29 July 2019

3 Cara Mudah Rawat Resdung / Sinus


Resdung merupakan antara penyakit yang biasa di kalangan masyarakat kita. Kali ini Cikgu Ije akan berkongsi info yang boleh rawat resdung dengan Shaklee. Resdung juga dikenali sebagai penyakit sinusitis. Resdung kalau tidak dirawat akan menjadi masalah kesihatan yang kronik. Tapi yang menjadi masalah penyakit resdung ini sering dipandang remeh oleh masyarakat kita malah ada yang tidak menyedari menghidap penyakit resdung. Lebih teruk membiarkan penyakit itu bersarang tanpa sebarang rawatan.



APA ITU RESDUNG?

Resdung atau singkatan bagi masalah resah hidung. Resdung ialah radang pada rongga-rongga sinus dalam tulang muka yang bersambung dengan hidung. Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan akan mengalir ke dalam hidung . Kalaulah saluran sinus ini tersumbat, maka lendir itu akan terkumpul dan jadi pekat, kemudian akan menyebabkan kuman membiak termasuk bakteria dan jika dibiarkan berterusan, masalah resdung akan menjadi serius dan sukar dirawat. Jadi, jika ada tanda-tanda awal, cepat-cepat la rawat.


APA TANDA SESEORANG ITU ADA MASALAH RESDUNG?

Antara tanda-tanda yang menunjukkan bahawa anda mengalami penyakit resdung ialah apabila menghadapi masalah-masalah seperti berikut:
  • Sering tidak selesa dan mengalami hidung tersumbat
  • Mempunyai lendir dari hidung dan tekak
  • Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
  • Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
  • Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
  • Gejala alahan hidung seperti kerap bersin terutamanya pada waktu pagi, gatal hidung
  • Mengalami jerawat di muka dan badan
  • Nafas berbau
  • Kulit kepala berkelumumur, gatal dan rambut gugur
  • Sering berasa sakit kepala, pening dan migrain


ADAKAH RESDUNG BAHAYA?

Resdung merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman. Sinusitis merupakan keradangan pada selaput sinus. Resdung sebenarnya adalah sebuah ‘pintu’ kepada kemasukan kuman-kuman lain yang ada. Maknanya, pada mulanya resdung ni hanyalah hama yang dikaitkan dengan gejala bersin, gatal dan batuk ringan. Bila hal kesihatan diabaikan, lama-kelamaan ia akan merebak. Segala batuk, gatal dan bersin bertukar menjadi teruk.


APA KESAN JIKA RESDUNG BERPANJANGAN?

Apabila berlakunya resdung, mukus seperti hingus tidak dapat mengalir keluar dengan baik dari sinus. Oleh yang demikain ia akan dipenuhi oleh rembesan. Apabila kerosakan berlaku pada fungsi silia atau bila bukaan yang terletak di antara sinus dengan laluan hidung tersumbat anda akan mendapat resdung. Selalunya, resdung disebabkan oleh jangkitan bakteria yang akan berakhir dalam beberapa hari. Kadang-kadang ia bermula dengan jangkitan virus yang mencetuskan selesema dan menyebabkan berlakunya kesesakan dalam sinus yang akhirnya membawa kepada jangkitan sinus oleh kuman bakteria.


VITAMIN UNTUK MERAWAT RESDUNG

Pengambilan vitamin dapat mengurangkan komplikasi resdung/sinus. Jika serasi seperti kebanyakan mereka yang konsisten mengambil vitamin ini, insyaAllah pasti akan sembuh. Tiada lagi simptom-simptom biasa resdung/sinus yang akan dialami; bersin, gatal, jerawat. Apabila badan memperolehi nutrient tambahan daripada supplemen, pasti ada kesan baik untuk tubuh. 



KELEBIHAN SR VITA-C PLUS


Vitamin C terkenal dengan immune booster. Ia dapat meningkatkan ketahanan badan kita daripada serangan penyakit.

Badan yang kurang daya tahan memang akan lebih mudah diserang resdung/sinus. Pengambilan SR Vita-C Plus boleh meningkatkan imun badan kita dari serangan yang kerap.

KELEBIHAN ALFALFA COMPLEX


Alfalfa adalah sejenis tumbuhan herba. Ia adalah agen detoks dan mempunyai khasiat anti alahan.

Alahan ialah respon badan yang tidak toleran kepada bahan tertentu. Contohnya ada yang gatal-gatal apabila makan udang kerana mereka alah dengan udang. Jika resdung pula, alahan berlaku apabila rongga sinus mereka dirangsang oleh bahan asing seperti habuk, debunga atau bulu binatang.

Alahan boleh berlaku bila-bila masa bila orang tersebut terdedah kepada persekitaran udara yang tercemar tadi. Rongga sinus menjadi bengkak kerana radang dan simptom resdung akan mulai ketara.


Amalkan Alfalfa Complex kerana sifat anti-alahan dalam alfalfa boleh membantu mengurangkan gejala alahan.

KELEBIHAN OMEGAGUARD


OmegaGuard adalah suplemen minyak ikan yang kaya dengan DHA dan EPA, serta Omega 3. Khasiat Omega 3 membantu dalam meredakan keradangan.

Penyakit resdung berlaku kerana terjadi bengkak pada salur sinus (rongga pernafasan) kita. Bengkak ini adalah akibat tindakbalas imunisasi badan kita terhadap serangan virus, bakteria atau kulat penyebab resdung itu. Ketika ini, mukus dalam sinus dihasilkan dengan banyak untuk melawan serangan. Tapi disebabkan ada bengkak, ia akan memberi implikasi yang keterlaluan seperti hidung berair, nafas tak selesa, selesema dan sesak dada. Inilah dia simptom-simptom resdung.

Vitamin Shaklee untuk resdung OmegaGuard ini dapat membantu. Ia mempercepatkan bengkak pada rongga sinus cepat susut. Mereka yang diserang resdung akan cepat pulih daripada simptom-simptom resdung yang tidak menyelesakan!


TESTIMONI



Ini adalah sebahagian testimoni pengguna yang telah menggunakan produk Shaklee untuk membantu mengatasi masalah resdung mereka. Ini adalah iklan produk suplemen. Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.


WhatsApp Cikgu Ije. Klik 018 270 4872


Nak beli guna kad kredit sendiri? Boleh klik imej di bawah




Your Favourite Shaklee Distributor
Nur Hifzan binti Hj Muhamad Zanini (Cikgu Ije) 
SMS/WhatsApp : 018 270 4872
FB Page: Vitamin Suci
Personal FB : Hifzan Zanini
Instagram: @vitaminsuci / @cikgu_ije

No comments: