16 March 2019

Pengalaman Menginap Di Arte + / Arte Plus Jalan Ampang

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hujung tahun lepas iaitu pada Disember 2018, Cikgu Ije usha tempat nak menginap. Sebab nak habiskan sisa-sisa cuti sekolah, maka stay la di KL sebelum balik ke Johor.

Cikgu Ije pilih Arte Plus Jalan Ampang untuk destinasi singgah sekejap. Hehe. Mula-mula kita terus masuk harga dulu, baru syok tau tempat best tapi murah!

HARGA DAN LOKASI ARTE PLUS

Cikgu Ije dapat harga RM154.42 selepas guna voucher. Sebelum-sebelum ni ada banyak kali guna apps agoda, jadi ada voucher terkumpul. Untuk Arte + ni cuma bayar RM150++ je. 



Murah kan untuk unit apartment 2 bilik? Memang berbaloi. Macam mana nak ke Arte +? Gunalah segala apps map mahupun waze. Mudah je. Kalau dari jauh nampak bangunan macam naga merah ni, itulah dia!


Jumpa je entrance (pintu utama) bangunan ni, terus masuk kawasan lobby. Ada guard kat situ, cakap je nak check in. Inilah rupa paras entrance. Hujung sana kiri kanan bawah boleh parking. 


Masa Cikgu Ije pergi 20 Disember 2018 tu, unit ni diuruskan oleh syarikat berbeza tapi check in di lobby yang sama. Ni bahagian lobby. 


JOM MASUK UNIT APARTMENT!

Ada banyak sangat lif. Ikut je seperti yang diarahkan oleh staf. Cikgu Ije rasa setiap 2 unit apartment, ada 1 lif. Sangat privasi dan untuk ke destinasi awam, kena guna lif biasa. Mula-mula pening, sebab lif slowwwww. Tapi lama-lama faham dah. 

Masuk je unit, ada hall macam ni. Susun segala kasut selipar. Sorang 2 selipar, jadi banyakkkk!


Lepas tu, ada ruangan dapur. Kat sini ada microwave, kettle, peti sejuk kosong, induction cooker, pot, rice cooker, washing machine + dryer, utensils, 4 botol air mineral kecil. 


Sebelah dapur, ada bilik air umum


Unit ni ada 2 bilik tidur. Pada Cikgu Ije, katil dia kecil; queen size. Bilik 1 ada attached bathroom. 

Bilik 1

Ini bilik air dalam Bilik 1 tadi

Kemudian kita ada bilik 2

Ni ruang makan

Ni ruang tamu


JOM RONDA LEVEL R

Kat Arte Plus ni ada 3 tower. Setiap tower ada tarikan tersendiri. Wajib jelajah. Sebab ada banyak sangat port untuk bergambar. 

Sebelum naik tower 1, tower 2 dan tower 3; kita mestilah ke level R. Level R ni menghubungkan semua 3 tower. Level R ada..

✅ Fantasy Garden
✅ Cloud Podium
✅ Pool

 Fantasy Garden

Kat Fantasy Garden ni ada seat untuk lepak-lepak. Lampu lak bertukar-tukar warna. 

Cloud podium


'
Dalam cloud podium

Akhir sekali kat Level R ni ada pool! Dari pagi sampai malam boleh mandi

JOM RONDA 3 TOWERS!


TOWER 1


Tower 1 ada Lazy River Spa level 35. Boleh mandi. Ada jakuzi.

Jom wefie! Sorry Aimy Marissa, awak pendek lagi!

Ammar Mujahid sukaaaaaaa sangat!

Lobby tower 1

Lobby tower 1

TOWER 2

Tower 2 ada gym level 45



Lobby tower 2

Lobby tower 2

TOWER 3

Swedish Garden Level 17

Swedish Garden

Lobby tower 3

Lobby tower 3

Hallway ke Swedish Garden

Harapnya perkongsian Cikgu Ije kali ni membantu anda yang nak menginap di Arte Plus Jalan Ampang, KL. Biasalah. Kalau bab cuti-cuti, bawa anak-anak jalan-jalan ni memang Cikgu Ije 100% guna bonus Shaklee. #WhyIShaklee

By the way, kalau berminat untuk dapatkan produk atau nak bisnes Shaklee, boleh contact Cikgu Ije. Nak mudah WhatsApp je. Klik +60182704872

Rakan Shaklee Anda
Nur Hifzan binti Hj Muhamad Zanini (Cikgu Ije) 
SMS/WhatsApp : +60182704872
FB Page: Vitamin Suci
Personal FB : Hifzan Zanini
Instagram: @vitaminsuci

No comments: