26 June 2016

Rawat Tekanan Darah Tinggi (11 Testimonial)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada 27 Mei 2016 saya selamat melahirkan anak ke-3. Alhamdulillah. Namun, pada 29 Mei 2016, saya dikejutkan dengan kematian ayah mertua. Bergegas capai kain baju dan keperluan mana yang terlintas di kepala dan balik kampung. Vitamin Shaklee pun saya main ambil je tak tengok dah untuk kegunaan pantang ke, kurus ke, sembelit ke. Kira pantas laju habis! Jadinya berpantang di kampung la saya. 

Biasalah ibu berpantang ditambah dengan kematian ayah mertua; saya dan suami tidur lewat. Berbual kisah kami dan arwah, menyusukan bayi kecil. Hampir jam 4.30 pagi baru kami betul-betul tidur. 

Jam 6 pagi kalut bangun mandi sebab nurse kat kampung datang awal. Bila nurse datang, tekanan darah saya tinggi. Tak pernah hayat tekanan darah tinggi. Siap naik ambulans pergi ke klinik kesihatan desa untuk pemeriksaan doktor. Ajaibnya, doktor cek tekanan darah normal. Lega ibu dalam pantang sebab taknak masuk wad. Jadi saya simpulkan, tekanan darah saya naik sebab tak cukup rehat dan faktor pemakanan.

Balik rumah, terus korek vitamin Shaklee yang ada. Mujur terbawa Garlic Complex, sesuai untuk stabilkan tekanan darah. Panjang introduction, jadi fahamlah semua bahawasanya hari ini saya nak kongsi info tentang darah tinggi. Hehe.

Apa itu darah tinggi?


Penyakit Darah Tinggi atau “Hypertension” merupakan satu daripada penyakit yang banyak dihadapi oleh bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi juga oleh ramai manusia di seluruh dunia. Penyakit darah tinggi ini berlaku apabila tekanan di dalam saluran darah arteri sentiasa pada kadar yang tinggi daripada kadar biasa. Akibatnya, jantung pesakit itu terpaksa bekerja keras lebih daripada biasa dan jika keadaan ini berlarutan untuk jangka masa yang panjang, pesakit itu akan mengalami masalah-masalah kesihatan yang serius.

Bacaan tekanan darah
  


Terdapat dua jenis bacaan tekanan darah iaitu systolik dan diastolik
  • Kadar biasa untuk systolik (tekanan atas) adalah di antara 100 mmHg hingga 140 mmHg.
  • Kadar biasa untuk diastolik (tekanan bawah) pula adalah di antara 60 mmHg hingga 90 mmHg. 
Jikalau kadar kedua-dua bacaan tersebut sentiasa di luar kadar biasa untuk tempoh masa yang panjang, walaupun selepas berehat, maka seseorang itu disahkan menghidapi masalah penyakit darah tinggi.

Kategori penyakit darah tinggi

Penyakit darah tinggi terbahagi kepada dua iaitu:
  1. darah tinggi primermerujuk kepada darah tinggi yang tidak mempunyai punca-punca yang jelas dan darah tinggi primer dihidapi oleh hampir 95% pesakit-pesakit darah tinggi di seluruh dunia
  2. darah tinggi sekunder - selalunya disebabkan oleh penyakit-penyakit lain yang menjejaskan organ seperti buah pinggang, saluran darah atau jantung.

Mana-mana pesakit darah tinggi yang tidak mengawal penyakit ini dengan baik, pesakit tersebut mempunyai risiko yang tinggi untuk diserang angin ahmar (stroke), masalah saluran darah (aneurysm), serangan jantung (coronary heart attack) dan turut boleh menyebabkan penyakit buah pinggang yang kronik.

Statistik kes-kes penyakit darah tinggi di Malaysia

Menurut kajian oleh Persatuan Hipertensi Malaysia, didapati bahawa hampir 4.8 juta rakyat Malaysia menghidap penyakit darah tinggi dan sekurang-kurangnya 42% orang dewasa Malaysia yang berusia lebih dari 30 tahun menghidap penyakit darah tinggi. Apa yang lebih mengecewakan, tidak sampai 10% daripda jumlah pesakit darah tinggi di Malaysia yang dapat mengawal tekanan darah mereka untuk berada di dalam kadar yang dianggap sihat.



Punca penyakit darah tinggi

Walaupun penyebab sebenar penyakit darah tinggi masih belum dapat dikenalpasti, terdapat beberapa faktor yang telah dikaitkan dengan penyakit darah tinggi. Faktor-faktor ini didapati telah meninggikan risiko untuk mendapat penyakit darah tinggi. Di antara punca-punca utama yang dikenalpasti adalah:
  • faktor keturunan
  • usia yang meningkat
  • pemakanan yang tidak seimbang
  • kurang bersenam
  • berat badan yang berlebihan
  • pengambilan garam dan lemak atau minyak yang berlebihan di dalam diet
  • stres yang tinggi
  • penyakit-penyakit lain seperti hipertiroid, Sindrom Cushing, masalah buah pinggang dan sebagainya.

Selain dari itu, sikap suka makan berlebihan walaupun sudah kekenyangan turut boleh menyumbang kepada masalah penyakit darah tinggi. Malah, di dalam Islam kita dilarang daripada makan dengan cara berlebih-lebihan.

Firman Allah swt di dalam surah Al-A'raaf ayat 31:
“Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat beribadat (atau mengerjakan solat) dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau-lampau; sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang melampaui batas.”

Tanda-tanda awal darah tinggi

Penyakit darah tinggi selalunya tidak mempunyai sebarang tanda-tanda awal. Malah, seseorang itu kebiasaannya didapati menghidapi penyakit darah tinggi selepas menjalani pemeriksaan kesihatan untuk sakit-sakit lain. Namun, terdapat pesakit darah tinggi yang mengadu mengalami pening kepala, vertigo, telinga berdengung atau berdesing, selalu pitam dan sebagainya.

Rawatan moden penyakit darah tinggi

Matlamat utama dalam rawatan penyakit darah tinggi adalah untuk mengawal kadar tekanan darah supaya tekanan darah tersebut senantiasa berada pada tahap normal atau biasa. Kebiasaannya, langkah pertama rawatan yang disyorkan oleh doktor adalah perubahan dalam cara hidup yang lebih aktif dan pengambilan makanan yang sihat dan seimbang. Malah penurunan berat badan dan berhenti merokok turut didapati sangat membantu untuk mengawal kadar tekanan darah tinggi buat ramai pesakit. Jikalau penyakit darah tinggi tidak dapat dikawal dengan langkah-langkah awal tersebut, pesakit turut diberi beberapa jenis ubat hospital yang berkesan untuk ramai pesakit dalam mengawal kadar tekanan darah.

Namun, kebergantungan kepada ubat yang mengandungi dadah secara berpanjangan akan mendatangkan kesan buruk ke dalam darah dan sistem badan itu sendiri. Lantas, ia boleh menyebabkan pesakit mengalami kesan kesihatan yang teruk untuk jangka masa panjang.

Apa Shakee boleh bantu?

Atas kesedaran tentang keburukan penggunaan dadah untuk jangka masa panjang, Shaklee menawarkan kaedah untuk mengurangkan kesan dan boleh mencegah seseorang daripada mempunyai masalah tekanan darah tinggi.

Set ini terdiri daripada 4 vitamin:
  1. Vivix - melindungi DNA, memperbaiki DNA dan memberi impak positif kepada pengawalan genetik. Melindungi dan menguangkan risiko penyakit berkaitan jantung. Membantu dalam proses penurunan berat badan. Meningkatkan kesihatan imun badan dan menggalakkan kesihatan keseluruhan.
  2. OmegaGuard - Omega 3 telah diuji dan terbukti dalam mengurangkan tekanan darah tinggi. Kajian terbaru dari American Heart Association Journal telah menunjukkan Omega 3 merendahkan tekanan darah berbanding orang yang tidak mengambilnya. Bertindak melancarkan saluran darah dan membuang kolesterol di dalam darah.
  3. Garlic Complex - membantu mengekalkan tekanan darah normal dan paras kolesterol. Menggalakkan kesihatan kardiovaskular. Menurunkan kolesterol LDL, trigliserida dan kelikatan darah
  4. CoQHeatlh Plus - selain untuk jantung yang sihat, kajian klinikal menunjukkan CoQ10 boleh mengurangkan tekanan darah dalam tempoh 4 - 12 minggu. CoQ10 berpotensi menurunkan tekanan darah sistolik sehingga 17 mm Hg dan tekanan darah diasolik sebanyak 10 mm Hg, tanpa kesan sampingan ketara. (**tiada stok sejak 2015 hingga artikel ini ditulis pada Jun 2016)
Apa kata pengguna?

Testimonial 1


Testimonial 2


Testimonial 3


Testimonial 4


Testimonial 5


Testimonial 6


Testimonial 7


Testimonial 8


Testimonial 9


Testimonial 10


Testimonial 11


JAMINAN KAMI

Shaklee merupakan suplemen semulajadi dan memegang piagam
  • Selamat (sijil Halal dan kelulusan KKM)
  • Semulajadi
  • Berkesan
  • Piagam ini telah diikrarkan semenjak lebih 50 tahun lalu, dan kini masih teguh berpegang padanya.
  • Shaklee Difference: Always Safe, Always Works, Always Green.
MENGAPA SAYA?

Saya merupakan pengedar Shaklee yang jujur dan amanah, serta lebih mementingkan kesihatan anda. Hubungi saya agar saya boleh bantu anda dan keluarga anda lebih sihat. Saya juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin dan konsultansi percuma berkaitan produk Shaklee yang sesuai untuk anda.
PENGHANTARAN

Penghantaran melalui pos akan diatur ke seluruh dunia samada menggunakan khidmat Poslaju, City-Link, GDex atau lain-lain yang bersesuaian dengan lokasi anda.
PEMBAYARAN

Pembayaran boleh dibuat menggunakan akaun Maybank, CIMB, Bank Simpanan Nasional , Bank Islam atau Western Union jika anda tinggal di luar negara.

NAK BELI SET SHAKLEE

Untuk mendapatkannya, anda mempunyai beberapa pilihan:
  • belian online dengan menggunakan kad debit atau kad kredit anda
  • belian di cawangan Shaklee terdekat (ID: 1233547) 
  • hubungi saya di talian WhatsApp / Telegram +6018 270 4872 (Hifzan Zanini) untuk sebarang bantuan / belian melalui saya
Untuk ketahui Promosi Bulan Ini, klik pada link.

Untuk pembelian produk Shaklee secara online menggunakan kad kredit / kad debit anda? Klik imej dibawah. 

Atau daftar keahlian Shaklee untuk penjimatan hebat. 


NAK JADI PENGEDAR SHAKLEE?

Berminat menjadi pengedar Shaklee dan mendapat bonus tunai serta banyak manfaat lain? Jom sertai team business kami, RYG dan DARE TO DREAM TEAM (#D2DTeam) yang mempunyai ahli aktif, kelas online percuma dengan masa yang fleksibel.

Anda juga boleh dapatkan produk ini terus daripada saya. Hubungi saya untuk dapatkan rangkaian produk Shaklee dengan konsultasi percuma atau bimbingan pendaftaran sebagai ahli Shaklee.  Kenali ahli D2DTeam terdekat dengan anda, KLIK SINI.

Rakan Shaklee Anda
Nur Hifzan binti Hj Muhamad Zanini (Cikgu Ije) 
SMS/WhatsApp : +6018 270 4872 
FB Page: Vitamin Suci
Personal FB : Hifzan Zanini
Instagram: @vitaminsuci

0 comments: