14 July 2019

Apa Beza SR Vita-C Plus dan Chewable-C Plus?


Vitamin C memainkan peranan penting dalam menyokong kesihatan keseluruhan termasuk kesihatan gigi, gusi dan secara umumya, semua yang membentuk tubuh anda. 

Vitamin C Shaklee ada 2 jenis:
1. Sustained Release Vita-C Plus 
2. Chewable-C Plus 

Tahukah anda?
  • Tubuh kita tidak dapat menghasilkan atau menyimpan vitamin C. Oleh itu, anda perlu sentiasa mengambil vitamin C untuk tubuh anda melalui pemakanan harian dan suplemen.
  • Secara semula jadi, vitamin C tidak pernah dijumpai sendirian. Makanan yang mengandungi vitamin C juga mengandungi bioflavonoid. Bioflavonoid diperlukan untuk penyerapan vitamin C dan kedua-duanya berfungsi untuk mengekalkan kesihatan. Sentiasa pilih suplemen vitamin C yang mengandungi serbuk rosehips, hesperidin dan bioflavonoid sitrus untuk menyokong sistem imun semula jadi anda.


Sustained Release Vita-C Plus 922mg


Sustained Release Vita-C PlusTM adalah produk semula jadi yang diperolehi daripada ekstrak jagung yang sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif.

Ia mempunyai sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa lima jam untuk meningkatkan penggunaan vitamin C dan mengurang pembaziran. Ini bersamaan dengan pengambilan satu setengah biji oren setiap jam selama lima jam.

Diperkayakan dengan 120mg bioflavonoid sitrus yang bertindak secara sinergi dengan vitamin C, untuk meningkatkan lagi keberkesananya.


Chewable-C Plus (100mg)



Boleh dikunyah dan dihisap seperti gula-gula. 

Rasa sitrus yang enak.

Ditambah dengan serbuk rosehips, bioflavonoid sitrus dan hesperidin untuk meningkatkan fungsi vitamin C.

Chewable-C PlusTM sesuai untuk individu yang mengalami kesukaran menelan tablet atau tidak makan makanan yang kaya dengan vitamin C secukupnya.

Adakah kandungan kedua-dua vitamin ini sama?

Berikut adalah kandungan secara ringkas:

Sustained Release Vita-C Plus (500mg)
- Mempunyai Vitamin C - 553.00mg
- Mempunyai Citrus Bioflavonoids Complex - 120.00mg


Chewable Vita-C Plus (100mg)
- Mempunyai Vitamin C - 100.00mg
- Mempunyai Citrus Bioflavonoids Complex - 24.00mg


Kedua-duanya mempunyai kandungan yang sama. Cuma Chewable Vita-C Plus (100mg) mempunyai pertambahan Rose Hips Powder (juga salah satu sumber vitamin C yang hebat).

Ia juga dikatakan sebagai 'stomach tonic' kerana ia membantu mengubati ulser perut, diarrhea, sembelit dan sebagainya. Selain daripada itu ia turut bertindak terhadap kolesterol, diabetis, tekanan darah tinggi dan sebagainya.

Adakah kedua-duanya memiliki fungsi yang sama?

Ya sama. Fungsinya memang sama. Seperti yang kita dah sedia maklum fungsi Vitamin C sangat banyak:

- Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi.
- Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran
- Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.
- Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.
- Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.
- Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.
- Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.
- Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
- Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.
- Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih – berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.
- Merawat jangkitan saluran kencing.
- Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.

Khasiat Utama

~ Mencantikkan kulit - Pengambilan Vita C setiap hari dapat membantu anda mendapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama pembentukan jeragat.

~ Membentuk Kolagen - Ia dapat merangsang pembentukan kolagen yang mana kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.

~ Memperbaiki simptom Pendarahan - Kekurangan Vita C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

~ Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, megukuhkan sistem imun, peningkatan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, dan juga mengurangkan simptom selsema.

~ Memperbaiki Insomnia - Ia dapat memperbaiki insomnia, stress dan masalah keresahan.

~ Mengekalkan Kolesterol Sihat - Ia dapat mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalan pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.
  
Siapa yang memerlukan Vitamin C?

1. Perokok
2. Orang yang mudah stress kerana stress akan mempercepatkan penyusutan vitamin C dalam badan.
3. Orang yang makan pil perancang sebab pil perancang juga akan menyerap vitamin C dan mengakibatkan pengurangan vitamin C dalam badan dengan cepat.
4. Orang yang ingin mencantikkan kulit atau yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat atau eczema memerlukan vitamin C untuk membina kolagen kulit yang sihat dan memperbaiki tisu kulit.

5. Semua orang yang menginginkan kesihatan tubuh badan yang baik kerana vitamin C menyokong sistem imun dalam badan dan mengurangkan selsema yang berpanjangan.

Berminat untuk dapatkan Shaklee? Boleh contact Cikgu Ije. Nak mudah WhatsApp je. Klik 018 270 4872



Nak beli guna kad kredit sendiri? Boleh klik imej di bawah



Your Favourite Shaklee Distributor
Nur Hifzan binti Hj Muhamad Zanini (Cikgu Ije) 
SMS/WhatsApp : 018 270 4872
FB Page: Vitamin Suci
Personal FB : Hifzan Zanini
Instagram: @vitaminsuci / @cikgu_ije

No comments: