30 June 2016

Ketahui 3 Falsafah Pembuatan Vitamin Shaklee

04:47 0 Comments
Assalamulaikum dan salam sejahtera. Bila bercakap tentang vitamin, supplement, pil dan sebagainya, ramai yang mempunyai pendapat sendiri. Malah ramai yang berpendapat bahawa kita tidak memerlukan supplement sekiranya pengambilan makanan kita mengikut piramid makanan. Betul dan salah.
  • Betul kerana tiada yang terbaik dari makanan yang kita ambil untuk membekalkan nutrisi harian kepada tubuh. 
  • Salah kerana di zaman moden ini terdapat lebih banyak kekangan untuk kita mendapatkan 100% nutrisi dari makanan, kerana proses yang merosakkan vitamin, pencemaran, pengambilan ubat-ubatan dan sebagainya.
Tidak kurang juga yang berpendapat bahawa pengambilan vitamin akan merosakkan organ dalaman. Betul dan salah juga. 
  • Betul, sekiranya vitamin yang diambil bukan dari sumber semulajadi. 
  • Salah kerana supplement semulajadi tidak memberi kesan sampingan kepada tubuh.
Oleh itu, jom mengamalkan supplement daripada Shaklee. Kenapa? Kerana Shaklee mengamalkan 3 Falsafah Pembuatan Vitamin.

Falsafah pembuatan vitamin Shaklee

Ya, Shaklee sudah lama terkenal sebagai pengeluar vitamin semulajadi. Syarikat Shaklee ditubuhkan sejak 1950 dan Shaklee mula memasuki pasaran Malaysia pada 1993 (23 tahun sejak artikel ini ditulis pada 2016) Apakah vitamin semulajadi? Ia adalah vitamin yang:

Diperbuat dari bahan-bahan semulajadi:
Shaklee diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi. Bahan-bahan ini boleh dilihat pada botol vitamin Shaklee, pada bahagian ‘Other Ingredients’. Misalnya beta karotena dihasilkan dari sejenis alga istimewa. Bahan-bahan dalam Shaklee dihasilkan daripada ekstrak bahan-bahan semulajadi dari sumber tumbuhan dan mineral asli. Pastinya lebih sesuai dan lebih bernilai daripada vitamin sintetik atau ubat-ubat berasaskan dadah.

Berasaskan bahan-bahan semulajadi:
Sesetengah vitamin boleh dihasilkan dari proses-proses seperti penyulingan bahan-bahan lain yang bukan bahan utama dalam pembuatan vitamin, misalnya SR Vita-C Plus diperbuat daripada penapaian karbohidrat dari bijirin. Vitamin sintetik pula dihasilkan dari proses tindakbalas bahan-bahan bukan makanan seperti arang batu, tar dan sebagainya.

Bahan-bahan yang mempunyai fungsi istimewa:
Vita-Lea misalnya dibalut dengan spirulina (yang memberi warna hijau pada Vita-Lea). Spirulina terkenal sebagai tumbuhan yang sangat berguna untuk kesihatan. Manakala SR Vita-C Plus pula menggunakan bahan wax dari tumbuhan untuk memberi kesan pelepasan perlahan-lahan tersebut (vitamin C tanpa fungsi ini tidak dapat kekal lama dalam tubuh kerana ia larut air).

Amat penting untuk mengenali dari mana datangnya vitamin dan mineral yang kita ambil. Bukan saja dari status halalnya, tapi juga bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkannya.

JAMINAN KAMI

Shaklee merupakan suplemen semulajadi dan memegang piagam
  • Selamat (sijil Halal dan kelulusan KKM)
  • Semulajadi
  • Berkesan
  • Piagam ini telah diikrarkan semenjak lebih 50 tahun lalu, dan kini masih teguh berpegang padanya.
  • Shaklee Difference: Always Safe, Always Works, Always Green.
MENGAPA SAYA?

Saya merupakan pengedar Shaklee yang jujur dan amanah, serta lebih mementingkan kesihatan anda. Hubungi saya agar saya boleh bantu anda dan keluarga anda lebih sihat. Saya juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin dan konsultansi percuma berkaitan produk Shaklee yang sesuai untuk anda.
PENGHANTARAN

Penghantaran melalui pos akan diatur ke seluruh dunia samada menggunakan khidmat Poslaju, City-Link, GDex atau lain-lain yang bersesuaian dengan lokasi anda.
PEMBAYARAN

Pembayaran boleh dibuat menggunakan akaun Maybank, CIMB, Bank Simpanan Nasional , Bank Islam atau Western Union jika anda tinggal di luar negara.

NAK BELI SET SHAKLEE

Untuk mendapatkannya, anda mempunyai beberapa pilihan:
  • belian online dengan menggunakan kad debit atau kad kredit anda
  • belian di cawangan Shaklee terdekat (ID: 1233547) 
  • hubungi saya di talian WhatsApp / Telegram +6018 270 4872 (Hifzan Zanini) untuk sebarang bantuan / belian melalui saya
Untuk ketahui Promosi Bulan Ini, klik pada link.

Untuk pembelian produk Shaklee secara online menggunakan kad kredit / kad debit anda? Klik imej dibawah. 

Atau daftar keahlian Shaklee untuk penjimatan hebat. 

NAK JADI PENGEDAR SHAKLEE?

Berminat menjadi pengedar Shaklee dan mendapat bonus tunai serta banyak manfaat lain? Jom sertai team business kami, RYG dan DARE TO DREAM TEAM (#D2DTeam) yang mempunyai ahli aktif, kelas online percuma dengan masa yang fleksibel.

Anda juga boleh dapatkan produk ini terus daripada saya. Hubungi saya untuk dapatkan rangkaian produk Shaklee dengan konsultasi percuma atau bimbingan pendaftaran sebagai ahli Shaklee.  Kenali ahli D2DTeam terdekat dengan anda, KLIK SINI.

Rakan Shaklee Anda
Nur Hifzan binti Hj Muhamad Zanini (Cikgu Ije) 
SMS/WhatsApp : +6018 270 4872 
FB Page: Vitamin Suci
Personal FB : Hifzan Zanini
Instagram: @vitaminsuci

29 June 2016

Kenali Bahan Tambahan Dalam Vitamin Shaklee

07:05 0 Comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera! Malam tadi ada yang Whatsapp saya bertanyakan tentang bahaya atau tidak Carnauba Wax di dalam OsteMatrix Shaklee. Saya kongsikan tentang wax ini dulu ye.

Apa itu Carnauba Wax?

Ia dalah lilin tumbuhan semula jadi yang diperolehi daripada daun pokok kelapa (palm) lilin Brazil (Copernicia Cerifera). Lilin ini dipisahkan dari daun, dicairkan, menjadi kuat dalam kedudukannya semula (resolidified), dan dikisar menjadi serbuk. Sama dengan serat pemakanan, wax tumbuhan semula jadi melalui yang saluran tidak diserap oleh sistem penghadaman. Jadi, ia adalah tidak bahaya. Habis tu kenapa guna wax ini?

Ia merupakan satu lapisan nipis lilin tumbuhan semula jadi sering digunakan untuk tablet yang bersalut (coated tablet).

*info daripada Shaklee Science

Shaklee menggunakan wax ini untuk memudahkan pengamal menelan kaplet OsteMatrix. Terdapat slogan 'Easy To Swallow' pada botol OsteMatrix.

Apa itu bahan tambahan dalam vitamin?

OK. Sekarang kita masuk topik utama iaitu bahan tambahan dalam vitamin atau dikenali sebagai 'excipients'. Salah satu ciri penting yang anda perlu tahu sebelum mengambil sebarang vitamin ialah apakah bahan tambahan yang digunakan dalam supplemen anda.

Excipients atau nama lainnya ‘fillers’ dan ‘binders’ merupakan bahan tambahan yang digunakan dalam pembuatan supplemen.
  • Fillers berfungsi sebagai pengisi ruang kosong antara bahan aktif suplemen, justeru memberikan bentuk sesuai, senang dipegang dan mudah ditelan.
  • Binders merupakan pengikat antara bahan aktif supplemen, memberikan kekuatan kepada supplemen itu sendiri supaya ianya tidak mudah pecah ketika proses pengurusan dan penghantaran vitamin ke tangan penggamal.
Kenapa perlu tahu bahan tambahan dalam vitamin?

Fillers dan binders dalam sesetengah supplemen menggunakan bahan kimia bukan semulajadi yang sukar terurai dalam tubuh.

Jika anda memilih supplemen, pastikan label anda. Supplemen yang bagus selalunya menggunakan ‘excipients’ seperti berikut, dan mereka tidak akan ragu-ragu untuk ‘declare’ secara terperinci bahan expedients yang digunakan.
  • Dicalcium phosphate - ‘Filler’ semulajadi, juga sumber kalsium dan fosfat
  • Cellulose – ‘Binder’ semulajadi daripada serat tumbuhan
  • Alginic Acid/sodium alginate – ‘Binder’ semulajadi daripada rumpai laut
  • Gam acacia/gam arab – gam semulajadi dari tumbuhan
  • Kalsium atau magnesium stearate – pelincir semulajadi daripada sumber haiwan
  • Silica – pelincir semulajadi
  • Zein – Protien jagung, digunakan sebagai lapisan luar tablet
  • Brazil wax (Carnauba Wax) - penyalut luar tablet semulajadi dari pokok palma
Sebagai contoh:
  1. Zinc Complex Shaklee menggunakan Dicalcium Phosphate sebagai excipent serta membekalkan sumber kalsium dan fosfat dari sumber semulajadi.
  2. OsteMatrix Shaklee menggunakan Carnauba Wax (brazil wax) untuk menyalut bahagian luar kaplet
Bahayakah bahan tambahan?

Seperti saya kongsikan di atas, excipient daripada bahan semulajadi tidak memberi mudarat kepada tubuh. Syarikat suplemen yang menggunakan excipient yang selamat tidak akan ragu-ragu untuk melabelkan bahan tambahan tersebut.

Sebab itu penting untuk kita semak label dan ketahui kandungan suplemen yang kita amalkan. Shaklee mengamalkan dasar 100% bahan semulajadi, mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pengiktirafan sijil halal daripada JAKIM.

Shaklee hanya menggunakan amaun ‘excipients’ seminima mungkin untuk mendapatkan kesan teknikal yang diharapkan. Excipients yang digunakan hanyalah daripada sumber semulajadi, dan selalu diuji secara klinikal supaya kualiti dan ketulenannya selalu konsisten dengan standart yang telah ditetapkan.

Awas jika 'excipients' dalam supplemen anda menggunakan bahan kimia dan bahan sukar terurai. Excipients  seperti ini mampu menjadikan tablet lebih kuat tetapi sukar diuraikan dalam tubuh. Anda pasti tidak ingin jadi seperti gambar di bawah kan?
  
Supplemen yang tidak hancur dan sukar diurai akan termendak dalam tubuh anda dan mungkin menyebabkan masalah kesihatan yang lain.

JAMINAN KAMI

Shaklee merupakan suplemen semulajadi dan memegang piagam
  • Selamat (sijil Halal dan kelulusan KKM)
  • Semulajadi
  • Berkesan
  • Piagam ini telah diikrarkan semenjak lebih 50 tahun lalu, dan kini masih teguh berpegang padanya.
  • Shaklee Difference: Always Safe, Always Works, Always Green.
MENGAPA SAYA?

Saya merupakan pengedar Shaklee yang jujur dan amanah, serta lebih mementingkan kesihatan anda. Hubungi saya agar saya boleh bantu anda dan keluarga anda lebih sihat. Saya juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin dan konsultansi percuma berkaitan produk Shaklee yang sesuai untuk anda.
PENGHANTARAN

Penghantaran melalui pos akan diatur ke seluruh dunia samada menggunakan khidmat Poslaju, City-Link, GDex atau lain-lain yang bersesuaian dengan lokasi anda.
PEMBAYARAN

Pembayaran boleh dibuat menggunakan akaun Maybank, CIMB, Bank Simpanan Nasional , Bank Islam atau Western Union jika anda tinggal di luar negara.

NAK BELI SET SHAKLEE

Untuk mendapatkannya, anda mempunyai beberapa pilihan:
  • belian online dengan menggunakan kad debit atau kad kredit anda
  • belian di cawangan Shaklee terdekat (ID: 1233547) 
  • hubungi saya di talian WhatsApp / Telegram +6018 270 4872 (Hifzan Zanini) untuk sebarang bantuan / belian melalui saya
Untuk ketahui Promosi Bulan Ini, klik pada link.

Untuk pembelian produk Shaklee secara online menggunakan kad kredit / kad debit anda? Klik imej dibawah. 

Atau daftar keahlian Shaklee untuk penjimatan hebat. 

NAK JADI PENGEDAR SHAKLEE?

Berminat menjadi pengedar Shaklee dan mendapat bonus tunai serta banyak manfaat lain? Jom sertai team business kami, RYG dan DARE TO DREAM TEAM (#D2DTeam) yang mempunyai ahli aktif, kelas online percuma dengan masa yang fleksibel.

Anda juga boleh dapatkan produk ini terus daripada saya. Hubungi saya untuk dapatkan rangkaian produk Shaklee dengan konsultasi percuma atau bimbingan pendaftaran sebagai ahli Shaklee.  Kenali ahli D2DTeam terdekat dengan anda, KLIK SINI.

Rakan Shaklee Anda
Nur Hifzan binti Hj Muhamad Zanini (Cikgu Ije) 
SMS/WhatsApp : +6018 270 4872 
FB Page: Vitamin Suci
Personal FB : Hifzan Zanini
Instagram: @vitaminsuci

28 June 2016

4 Tips Mudah Nak Kurus

07:00 0 Comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera! Jadi, hari ini saya nak kongsikan tentang vitamin kurus yang popular. Sumber utama entry saya pada hari ini adalah daripada blog freevitamin. Nak kurus kena ada caranya. Sebab saya perempuan, saya beri perumpamaan ini:
Orang kata perempuan susah nak turun berat. Lagi-lagi lepas bersalin. Namun alhamdulillah, berkat usaha dengan vitamin Shaklee; saya dapat menyusukan anak sepenuhnya (walau bekerja) dan bila menyusu (walau makan banyak sebab asyik lapar), berat saya boleh turun macam zaman anak dara. Suami pun puji body mantap (walau anak 3). Kata orang body gempal sedap nak peluk (walau sebenarnya ia adalah ayat sedap hati). Body lansing la sedap nak rangkul. Mata pun sedap je nak tilik. Kita pun confident.
OK. Berbalik kepada kisah KURUS, nak kurus mesti ada cara. Hari ni saya bongkarkan semuanya pada anda. Yang tinggal anda nak buat ialah; dapatkan vitamin Shaklee dan disiplin! Mudah kan?

Info 1: Senaman vs diet

Ramai salah sangka untuk turunkan berat badan 80% senaman dan 20% diet. Tetapi cara yang betul adalah 80% diet dan 20% senaman. Sebelum anda bermula diet, anda kena reset minda anda. Apa-apa menu yang anda amalkan selama ni yang bikin badan anda naik, kena tinggalkan. Ini adalah fresh start. Mulakan diet baru untuk bantu anda turun berat.

Ini kerana mereka yang mempunyai berat badan berlebihan mengambil kalori 3 kali ganda dari apa yang tubuh mereka perlukan sebenarnya. Sebagai contoh:
  • Untuk bakar 600 kalori anda kena jogging 1 jam
  • 2 keping roti canai bersamaan 600 kalori
  • Mana lagi senang? elak makan roti canai 2 keping atau makan roti canai 2 keping kemudian jogging 1 jam untuk bakar 600 kalori tu? 
Saya tahu jawapan di minda anda. ELAK MAKAN ROTI CANAI 2 KEPING! Sebab tu diet lebih penting daripada senaman! OK dah faham ye? Kita adalah apa yang kita makan. Habis tu kenapa perlukan vitamin? Vitamin ialah makanan tambahan untuk menyokong keperluan zat badan kita. Contohnya, takkan hari-hari nak makan ubat julap sebab sembelit teruk. Jadi, pengambilan vitamin untuk lancarkan pembuangan lebih baik untuk diamalkan.

Info 2: Vitamin untuk kurus

Bertitik tolak dari situ saya rasa adalah penting untuk membantu mereka yang ingin menurunkan berat badan mendapat panduan lengkap cara makan set kurus dan menu harian yang wajib diikuti untuk turun berat. 

Bagi tujuan ni, saya simulasikan penggunaan semua produk dalam set kurus. Untuk pengetahuan anda, set kurus Shaklee terdiri daripada 7 vitamin
  • Cinch Shake Mix, Cinch Energy Tea, Alfalfa Complex, Herblax dan Lecithin
  • ESP dan OmegaGuard lebih sesuai digunakan jika anda menyusu badan kerana mempunyai manfaat tambahan terhadap penyusuan dan IQ bayi. 
Berikut merupakan fungsi asas setiap produk:
  • Detoks - Herb-Lax dan Alfalfa Complex
  • Singkirkan Lemak - Lecithin dan OmegaGuard
  • Diet sihat -  Cinch Shake Mix, ESP dan Cinch Energy Tea
Paling utama, anda perlu tahu berapa BMR dan DCR beliau. Boleh rujuk SINI untuk mempelajarinya. Sesudah mengetahui DCR anda, mari kita mulakan langkah pertama. Iaitu menggabungkan supplement tersebut dan teknik menurunkan berat badan yang betul seterusnya mencapai objektif mendapatkan kalori defisit setiap hari.

Info 3 : Kenapa mesti ambil vitamin?

Pertama sekali anda kena tahu matlamat kita menggunakan supplement semulajadi adalah supaya berat kita cepat turun secara semulajadi. Contoh berat turun secara semulajadi tu macam mana? Turun berat secara semulajadi ni tidak melibatkan steroid atau bahan yang kimia yang membuatkan metabolisma badan naik mendadak seperti sibutramine.

Bagaimana setiap produk membantu turun berat? Perlu diketahui matlamat kita adalah mendapatkan kalori defisit setiap hari. Makanan ruji harian kita membekalkan sedikit tenaga tetapi banyak kalori. Lemak terbentuk dari kalori yang berlebihan. Tambahan pula aktiviti harian kita hanya perlukan sedikit kalori. 

Sebagai contoh waktu siang, kita hanya perlu 400 kalori tetapi masa makan tengah hari kita makan 500 kalori  dan makan malam kita tambah lagi 1000 kalori sebab makan Big Mac McD dan Coke disamping kentang goreng yang enak. Sedap tapi kalori berlebihan ni yang akan disimpan sebagai simpanan tenaga dalam bentuk lemak untuk kegunaan kemudian hari. Bab tu yang tak enak. Betul kan?

Saya ialah ibu anak 3 dan cuma ambil OmegaGuard serta Alfalfa Complex secara konsisten. Saya boleh kekalkan berat badan 45 - 47 kg dengan tinggi 156cm. Saya bersukan? Tak sempat! Saya hanya melakukan rutin harian di rumah (kemas, basuh, sapu) dan sebagai cikgu, tangga adalah alat senaman saya. 

berat sama tapi saiz berbeza

Info 4 :Bagaimana tingkatkan metabolisme?

Salah satu cara untuk meninggikan kadar metabolisma adalah membesarkan saiz otot. Tapi bukanlah seperti orang bina badan. Maksud membesarkan otot adalah banyakkan aktiviti fizikal. Kerana otot memerlukan tenaga untuk bekerja. Lagi besar otot lagi banyak kalori dibakar dalam 1 masa. 

Tenaga kita datang dari makanan dan lemak. Jika kita makan banyak tapi rendah kalori, perut akan sentiasa kenyang tetapi badan akan mengurai lemak lama anda untuk ditukarkan kepada tenaga. Makanan rendah kalori tapi mengenyangkan adalah makanan berserat seperti buah dan sayur dan juga protein. Makanan tak mengenyangkan tapi banyak kalori adalah karbohidrat seperti gula, nasi dan roti. Air kotak, tin dan botol terutamanya. Ambil air ini dan diet anda akan gagal melainkan anda bakar kalori tersebut.

Turun berat dengan Shaklee adalah turun berat semulajadi. Ia tidak merosakkan metabolisma badan anda secara paksaan seperti ubat kurus. Sebab itu sebahagian ubat kurus diletakkan steroid untuk merangsang metabolisma anda secara tidak semulajadi dan jika anda berhenti guna tapi masih tidak mengubah gaya hidup, berat anda akan bertambah semula.

Jadi, jom ubah gaya hidup gaya Shaklee dan rasai pengalaman energetik semasa turun berat. Untuk lihat mereka yang dah berjaya melalui set kurus Shaklee dan menjadi inspirasi anda boleh klik link bawah. Boleh cuba set mereka cuba dengan syarat latar belakang anda sama la. Kalau anda belum kahwin dan sibuk dengan kerja tanpa ada masa bersenam tapi nak cuba set kurus ibu menyusu, tu tak tepat tu. Kena pilih tepat dengan rutin harian anda ye. Suka saya untuk anda mencuba set kurus yang lengkap supaya kesannya cepat nampak dan awesome. Klik untuk lihat testimoni set kurus!

JAMINAN KAMI

Shaklee merupakan suplemen semulajadi dan memegang piagam
  • Selamat (sijil Halal dan kelulusan KKM)
  • Semulajadi
  • Berkesan
  • Piagam ini telah diikrarkan semenjak lebih 50 tahun lalu, dan kini masih teguh berpegang padanya.
  • Shaklee Difference: Always Safe, Always Works, Always Green.
MENGAPA SAYA?

Saya merupakan pengedar Shaklee yang jujur dan amanah, serta lebih mementingkan kesihatan anda. Hubungi saya agar saya boleh bantu anda dan keluarga anda lebih sihat. Saya juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin dan konsultansi percuma berkaitan produk Shaklee yang sesuai untuk anda.
PENGHANTARAN

Penghantaran melalui pos akan diatur ke seluruh dunia samada menggunakan khidmat Poslaju, City-Link, GDex atau lain-lain yang bersesuaian dengan lokasi anda.
PEMBAYARAN

Pembayaran boleh dibuat menggunakan akaun Maybank, CIMB, Bank Simpanan Nasional , Bank Islam atau Western Union jika anda tinggal di luar negara.

NAK BELI SET SHAKLEE

Untuk mendapatkannya, anda mempunyai beberapa pilihan:
  • belian online dengan menggunakan kad debit atau kad kredit anda
  • belian di cawangan Shaklee terdekat (ID: 1233547) 
  • hubungi saya di talian WhatsApp / Telegram +6018 270 4872 (Hifzan Zanini) untuk sebarang bantuan / belian melalui saya
Untuk ketahui Promosi Bulan Ini, klik pada link.

Untuk pembelian produk Shaklee secara online menggunakan kad kredit / kad debit anda? Klik imej dibawah. 

Atau daftar keahlian Shaklee untuk penjimatan hebat. 

NAK JADI PENGEDAR SHAKLEE?

Berminat menjadi pengedar Shaklee dan mendapat bonus tunai serta banyak manfaat lain? Jom sertai team business kami, RYG dan DARE TO DREAM TEAM (#D2DTeam) yang mempunyai ahli aktif, kelas online percuma dengan masa yang fleksibel.

Anda juga boleh dapatkan produk ini terus daripada saya. Hubungi saya untuk dapatkan rangkaian produk Shaklee dengan konsultasi percuma atau bimbingan pendaftaran sebagai ahli Shaklee.  Kenali ahli D2DTeam terdekat dengan anda, KLIK SINI.

Rakan Shaklee Anda
Nur Hifzan binti Hj Muhamad Zanini (Cikgu Ije) 
SMS/WhatsApp : +6018 270 4872 
FB Page: Vitamin Suci
Personal FB : Hifzan Zanini
Instagram: @vitaminsuci

27 June 2016

Cara Mudah Kira Kalori Untuk Tambah Atau Turun Berat

09:28 0 Comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Ramai orang ingin turunkan berat badan cara mudah dan cepat. Tapi tak ramai yang faham kenapa berat mereka berlebihan. Jadi nak kongsi la sikit ilmu yang ada. Selalu kita tertanya sendiri; kenapa berat sangat? kenapa tak turun-turun?

Cuba jawab soalan ni. "Adakah rutin harian anda melibatkan banyak aktiviti fizikal?". 90% akan jawab tak. Kebanyakan kita akan duduk di meja pejabat di dalam bilik ada aircond. Kita pelik kenapa badan kita makin bambam sedangkan kita makan sama je kuantiti. macam zaman study dulu. Teruskan pembacaan jika nak tahu sebabnya.

Untuk menurunkan berat badan anda, apa yang paling penting adalah mengawal segala keperluan badan dan mengira! Kira keperluan kalori badan, kira pengambilan kalori badan dan kira anggaran defisit kalori. Hari ini kita berlajar matematik! 

Basal Metabolic Rate (BMR)

Mula-mula kita kira yang paling asas iaitu Basal Metabolic Rate (BMR). Bagi mereka yang tidak tahu BMR ini merupakan jumlah kalori minimum yang diperlukan oleh badan kita untuk hidup. Jumlah BMR setiap individu adalah berbeza bergantung kepada berat, tinggi dan umur.

Sifirnya:

  • Lelaki: BMR = 10 x weight (kg) + 6.25 x height (cm) – 5 x age (years) + 5
  • Perempuan: BMR = 10 x weight (kg) + 6.25 x height (cm) – 5 x age (years) – 161
Paling mudah saya kirakan BMR saya supaya anda semua lebih faham pengiraannya. Berat saya 45kg, tinggi 156cm dan umur 30.

Hasilnya  : 10 x 45 +  6.25 x 156 - 5 x 30 = 1275

Daily Calorie Requirement (DCR)

Selepas dapat BMR kita cari pula Daily Calorie Requirement. BMR adalah kiraan jumlah makanan/kalori yang diperlukan badan kita mengikut ketinggian dan dan berat manakala DCR merupakan jumlah kalori harian bergantung kepada aktiviti dan keaktifan kita sepanjang hari. Cara mengira DCR adalah dengan mendarabkan jumlah BMR tadi kepada unit keaktifan kita. Gunakan maklumat di bawah ini berdasarkan senaman anda :

  1. BMR x 1.2 (kurang atau tiada senaman, kerja di meja)
  2. BMR x 1.375 (senaman ringan/bersukan 1-3 hari/minggu)
  3. BMR x 1.55 (senaman sederhana/bersukan 3-5 hari/minggu)
  4. BMR x 1.725 (senaman berat/bersukan 6-7 hari/minggu)
  5. BMR x 1.9 (senaman berat setiap hari/bersukan dan latihan fizikal atau 2x sehari seperti pelumba maraton)
BMR saya tadi  1275 kalori dan saya dalam kategori 2 iaitu senaman ringan / bersukan 1-3 hari seminggu. Maklumlah cikgu, hari-hari naik tangga 3 tingkat. Ulang 3 kali naik turun sebab setiap hari ada 3 kelas. Maknanya sehari saya naik tangga 18 tingkat bangunan.

Maka saya hanya perlukan  1275 X 1.375 = 1753 kalori (DCR saya sehari)

Dengan ketinggian dan berat, badan saya memerlukan 1753 kalori mengikut keaktifan saya. 

Bagaimana kekalkan berat?

Sekiranya saya mahu mengekalkan berat badan, maka saya mantain pengambilan 1753 kalori sehari. Macam mana nak tahu? Senang saja. Anda cuba kira pengambilan makanan anda dari pagi hingga malam. Sekiranya saya makan lebih dari 1753 kalori sehari makan berat saya akan bertambah.
 
Ok. Di atas adalah bagai mana mengira BMR dan DCR. Jika kekal kan DCR maka berat anda akan kekal. 

Bagaimana turunkan berat?

Tapi bagaimana mahu menurunkan berat? Jika kita mahu menurunkan berat kita perlu ciptakan kalori defisit. Apa itu kalori defisit?

Kalori Defisit
 
Kalori defisit merupakan defisit daripada dua nilai (nilai kalori keluar dan nilai kalori masuk), apabila nilai kalori keluar lebih tinggi daripada kalori masuk. Mari saya tunjukkan bagaimana untuk mendapatkan kiraan defisit.

1753 kalori (masuk) - 1753 (keluar) = maka defisit kalori saya ada kosong (0)
Sekiranya saya makan berlebihan sebagai contoh 1900 kalori, maka 1900 kalori - 1753kalori = (+)147 kalori

Memang nampak pertambahan 147 kalori tu macam sikit je kan? Tapi kalau lama-lama disimpan maka ia akan jadi bukit. Maka tercipta berat badan yang tidak diingini. Namun sekiranya saya rajin dan berlari di gym selama 15 minit dan membakar 147 kalori itu, maka saya selamat dan berat saya kekal tanpa penambahan.

Macam mana nak turun berat? Apa yang penting adalah kombinasi diet dan juga senaman. Ok saya kirakan. Keperluan saya adalah 1753 kalori. Sekiranya saya hanya makan 1500 kalori maka dengan berdiet kalori sahaja sahaja boleh dapat defisit.

1500 kalori - 1753 kalori = 253 kalori defisit

Dan sekiranya saya bersenam dan membakar 400 kalori tambahan maka untuk hari tu sahaja saya untung dalam (400 kalori + 253 kalori) 653 kalori defisit. Banyak!

Ok mesti ramai yang tertanya-tanya dengan 653 dekalori defisit itu berapa kg saya boleh turun? sekali lagi saya nasihatkan, nak menurunkan berat ni bukan kerja sehari. Berpuluh-pulah tahun kita dengan berat kita dan bertahun kita bina lemak badan tu, mustahil kita hilangkannya dalam sehari atau seminggu. Tapi ada caranya teruskan membaca.

Sekiranya kita mahu turun 1 kg berat badan kita perlu membakar 7700 kalori. Oleh itu sekiranya anda dapat mencipta 550 kalori defisit sehari, maka anda memerlukan 14 hari (dua minggu) untuk mengurangan sekilo.

• Hari 1 :  [-] 550kalori.
• Hari 2 :  [-] 550 kalori.
• Hari 3 : [-] 550 kalori.
• Hari 6 :  [-] 550 kalori.
• Hari 7 :  [-] 550 kalori.
• Hari 8 : [-] 550 kalori.
• Hari 9 :  [-] 550 kalori.
• Hari 10 :  [-] 550 kalori.
• Hari 11 : [-] 550 kalori.
• Hari 12 :  [-] 550 kalori.
• Hari 13 : [-] 550 kalori.
• Hari 14 :  [-] 550 kalori.

Jumlah kalori defisit terkumpul : 14 X 550 = 7700kalori (1kg)

Nampak macam susah tapi sebenarnya tidak. Sekiranya anda berdiet dan bersenam anda boleh mendapat defisit melebih 550 sehari. Tapi ingat. Jumlah pengambilan kalori ketika berdiet tidak boleh kurang daripada BMR kita. Sebagai contoh saya tidak boleh mengambil makanan dan kalori kurang daripada 1275 kalori kerana ia akan membawa kemudaratan kepada kesihatan.

Nah, sekarang anda dah faham mengapa berat badan anda  bertambah lepas masuk zaman bekerja. Zaman belajar mungkin unit keaktifan kita 1.55 tetapi bila bekerja unit keaktifan kita adalah 1.2. Maka saiz kalori yang kita ambil secara rutin sejak dulu mengakibatkan pertambahan berat bila masuk zaman bekerja. Plus bila dah beranak pinak. sedih sedih..

Untuk dapatkan kalori defisit yang banyak :

Nak tahu lebih lanjut? Klik KURUS