Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sebut sahaja Shaklee kat Malaysia ni, semua terbayang vitamin. Tahukah anda Shaklee adalah nama pengasasnya? Hari ni Cikgu Ije nak mengajar sejarah Shaklee. Hehe. Jemput baca. Bak kata pepatah, membaca jambatan ilmu. Lepas baca artikel ni, pasti terbuka minda anda dalam dunia pemakanan tambahan dan kesihatan diri. Jommm!
Siapa Dr. Forrest C Shaklee?
Dr. Forrest C Shaklee mengasaskan Shaklee Corporation pada
tahun 1956 dengan kesedaran bahawa sains dan alam semulajadi mampu digabungkan
untuk menjadi penawar terbaik untuk kesihatan manusia. Antara falsafah penting
yang beliau pegang ialah Living in Harmony with Nature®
Berminat untuk dapatkan vitamin Shaklee? Boleh contact Cikgu Ije. Nak mudah WhatsApp je Klik +60182704872
Siapa Dr. Forrest C Shaklee?
Berpegang kepada prinsip di atas, Dr. Shaklee telah
mengasaskan produk suplemen semulajadi dan pencuci terbaik yang mesra alam
sekitar. Produk-produk ini menjadi asas pembentukan syarikat Shaklee dengan
konsep “Mencipta Kehidupan Yang Lebih Baik”.
Biografi Ringkas Dr. Forrest Clell Shaklee
Dr. Forrest Clell Shaklee dilahirkan pada bulan November di
Carlisle, Iowa. Sewaktu beliau dilahirkan, beliau disahkan menghidap penyakit
tuberculosis (batuk kering). Doktor kemudian meramalkan beliau hanya boleh
hidup sehingga berumur 8 tahun.
Disebabkan penyakit beliau, keluarganya membuat keputusan
untuk berpindah dari Carlisles (kawasan lombong arang batu) ke utara Iowa
kerana mereka percaya rawatan terbaik untuk batuk kering adalah udara yang
bersih dan segar serta rehat yang mencukupi.
Zaman kanak-kanak beliau banyak dihabiskan dengan berehat
dan memerhati alam sekitar. Apabila beliau sudah meningkat remaja, doktor
berpuas hati dengan kesihatan beliau dan mengatakan penyakit tuberculosis
beliau adalah terkawal. Walau bagaimanapun, beliau tetap tidak sesihat dan
secergas remaja lain yang seusia dengannya.
Bermula Sebagai Seorang Chiropractic Practitioner
Forrest Shaklee banyak menghabiskan masa membaca tulisan dan
falsafah Bernarr MacFadden dalam majalah “Physical Magazine” yang mengatakan
‘dadah (ubat) hanyalah menutup simptom, tanpa mengubati penyakit’. Beliau tahu
berdasarkan pemerhatian beliau terhadap alam sekitar, manusia boleh dirawat
dengan kaedah semulajadi. Ini menyebabkan beliau sangat berminat dengan science
of chiropracticcare.
Forrest Shaklee kemudiannya mendaftar masuk ke Palmer School
of Chiropractic yang diketuai oleh B.J. Palmer. Walaupun beliau mengagumi
Palmer, beliau kurang bersetuju dengan pendapat Palmer yang merasakan
chiropractic adalah satu-satunya rawatan untuk penyakit fizikal. Beliau percaya
perlunya ada sistem yang lebih menyeluruh untuk memelihara kesihatan badan.
Langkah Pertama Sebagai Seorang Nutritionist
Sewaktu menjadi seorang chiropractic practitioner, minat
beliau terhadap nutrisi bercambah. Beliau banyak membaca tentang biochemist dan
kajian-kajian saintifik terbaru tentang kepentingan nutrisi. Pada tahun 1915,
beliau telah berjaya mencipta suplemen pertama di dunia dalam bentuk makanan
yang beliau namakan “Vitalized Minerals” yang sekarang dikenali sebagai
Vitalea.
Pada tahun 1917, beliau berpindah ke Fort Dodge, Iowa dan
membuka sebuah pusat rawatan alternatif yang mempunyai 15 katil pesakit dan 32
bilik rawatan. Pusat rawatan tersebut bukan saja terdiri daripada chiropractors,
malah osteopaths, internist dan juga pakar bedah. Pesakit-pesakit di pusat
rawatan tersebut diberikan diet yang kaya dengan vitamin sebagai salah satu
usaha penyembuhan. Pusat rawatan beliau akhirnya semakin hari semakin maju.
Dr. Shaklee Diuji Dengan Kanser
Disamping menguruskan pusat rawatan beliau, Shaklee juga
menghabiskan banyak masa untuk mempelajari tentang bidang baru pada waktu
tersebut, iaitu X-ray diagnosis. Pada waktu tersebut, bahaya pendedahan
terhadap sinaran X masih belum diketahui. Pada tahun 1921, beliau merasa
bimbang dengan kesakitan yang beliau alami di pinggul kanan dan bahu kiri
beliau.
Shaklee akhirnya berjumpa dengan seorang pakar kanser di
Chicago yang mengesahkan sakit tersebut berpunca daripada kanser. Pakar
tersebut percaya sel kanser tersebut boleh disekat sekiranya lengan kiri dan
kaki beliau dipotong (amputated). Forrest Shaklee mendapatkan pandangan kedua
dari Mayo Clinic di Rochester yang juga mengesahkan beliau menghidap kanser.
Pada waktu tersebut, kerjaya beliau sebagai seorang doktor
muda sedang melonjak naik. Beliau juga mempunyai seorang isteri yang mengandung
dan seorang anak. Beliau tak dapat menerima keputusan bahawa beliau terpaksa
‘dikudungkan’. Beliau memberitahu isterinya, “Saya akan hidup. Saya akan
sembuh. Saya pasti boleh melakukannya.”. Beliau percaya beliau boleh bergantung
dengan kuasa penyembahan secara semulajadi.
Dr. Shaklee Melawan Kanser Secara Semulajadi
Selepas beberapa minggu, beliau menjual pusat rawatan dan
memulakan rawatan intensif dengan nutrisi, membuat analisa darah secara kerap
dan juga berpuasa. Beliau hanya makan buah dan sayur yang segar serta mengambil
suplemen dalam kuantiti yang tinggi.
Pada mulanya, kanser beliau tidak menunjukkan sebarang
tanda-tanda positif namun beliau tidak berputus asa. Beliau percaya penyembuhan
sekiranya beliau terus berfikiran positf an juga mengambil nutrisi yang lengkap
untuk badan beliau.
Pada penghujung tahun 1922, kanser beliau semakin sembuh.
Kesihatan dan tenaga beliau juga semakin pulih. Beliau masih hidup. Ini
menyebabkan beliau semakin yakin bahawa pendapat beliau tentang nutrisi adalah
benar. Sel-sel sihat dalam badan beliau telah berjaya mengalahkan sel kanser.
Beliau juga percaya bahawa nutrisi yang bagus boleh membantu orang lain untuk
turut sihat.
Bermulanya Bisnes Suplemen Dr. Shaklee
Pada tahun 1924, Forrest Shaklee sekali lagi membuka pusat
rawatan. Kali ini, beliau menggunakan formulasi makanan tambahan (suplemen) yang dipakejkan oleh beliau dan
diberikan kepada pesakit.
Malang tidak berbau. Beliau sekali lagi diuji pada tahun
1929 apabila pusat rawatan beliau terbakar dan memusnahkan semua rekod beliau.
Semuanya musnah kecuali sebuah buku inspirasi daripada Elbert Hubbard bertajuk
Little Journeys to The Homes of the Great. Satu bahagian dalam buku tersebut
berbunyi, “When all else is destroyed, only the product of the mind exists.”.
Walaupun beliau mempunyai minat yang pelbagai, Shaklee
membuat keputusan untuk menumpukan perhatian kepada kajian tentang nutrisi.
Beliau memilih untuk fokus kepada membina tubuh yang sihat berbanding merawat
orang yang telah sakit. Beliau berpindah Eugune, Oregon dan kemudiannya ke
Oakland, California.
Selain daripada membuat kajian tentang nutrisi, beliau juga
banyak memberikan syarahan umum dan mendapat dua ijazah kehormat; Profesor of
Chiropractic dan Doktor of Naturopathy. Pada tahun 1935, beliau mula mengajar
biochemistry di California Chiropractic College.
Beliau bersara pada tahun 1943 dan mula menulis artikel
tentang kuasa minda dan penyembuhan dan kesihatan badan pada tahun 1945.
Falsafah dan ideologi beliau sepanjang sejak kecil adalah pada kuasa alam (the
power of nature). Dua tahun kemudian (1947), beliau menubuhkan The Shaklee
Foundation dan menamakan falsafah beliau sebagai “Thoughtmanship”
(copyrighted).
Beliau telah menulis dan menerbitkan empat jilid tentang
Thoughmanship. Ini menyebabkan beliau dianugerahkan Doctorate in Philosophy
daripada Commonwealth University, Los Angeles. Banyak siri syarahan beliau
dimainkan di corong radio di Sans Francisco dan Oakland.
Penubuhan Shaklee Corporation
Pada penghujung tahun 1955, pada usia 62 tahun, Forrest
Shaklee memberitahu anaknya, Forrest Jr. dan Lee bahawa beliau ingin melakukan
sesuatu yang boleh memberikan impak terhadap kesedaran masyarakat tentang
kepentangan nutrisi dan suplemen. Beliau ingin memulakan bisnes mengedarkan
suplemen.
Enam bulan kemudian, tanggal 1 April 1956, Shaklee
Corporation ditubuhkan. Pada waktu tersebut, America percaya bahawa negara
America adalah the best fed nation. Ini menyebabkan mereka perlu meyakinkan
setiap pembeli tentang kepentingan suplemen terlebih dahulu.
Untuk memastikan pengetahuan tentang kepenting suplemen Dr.
Shaklee memberitahu anaknya,
“Kita akan ajar beberapa orang, dan beberapa orang ini akan mengajarkan kepada yang lain.”
Dengan pelbagai kajian, kerja keras dan komitmen yang tidak
berbelah bahagi, akhir keluarga Shaklee telah berjaya menjadi konsep direct
selling produk suplemen menjadi satu fenomena pada hari ini. Semuanya bermula
dengan keyakinan Dr. Shaklee tentang kuasa penyembuhan dan falsafah
“Thoughtmanship” beliau.
Berminat untuk dapatkan vitamin Shaklee? Boleh contact Cikgu Ije. Nak mudah WhatsApp je Klik +60182704872
JAMINAN KAMI
✅Selamat (sijil Halal dan kelulusan KKM)
✅Semulajadi
✅Berkesan
MENGAPA SAYA?
Saya ialah Cikgu Ije yang merupakan pengedar Shaklee jujur dan amanah, serta lebih mementingkan kesihatan anda. Hubungi Cikgu Ije agar boleh bantu anda dan keluarga anda lebih sihat. Cikgu Ije juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin dan konsultasi percuma berkaitan produk Shaklee yang sesuai untuk anda.
PENGHANTARAN
Penghantaran melalui pos akan diatur ke seluruh dunia samada menggunakan khidmat Poslaju, City-Link, GDex atau lain-lain yang bersesuaian dengan lokasi anda.
PEMBAYARAN
Pembayaran boleh dibuat menggunakan akaun Maybank, CIMB, Bank Simpanan Nasional , Bank Islam atau Western Union jika anda tinggal di luar negara.
NAK BELI SET SHAKLEE
Untuk mendapatkannya, anda mempunyai beberapa pilihan:
✅belian online dengan menggunakan kad debit atau kad kredit anda✅belian di cawangan Shaklee terdekat (ID: 1233 547)
✅hubungi Cikgu Ije di talian WhatsApp +60182704872 (Hifzan Zanini) untuk sebarang bantuan / belian.
Untuk pembelian produk Shaklee secara online menggunakan kad kredit / kad debit anda? Klik imej dibawah.
Atau daftar keahlian Shaklee untuk penjimatan hebat.
NAK JADI PENGEDAR SHAKLEE?
Berminat menjadi pengedar Shaklee dan mendapat bonus tunai serta banyak manfaat lain? Jom sertai team business kami, DARE TO DREAM TEAM (D2DT) yang mempunyai ahli aktif, kelas online percuma dengan masa yang fleksibel.
Anda juga boleh dapatkan produk ini terus daripada Cikgu Ije. Hubungi Cikgu Ije untuk dapatkan rangkaian produk Shaklee dengan konsultasi percuma atau bimbingan pendaftaran sebagai ahli Shaklee.
FB Page: Vitamin Suci
Personal FB : Hifzan Zanini
Instagram: @vitaminsuci
No comments:
Post a Comment