02 June 2019

Info Lengkap Youth Mask Shaklee

Terbaharu di pasaran! Mulai 1 Jun 2019, Shaklee memperkenalkan item baru dalam Youth Skin Care Line iaitu MASK!


Kualiti dan kesan Youth Skin Care yang mengagumkan telah mendorong ramai rakyat Malaysia khususnya untuk beralih kepada set penjagaan kulit yang 100% selamat, 100% vegan dan yang paling penting semulajadi dan organik.


Membersih dan Menghidratkan Kulit dengan Youth ™ Mask

Apabila anda menggunakan Youth™ Mask ini merupakan antara tiga manfaat yang anda akan dapat dan banyak lagi. 
  • Cepat
  • Efisien
  • Menenangkan
Direka untuk anda, Youth™ Mask membantu menangani masalah kulit sambil menawarkan banyak nutrien yang bermanfaat kepada kulit supaya anda kelihatan lebih muda dan jelita.

2 Jenis Mask


1. Purifying Clay Mask (untuk kulit berminyak/kulit jenis berjerawat)



Purifying Clay Mask membantu menyahtoksin dan membersihkan kulit wajah.

Ianya dirumus khas daripada campuran 3 jenis tanah liat yang kaya dengan mineral, serbuk arang halus dan abu gunung berapi dari Pulau Jeju yang bersih di lautan Pasifik.

Ia membantu menyingkirkan segala bahan kotoran, lebihan sebum dan membantu memininumkan saiz liang pori. Jadi anda akan merasakan dan menikmati kulit yang lebih licin dan bersih tanpa menghakis atau mengeringkan kulit.



2. Hydrating Gel Mask (untuk kulit kering)


Hydrating Gel Mask pula membantu melegakan dan menyegarkan semula kulit wajah agar kelihatan lebih berseri, terhidrat dan segar.

Gel berwarna emas ini diadun daripada campuran asid hialuronik, jus daun aloe dan gabungan pelbagai herba seperti Centella Asiatica dan ekstrak Chamomile yang membantu melembapkan kulit dengan lebih baik dan memberikan kesegaran berpanjangan.



Kenali Jenis Kulit Untuk Pilih Mask Terbaik

Setiap individu mempunyai jenis kulit yang berlainan:

1. Kulit berminyak
2. Kulit kombinasi
3. Kulit kering

Penting untuk anda tahu jenis kulit supaya boleh menggunakan mask yang sesuai dan dapatkan kesan yang paling optima untuk kulit anda. 


KULIT BERMINYAK



Kebanyakan wanita dan lelaki Malaysia mempunyai kulit berminyak. Dengan keadaan cuaca yang panas sepanjang tahun dan pencemaran alam sekitar (asap kenderaan, kilang, pembakaran terbuka dll), ia boleh menyebabkan kulit mudah berjerawat.

Bagi membersihkan kulit dan menyahtoksin secara menyeluruh, Purifying Clay Gel adalah pilihan terbaik anda! Selain membersihkan wajah daripada lebihan sebum dan kekotoran, ia juga bagus sebagai rawatan tompokan untuk kawasan berminyak dan kawasan mudah berjerawat.

KULIT KOMBINASI


Gabungan penggunaan kedua-dua jenis mask ini bagi anda yang mempunyai kulit kombinasi adalah pilihan terbaik. 

Untuk kawasan yang mudah berminyak dan berjerawat (biasanya dahi, hidung dan dagu), boleh gunakan Purifying Clay Mask.

Untuk kawasan kering (pipi) boleh gunakan Hydrating Gel Mask.

KULIT KERING


Kadangkala terlalu lama berada di dalam ruangan berhawa dingin; tidak kira dalam kenderaan, ketika bekerja di pejabat mahupun ketika berada di rumah, boleh menjadkan kulit terlalu kering. 

Hydrating Gel Mask sangat sesuai untuk membantu menghidrat kulit dan menjadikan kulit berseri dan segar.

Keterujaan Keberkesanan Youth!

Shaklee pasti memberikan sesuatu yang terbaik untuk kita semua. Jika sebelum ini rangkaian Youth telah membantu menyelesaikan masalah kulit ramai orang. Kini, Shaklee tampil dengan memperkenalkan item baru dalam rangkaian Youth iaitu mask! Ia membantu memelihara, membershih dan menyerikan lagi kulit kita semua!

Banyak mask di pasaran tetapi kenapa mask Youth Shaklee berbeza?

Sains Disebalik Mask Youth Shaklee


Jom tonton video ini yang membawakan Saintis Shaklee untuk mengulas mengenai Mask Youth



Spa Wajah Pantas Dengan Mask

Bila nak guna mask ni? Bila-bila masa, di mana jua!







2 Petua Untuk Kulit Berusia!

Haa. Untuk yang ada kulit dah berusia. Lama tak jaga muka. Muka macam tua 10 tahun, kena amalkan 2 cara ni!


Nak jimat, pakai macam ni


Nak kesan cepat, pakai macam ni


Berapa Harga Mask Shaklee?



Sempena pelancaran Youth Mask pada Jun 2019, harga runcit adalah RM297.50 untuk 2 mask. Anda boleh memilih kombinasi mask yang dimahukan:

1. DUA Purifying Clay Mask, ATAU
2. DUA Hydrating Gel Mask, ATAU
3. SATU Purifying Clay Mask dan SATU Hydrating Gel Mask

Dengan mana-mana belian set diatas sepanjang Jun 2019, anda dapat PERCUMA:

1. Youth Organza Bag
2. Youth Facial Brush
3. Youth Mask Usage Guide 



Klik YOUTH untuk lebih info berkaitan yang pernah disiarkan di laman ini.

Untuk belian yang lebih murah, daftar sebagai ahli Shaklee (yuran RM65) dan  layak membeli set ini dengan harga ahli. Jimat 20%!

Berminat untuk dapatkan vitamin atau produk Shaklee? Boleh contact Cikgu Ije. Nak mudah WhatsApp je. Klik +60182704872

Ingin beli mask ini guna kad kredit sendiri? Klik imej E-Sell di bawah.


No comments: