekeluarga. Alhamdulillah.

Beberapa bulan lepas, dia menjual keretanya. Mungkin dia tak perlukan. Rakan yang lain tampak bengang di group WhatsApp untuk geng zaman belajar dulu. Rupanya pelaburan tak ke mana. Ada yang melabur sehingga 35k, diam dan kaku. Apa nak buat. Sama-sama ambil ikhtibar. Moga saya sentiasa beringat untuk hari ini dan masa akan datang. InsyaAllah.

Hari ni saya ingin berkongsi tentang MLM. Tak suka kan dengar istilah MLM. Rasa macam salah, bohong, tipu, tak betul dan seangkatan dengannya. MLM ialah salah satu strategi pemasaran, Multi Level Marketing. Mudahnya, dengan Shaklee, upline membantu berkongsi tentang Shaklee dan downline tidak bekerja kerana upline. Semua 'kerja' untuk diri sendiri. Perniagaan masing-masing. Istilah upline dan downline hanyalah untuk bimbingan sahaja. Paling penting, upline tak dapat sebarang keuntungan daripada downline jika hanya goyang kaki tanpa sebarang jualan. Adil. Jom selami lagi info tentang MLM Shaklee yang dikatakan patuh syariah Islam.

Bagaimana Shaklee Dikatakan MLM Patuh Syariah Islam?

1) Produk Shaklee Dibeli Dengan Tujuan Yang Sebenarnya

Supplement merupakan produk utama yang dihasilkan oleh pihak Shaklee bagi membantu kehidupan manusia yang lebih sihat. Di samping itu, memberi peluang kepada ahlinya untuk menambah pendapatan.

Sebagai contoh, Puan Julia membeli Set Bersalin Shaklee untuk mengalami proses berpantang yang lebih mudah, bertenaga dan selesa. Disamping itu, badan pun makin slim. Manakala Encik Farid pula membeli Set Kurus Lengkap bagi menurunkan berat badan secara sihat.

Ini belum termasuk lagi si A, B, C yang mungkin mencari Vivix, OmegaGuard, ESP, Vita-Lea untuk masalah-masalah kesihatan yang lain seperti jantung, kanser, tekanan darah tinggi, eczema, gula dalam darah (diabetes), batuk, letih-lesu dan sebagainya.

Jadi, sememangnya produk Shaklee dibeli untuk tujuan yang jelas dan nyata.

2) Produk Shaklee Bukan Emas dan Perak

Shaklee merupakan syarikat yang menghasilkan produk makanan tambahan (supplement), penjagaan diri serta set pencuci yang langsung tidak ada kaitan dengan emas dan perak.

3) Shaklee Memberikan Jumlah Komisyen Yang Jelas Kepada Setiap Ahli Untuk Setiap Pengedar

Insentif yang diberikan kepada ahli Shaklee yang layak terdiri daripada 3C iaitu Cash (Duit), Car (Berbentuk cash) dan Convention (percutian di dalam dan luar negara).

Sebagai contoh, berikut adalah  jadual khas pembayaran bonus kepada ahlinya:-



4) Keuntungan @ Komisyen Shaklee Bukan Berdasarkan Kepala @ Ahli Yang Ditaja

Dalam Shaklee, setiap pembelian produk akan mempunyai point (UV) tertentu. Yang mana bonus dan keuntungan akan dikira berdasarkan jumlah UV tersebut.

Bagi setiap ahli baru yang mendaftar, tidak ada sebarang UV diberikan sekiranya mereka hanya membuat pendaftaran ahli tanpa sebarang pembelian produk.

5) Shaklee Tidak Mewajibkan Ahli Membuat Belian Sendiri Pada Jumlah Tertentu

Bagi mereka yang ingin mendaftar ahli Shaklee, tidak ada sebarang syarat wajib daftar dengan membeli produk terlebih dahulu. Setiap ahli yang bakal mendaftar bebas untuk mendaftar keahlian sahaja atau terus membuat pembelian dengan harga ahli yang lebih istimewa.

Namun, sekiranya mereka ingin mendapatkan bonus, syarat minimun adalah mencapai 150 UV dan sekiranya ingin mendapat kehlian percuma, syaratnya adalah mendaftar dengan 200 UV. Contohnya dengan membeli 2 botol Vivix atau 3 kotak Collagen.

6) Setiap Upline @ Orang Atas Shaklee Menaruh Usaha Ke Atas Jualan Orang Bawahnya

Adalah menjadi tanggungjawab upline dalam Shaklee untuk membimbing downline yang turut sama ingin menceburi bidang perniagaan ini.

Sebagai contoh, kami di dalam team yang awesome akan dibimbing tidak kira secara online (group coaching di FB, whatapps, webinar dan sebagainya) dan offline (kelas, bengkel, perjumpaan dan sebagainya).

Semuanya adalah percuma melainkan sekiranya perlu, ahli akan dikenakan kos tertentu yang masih dikira minima.

7) Shaklee Tidak Menggunakan Skim Piramid @ Siapa Masuk Dulu Untung Selamanya

Shaklee tidak sesekali mengamalkan sistem piramid yang menindas orang baru. Dalam Shaklee, siapa yang berusaha lebih, mereka yang untung lebih. Malah banyak pencapaian dalam sejarah Shaklee, orang yang daftar kemudian mendapat rank yang lebih tinggi daripada mak nenek diaorang (upline/orang yang telah lama mendaftar). Adilkan?

8) Shaklee Mempersembahkan Sistem Komisyen Dan Bonus Yang Telus Serta Mudah Difahami

Sebelum sistem secara atas talian dilancarkan di Malaysia, para ahli perlu menelefon atau mendapatkan cetakan bonus bulanan daripada pihak pejabat Shaklee.

Namun, dengan sistem atas talian (online) yang ada sekarang, setiap ahli Shaklee  mendapatkan semua maklumat pembelian, bonus, keahlian orang bawah (downline) dan sebagainya dengan lebih mudah, jelas, terperinci dan senang difahami.

9) Shaklee Menstruktur Pelan Pemasaran Di Antara Ahli Dan Orang Bawahnya Secara Musyarakah

Biasanya setiap bulan, pihak Shaklee akan mengadakan pelbagai jenis promosi yang memberi keuntungan kepada ahlinya sendiri. Sebagai contohnya pada bulan lepas, bagi ahli yang layak, dengan pembelian minima 50 UV sahaja, mereka layak mendapat ESP atau Vita-C dengan harga 50% dan percuma Zinc Complex.

Pada bulan ini pula, bagi yang layak, dengan pembelian minina RM 200 – RM 399, layak mendapat free ESP yang harga pasarannya adalah RM 150. Berbaloi-baloi dan rugi sangat siapa yang tak rebut peluang ni.

Yang paling best lagi, bulan ni juga dilancarkan program Percutian Percuma 4 Hari 3 Malam Ke Bangkok Pada Tahun 2016. Tawaran yang julung-julung kali diadakan dan Malaysia adalah negara pertama yang beri offer macam ni tau.

Segalanya jelas dan akan dimaklumkan kepada semua ahli di dalam sistem atas talian atau ada sesetengah ahli yang dihubungi melalui telefon.


Sebenarnya, banyak lagi point yang boleh dikongsikan tapi saya rasa ni dah panjang berjela-jela ni,hehehe. Saya kira, dengan pelan pemasaran yang dilaksanakan oleh pihak Shaklee ni, kita boleh fikir sendiri sama ada ianya patuh syariah atau tidak, kan?

JAMINAN KAMI

Shaklee merupakan suplemen semulajadi dan memegang piagam
  • Selamat (sijil Halal dan kelulusan KKM)
  • Semulajadi
  • Berkesan
  • Piagam ini telah diikrarkan semenjak lebih 50 tahun lalu, dan kini masih teguh berpegang padanya.
  • Shaklee Difference: Always Safe, Always Works, Always Green.
MENGAPA SAYA?

Saya merupakan pengedar Shaklee yang jujur dan amanah, serta lebih mementingkan kesihatan anda. Hubungi saya agar saya boleh bantu anda dan keluarga anda lebih sihat. Saya juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin dan konsultansi percuma berkaitan produk Shaklee yang sesuai untuk anda.

PENGHANTARAN

Anda boleh memilih untuk COD. COD boleh diadakan di sekitar Kluang. Pos juga boleh diatur ke seluruh dunia samada menggunakan khidmat Poslaju, City-Link, GDex atau lain-lain yang bersesuaian dengan lokasi anda. Tempoh normal untuk penghantaran ialah 1-5 hari bekerja.

PEMBAYARAN

Pembayaran boleh dibuat menggunakan akaun Maybank, CIMB, Bank Simpanan Nasional , Bank Islam atau Western Union jika anda tinggal di luar negara.

SAYA NAK BELI SET SHAKLEE!

Untuk mendapatkannya, anda mempunyai beberapa pilihan:
  • belian online dengan menggunakan kad debit atau kad kredit
  • belian di cawangan Shaklee terdekat (ID: 933 313)
  • hubungi saya di talian WhatsApp / Telegram 018 270 4872 (Hifzan Zanini) untuk sebarang bantuan
Untuk ketahui Promosi Bulan Ini, klik pada link.

Untuk pembelian produk Shaklee secara online menggunakan kad kredit / kad debit? Klik imej dibawah.

 

Atau daftar keahlian Shaklee untuk penjimatan hebat

 

Anda juga boleh dapatkan produk ini terus daripada saya. Hubungi saya untuk dapatkan rangkaian produk Shaklee dengan konsultasi percuma atau pendaftaran sebagai ahli Shaklee.

 

Rakan Shaklee Anda
Nur Hifzan binti Hj Muhamad Zanini (ije)
SMS/WhatsApp : 018-270 4872
FB Page: Vitamin Suci
Instagram : @vitaminsuci

1 comments:

Hani Fadhlina Abdul Rahman said...

Aittt, mana gie entry GA ? Batal ker ?