02 February 2018

4 Faedah CoQTrol-Plus (Vitamin CoQ10 Terbaik)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini Cikgu Ije nak kongsikan 4 faedah mengamalkan vitamin CoQ10. Pilihan terbaik tentulah CoQ-Trol. Biarpun hanya baru dilancarkan di pasaran Shaklee Malaysia pada Januari 2018, namun telah banyak feedback positif yang diterima. Alhamdulillah. 



1. Kekal Bertenaga dengan CoQ₁₀

CoQ10 adalah nutrien utama dalam menghasilkan tenaga. Ia bertindak sebagai palam pencucuh, yang menghidupkan enjin dengan memulakan penghasilan tenaga dalam setiap sel. Apabila sel-sel menghasilkan lebih banyak tenaga, badan anda berfungsi pada tahap optimum. Ia merupakan 'Penjana Tenaga Terbaik'

Meningkatkan kekuatan otot
Kajian telah menunjukkan bahawa CoQ10 dapat membantu meningkatkan kekuatan otot dan jisim otot fast-twitch (type-II)1 (otot yang menjana kuasa dan kekuatan). Ia juga bertindak sebagai antioksida untuk mengurangkan kerosakan oksidatif kepada sel-sel otot.

Mempercepatkan proses pemulihan luka
CoQ10 menyokong penghasilan semula tisu yang rosak dengan meningkatkan penghasilan sel, pembaikan tisu dan proses penyerapan oksigen ke dalam tisu, mempercepat penyembuhan luka. CoQ10 juga berperanan sebagai anti-radang dalam pemulihan luka.

Menyokong gaya hidup aktif anda
Pelbagai kajian telah menunjukkan bahawa CoQ10 memberi manfaat kepada orang dewasa, dari atlet yang kerap melakukan latihan sehingga kepada orang biasa yang cuba mengekalkan jantung yang sihat dan kekal cergas. 

Hasil kajian menunjukkan bahawa CoQ10 membantu orang ramai untuk kekal aktif secara fizikal dan meningkatkan prestasi dengan menggalakkan penghasilan tenaga selular. Kini jantung anda dapat mengepam darah ke seluruh badan dengan lebih cekap, anda boleh berjalan lebih cepat dan berlari lebih jauh, dan anda dapat memberi lebih tumpuan.

Memastikan anda bertenaga sepanjang hari
CoQ10 adalah asas dalam penjanaan tenaga badan. Ia berfungsi sepanjang masa untuk memulakan dan menghasilkan tenaga. Apabila sel-sel menghasilkan lebih banyak tenaga, badan anda mempunyai tahap tenaga yang tinggi, stamina anda meningkat, meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan anda, menjadikan anda berasa lebih bertenaga sehingga anda boleh melakukan pelbagai perkara dalam sehari

2. Pasangan Pembekal Tenaga

Adalah amat penting untuk sentiasa membekalkan tenaga kepada badan kita supaya kita boleh hidup dengan cergas setiap hari. Berita baiknya adalah, anda boleh berbuat demikian dengan nutrisi yang betul bersama Shaklee.

Bagaimana Gaya Hidup Menjejaskan Penghasilan Tenaga?
Seperti sebuah kilang, badan kita memerlukan sel-sel (stesen penjaga tenaga) dan nutrien-nutrien (pekerja) untuk berfungsi seperti biasa. Setiap sel mengandungi satu stesen penjanaan yang bernama mitokondria untuk menghasilkan tenaga untuk badan anda dan ia memerlukan satu nutrien, Coenzyme Q10 (CoQ10). Badan anda boleh menghasilkan mitokondria dan CoQ10 secara semulajadi. Akan tetapi, penghasilannya akan merosot dengan usia yang meningkat dan cara hidup tidak sihat seperti pemakanan yang rendah nutrien yang memberi tenaga, serta tinggi kandungan lemak dan gula, pencemar persekitaran, stres dan kurang bersenam1. Hasilnya, anda akan berasa lesu, mengantuk dan mudah berasa letih.

Tingkatkan Tenaga Anda dengan Polifenol dan CoQ10
Tinggi dengan antioksida, polifenol membantu meningkatkan prestasi sel ke tahap optima, menambah jumlah mitokondria dalam sel. Sebagai pekerja dalam stesen-stesen penjana tenaga, CoQ10 diperlukan untuk mengecas badan, memperbaharui tenaga agar badan anda berfungsi lebih efektif.



3. Nutrien Untuk Jantung Sihat

Setiap hari, jantung bekerja keras untuk memastikan setiap sel dalam tubuh anda menerima nutrien penting untuk fungsi yang optimum. Cintai jantung anda dengan memberikannya nutrien yang tepat - Koenzim Q10 (CoQ10) dan asid lemak Nutrien omega-3.


Koenzim Q10
Memberi Tenaga dan Menguatkan Otot Jantung
Pelbagai kajian telah membuktikan bahawa CoQ10 menyokong kesihatan jantung dengan meningkatkan penghasilan tenaga, memulihkan denyutan otot jantung dan sekaligus, meningkatkan kekuatannya dalam jangka panjang.

Meningkatkan Peredaran Darah
Bertindak sebagai antioksida yang kuat, CoQ10 membantu melindungi saluran darah dari kerosakan akibat molekul kolesterol yang teroksida. Ia juga membantu mengurangkan pembentukan plak pada arteri meningkatkan peredaran darah membolehkan darah mengalir dengan lancar melalui saluran darah yang sihat.

Mengoptimumkan Denyutan Jantung
Paras CoQ10 yang rendah dikaitkan dengan ketidakupayaan jantung untuk mengepam darah yang mencukupi ke seluruh badan, yang membawa kepada kegagalan jantung. Pengambilan suplemen CoQ10 menunjukkan peningkatan dalam jumlah darah yang dipam oleh jantung. Kesannya, ia memberikan tenaga yang mencukupi untuk jantung, mengoptimumkan kemampuan mengepam dan meningkatkan kesihatan keseluruhan jantung.

Statins Statins Mengurangkan Tahap CoQ10 Anda!
Statin, ubat yang digunakan untuk menurunkan tahap kolesterol, mengurangkan penghasilan semulajadi CoQ10 dalam badan sebanyak 40%! Ambil suplemen CoQ10 sekarang untuk jantung yang kuat dan sihat!

Asid Lemak Omega-3
Menyokong Kesihatan Saluran Darah
Terkenal dengan manfaat anti-keradangan, asid lemak omega-3 adalah penting dalam mencegah pembentukan plak dalam saluran darah anda, mengurangkan risiko anda mengalami penyempitan saluran darah, yang boleh menyebabkan anda berisiko mengalami penyakit jantung.

Menyokong Tekanan Darah Sihat
Pelbagai kajian menunjukkan bahawa pengambilan asid lemak omega-3 membantu mengurangkan tahap trigliserida (lemak dalam darah) dan mengawal tekanan darah ke tahap yang sihat.

Tambah dua nutrien ini untuk menyokong kesihatan jantung.

4. Manfaat Menakjubkan CoQ10 kepada Kulit

Kecantikan itu tidak kekal. Oleh kerana itu, kita tidak pernah jemu menjaga kulit siang dan malam, dengan harapan dapat menghapuskan tanda-tanda penuaan. Jangan bimbang, kulit yang cantik boleh menjadi milik anda dengan nutrien yang tepat seperti Coenzyme Q10 (CoQ10). Jumlah antioksida ini adalah tinggi di dalam epidermis dan ia berfungsi untuk melindungi kulit anda daripada pelbagai faktor penuaan seperti sinaran UV, bahan pencemar, toksin dan banyak lagi.1 Walaupun badan kita menghasilkan CoQ10 secara semulajadi, penghasilannya berkurangan sekitar umur 20an dan pengambilan suplemen CoQ10 sangat digalakkan.

Biarlah CoQ10 menjadi rahsia kecantikan terbaik anda supaya anda dapat terus menyerlah dan tampil berseri!

Perlindungan Optimum untuk Kulit Berseri
CoQ10, antioksida yang kuat, melindungi kulit anda daripada mengalami penuaan pramatang yang disebabkan oleh pendedahan matahari yang berlebihan dan tindak balas keradangan. Ia juga meningkatkan perlindungan antioksida kulit dengan meneutralkan radikal bebas yang disebabkan oleh sinaran UV dan bahan pencemar yang boleh merosakkan kolagen dan elastin anda, yang membawa kepada penuaan pramatang.

Kulit Kelihatan Lebih Muda
Kehilangan kolagen dan elastin menjadikan kulit anda tidak tegang dan berkedut. Alami pengurangan garis halus dan kedut, serta dapatkan kulit lebih licin dan lebih anjal dengan CoQ10 kerana ia membantu mengurangkan penguraian kolagen di dalam kulit.

Meremaja dan Meningkatkan Tenaga
Meremajakan kulit yang sedang mengalami penuaan dengan meningkatkan tahap CoQ10 tubuh. Ia memelihara kulit anda dengan menggalakkan pembaikpulihan sel, meningkatkan pengeluaran sel yang sihat, mengeluarkan toksin, dan menghidupkan semula sel-sel baru dengan lebih efektif.


Klik CoQ-Trol Plus untuk lebih banyak info tentang produk hebat ini! 

Berminat untuk dapatkan vitamin Shaklee? Boleh contact Cikgu Ije. Nak mudah WhatsApp je Klik +60182704872

JAMINAN KAMI
Shaklee merupakan suplemen semulajadi dan memegang piagam
Selamat (sijil Halal dan kelulusan KKM)
Semulajadi
Berkesan

MENGAPA SAYA?
Saya ialah Cikgu Ije yang merupakan pengedar Shaklee jujur dan amanah, serta lebih mementingkan kesihatan anda. Hubungi Cikgu Ije agar boleh bantu anda dan keluarga anda lebih sihat. Cikgu Ije juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin dan konsultasi percuma berkaitan produk Shaklee yang sesuai untuk anda.

PENGHANTARAN
Penghantaran melalui pos akan diatur ke seluruh dunia samada menggunakan khidmat Poslaju, City-Link, GDex atau lain-lain yang bersesuaian dengan lokasi anda.

PEMBAYARAN
Pembayaran boleh dibuat menggunakan akaun Maybank, CIMB, Bank Simpanan Nasional , Bank Islam atau Western Union jika anda tinggal di luar negara.

NAK BELI SET SHAKLEE
Untuk mendapatkannya, anda mempunyai beberapa pilihan:
belian online dengan menggunakan kad debit atau kad kredit anda
belian di cawangan Shaklee terdekat (ID: 1233 547) 
hubungi Cikgu Ije di talian WhatsApp +60182704872 (Hifzan Zanini) untuk sebarang bantuan / belian.

Untuk pembelian produk Shaklee secara online menggunakan kad kredit / kad debit anda? Klik imej dibawah. 
Atau daftar keahlian Shaklee untuk penjimatan hebat. 

NAK JADI PENGEDAR SHAKLEE?
Berminat menjadi pengedar Shaklee dan mendapat bonus tunai serta banyak manfaat lain? Jom sertai team business kami, DARE TO DREAM TEAM (D2DT) yang mempunyai ahli aktif, kelas online percuma dengan masa yang fleksibel.
Anda juga boleh dapatkan produk ini terus daripada Cikgu Ije. Hubungi Cikgu Ije untuk dapatkan rangkaian produk Shaklee dengan konsultasi percuma atau bimbingan pendaftaran sebagai ahli Shaklee. 

Rakan Shaklee Anda
Nur Hifzan binti Hj Muhamad Zanini (Cikgu Ije) 
SMS/WhatsApp : +60182704872
FB Page: Vitamin Suci
Personal FB : Hifzan Zanini
Instagram: @vitaminsuci
Post a Comment