06 October 2015

OmegaGuard : 6 Kepentingan Minyak Ikan Untuk Ibu Hamil dan Menyusukan Anak

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Anda ibu hamil? Tahniah atas kehamilan anda. Pengalaman dua kali hamil pada tahun 2011 dan 2013 banyak mengajar saya pengorbanan seorang ibu.

  • Makan nasi tapi tak boleh telan
  • Pesan mee goreng  tapi tak boleh hidu bau
  • Macam nak ayam goreng tapi muntah semula

Macam-macam kerenah. Serba tak kena. Nak makan untuk tenaga sendiri dan nutrisi bayi dalam kandungan tapi tak mampu nak telan, tak boleh nak habiskan, muntah semula. Terfikir cukup ke nutrisi untuk anak? Diri sendiri pun tak larat nak bawa badan. Hummm.

Lagi sadis kalau bab ubat. Nak makan vitamin yang dibeli atau dibekalkan oleh doktor / klinik kesihatan, bercinta nak telan. Tapi demi nutrisi bayi dalam kandungan, ditelan juga. Besar pengorbanan seorang ibu.

Nutrisi untuk ibu hamil dan menyusu


Kalau masa mengandung, ibu-ibu selalu diingatkan untuk ambil asid folik (B-Complex) dan kalsium (OsteMatrix). Dan berdasarkan kajian, satu lagi nutrien penting yang perlu diambil semasa mengandung dan menyusu adalah Omega-3. Tapi amat jarang kita tahu tentang manfaatnya. Hari ini saya ingin berkongsi tentang Omega 3 atau dikenali sebagai minyak ikan. Di Shaklee, kami namakan Omega 3 sebagai OmegaGuard.

Omega-3 perlu diperolehi dari diet pemakanan atau suplemen sebab ia tidak dihasilkan oleh badan kita.

Kajian menunjukkan bahawa 2 jenis keluarga Omega-3 yang sangat bermanfaat adalah:
  1. EPA (asid eicosapentaenoic)
  2. DHA (asid docosahexaenoic).

EPA berfungsi menyokong jantung, sistem imun, dan tindak balas keradangan. Manakala, DHA pula menyokong otak, mata, dan sistem saraf pusat. Jadi penting untuk wanita hamil dan menyusu.

Manfaat untuk ibu dan anak!
  


Omega-3 mengandungi DHA yang penting dalam pembentukan otak bayi, mata dan jantung.  DHA ni sangat penting untuk janin yang masih dalam kandungan dan bayi yang telah dilahirkan sehingga berumur 18 bulan tapi badan bayi tak dapat nak hasilkan sendiri DHA.

DHA ni bayi akan dapat dari ibu iaitu dari plasenta (semasa masih dalam rahim) dan melalui susu ibu (selepas lahir). Jadi ibu-ibu perlulah tingkatkan pengambilan diet makanan yang tinggi kandungan DHA ni.

Kebaikan dan manfaat Omega-3 semasa hamil

Omega-3 sangat penting untuk perkembangan saraf dan penglihatan bayi. Semasa dalam kandungan, janin akan memperolehi Omega-3 dari tubuh ibu untuk perkembangan sistem sarafnya. Dan selepas lahir, bayi akan mendapat nutrien Omega-3 dari ibu melalui susu ibu.


Sekiranya ibu kurang mengambil diet makanan yang mengandungi Omega-3, kandungannya di dalam tubuh ibu akan semakin berkurangan. Malah untuk setiap kehamilan berikutnya, ia akan semakin berkurangan.

Penyelidikan telah mengesahkan penambahan EPA dan DHA kepada diet wanita hamil memberi kesan berikut:
  1. meningkatkan perkembangan penglihatan dan kognitif bayi
  2. mengurangkan risiko alergi di kalangan bayi
  3. mencegah kelahiran pramatang
  4. mengurangkan risiko pre-eklampsia
  5. mengurangkan risiko bayi lahir kurang berat
  6. mengurangkan risiko ibu kemurungan (post-natal depression).

Apa sumber Omega-3?

Sumber terbaik EPA dan DHA ialah ikan air laut dalam seperti salmon, tuna, sardin, ikan bilis dan ikan hering. Tapi ramai yang risau tentang keracunan merkuri atau toksin lain dalam ikan tu.

Atas sebab ini, supplemen minyak ikan / OmegagGuard yang adalah sumber paling selamat untuk mendapatkan EPA dan DHA. Suplemen minyak ikan yang berkualiti tinggi daripada pengilang bereputasi memberikan manfaat kesihatan EPA dan DHA tanpa risiko keracunan.

Dos Omega-3 yang disyorkan

ISSFAL (International Society for the Study of Fatty Acids and Lipids) telah mewujudkan carta DOS MINIMUM yang disyorkan seperti berikut :
  • Bayi (1-18 bulan)0-15 lbs : 32 mg / lb EPA + DHA
  • Kanak-kanak (18 bulan-15 tahun)15 mg / lb EPA + DHA
  • Dewasa (15-115 tahun)500 mg EPA + DHA (dengan sekurang-kurangnya 220 mg EPA dan 220 mg DHA)
  • Wanita Hamil dan Menyusu300 mg DHA setiap hari

Teruskan pengambilan Omega-3 selepas bersalin

Sejak pregnant anak kedua, saya memang mengamalkan Set Kehamilan Shaklee yang mana antara satunya adalah OmegaGuard Shaklee untuk mendapat khasiat DHA dan EPA ni. Memandangkan saya sendiri bukan peminat/pemakan ikan, saya mengambil inisiatif mengambil OmegaGuard.

Selain dapat 'menyalurkan' DHA dan EPA kepada anak melalui susu ibu, OmegaGuard juga dapat membantu memecahkan lemak-lemak terkumpul dalam badan saya ni, sebab ia juga sebahagian dari Set Slimming Ibu Menyusu Shaklee. Sebab tu saya boleh maintain slim dengan berat 45kg walaupun anak dah 2 orang (atau baru 2 orang. Hehe). Untung kan?


Khasiat lain OmegaGuard Shaklee


Anda pernah ambil minyak ikan atau Omega-3?

Kalau belum, anda patut fikirkan untuk mula ambil dari sekarang. OmegaGuard Shaklee sangat sesuai untuk seisi keluarga. Jom sama-sama berikan yang terbaik untuk anak-anak dan keluarga kita.

Tapi ada baaaanyak jenama minyak ikan / Omega-3 di pasaran sampai tak tahu nak pilih yang mana kan?. Nak tahu panduan memilih suplemen omega-3 yang berkualiti tinggi, meh saya kongsikan.




Yang paling best lagi, OmegaGuard tengah promo bulan Oktober 2015 ni! Memang sangat-sangat murah kalau nak banding dengan jenama lain. Setanding dengan kualitinya sebagai Minyak Ikan Terbaik Di Dunia. Rugi sangat kalau tak ambil peluang ni.
JAMINAN KAMI

Shaklee merupakan suplemen semulajadi dan memegang piagam
  • Selamat (sijil Halal dan kelulusan KKM)
  • Semulajadi
  • Berkesan
  • Piagam ini telah diikrarkan semenjak lebih 50 tahun lalu, dan kini masih teguh berpegang padanya.
  • Shaklee Difference: Always Safe, Always Works, Always Green.
MENGAPA SAYA?

Saya merupakan pengedar Shaklee yang jujur dan amanah, serta lebih mementingkan kesihatan anda. Hubungi saya agar saya boleh bantu anda dan keluarga anda lebih sihat. Saya juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin dan konsultasi percuma berkaitan produk Shaklee yang sesuai untuk anda.
PENGHANTARAN

Penghantaran melalui pos akan diatur ke seluruh dunia samada menggunakan khidmat Poslaju, City-Link, GDex atau lain-lain yang bersesuaian dengan lokasi anda.
PEMBAYARAN

Pembayaran boleh dibuat menggunakan akaun Maybank, CIMB, Bank Simpanan Nasional , Bank Islam atau Western Union jika anda tinggal di luar negara.

NAK BELI SET SHAKLEE

Untuk mendapatkannya, anda mempunyai beberapa pilihan:
  • belian online dengan menggunakan kad debit atau kad kredit anda
  • belian di cawangan Shaklee terdekat (ID: 1233 547) 
  • hubungi saya di talian WhatsApp / Telegram +6018 270 4872 (Hifzan Zanini) untuk sebarang bantuan / belian melalui saya
Untuk ketahui Promosi Bulan Ini, klik pada link.

Untuk pembelian produk Shaklee secara online menggunakan kad kredit / kad debit anda? Klik imej dibawah. 

Atau daftar keahlian Shaklee untuk penjimatan hebat. 

NAK JADI PENGEDAR SHAKLEE?

Berminat menjadi pengedar Shaklee dan mendapat bonus tunai serta banyak manfaat lain? Jom sertai team business kami, DARE TO DREAM TEAM (D2DT) yang mempunyai ahli aktif, kelas online percuma dengan masa yang fleksibel.


Anda juga boleh dapatkan produk ini terus daripada saya. Hubungi saya untuk dapatkan rangkaian produk Shaklee dengan konsultasi percuma atau bimbingan pendaftaran sebagai ahli Shaklee. 

Rakan Shaklee Anda
Nur Hifzan binti Hj Muhamad Zanini (Cikgu Ije) 
SMS/WhatsApp : +6018 270 4872 
FB Page: Vitamin Suci
Personal FB : Hifzan Zanini
Instagram: @vitaminsuci

0 comments: