03 July 2019

Perlukah Suplemen Atau Vitamin? (Dr Zubaidi Ahmad)


Artikel yang ditulis dan dikongsikan oleh Dr Zubaidi Ahmad pada 5 Mac 2019 ni dah lama Cikgu Ije baca. Nak adabikan dalam blog sendiri supaya tak hilang. (SUMBER: artikel asal) Cuma Cikgu Ije ubah ejaan untuk beberapa short form yang beliau gunakan. Biasalah dah namanya cikgu. Kerja nak menanda je. Hehe.

PENGAMALAN SUPLEMEN PERLU JIKA TIDAK MAKAN MAKANAN YANG SEIMBANG

Pagi ini bersarapan pagi. Kali terakhir makan tengah hari (semalam) pada pukul 3 petang. Dalam pukul 8 petang , hanya 2 biji telur rebus. Itu pun, anak saya culik satu biji telur sebab dia berselera tengok saya makan telur rebus. Bubuh sikit lada sulah. Memang klasik.

Pagi ini dapat lontong kering extra telur. Banyak sayur. Makan berdua. Bincang pasal pelan perniagaan.

Kemudian ada rakan berkongsi satu artikel. Penerbitan perubatan terkenal, Journal of the American Medical Association (JAMA) telah menukar pandangan terhadap pengambilan suplemen vitamin.

Selama ini, (sejak 30 tahun dulu) JAMA sebagai penerbitan rujukan para pengamal perubatan di Amerika, berpandangan bahawa orang yang normal tidak perlu mengambil sebarang suplemen vitamin.

Kebanyakan pendapat sebelum ini mengatakan bahawa sumber nutrien selama ini hanya cukup melalui pemakanan yang kita makan.

Tetapi berdasar pada beberapa kajian yang dilakukan, JAMA mula mencadangkan pengambilan sekurang-kurangnya satu pil multivitamin setiap hari.

Menurut Dr Fletcher dan Dr Fairfield dari Universiti Harvard yang menulis panduan terbaru di JAMA mengatakan "kebanyakan orang tidak mendapat kuantiti kesemua vitamin yang secukupnya dari pemakanan yang mereka ambil".

Mereka juga menyatakan "pengambilan kesemua vitamin dalam dos yang tidak mencukupi dalam tempoh masa tertentu akan menyebabkan masalah penyakit kronik, terutama pada usia tua"

Mereka berpendapat, bahawa semestinya penambahbaikan nilai pemakanan (dengan ubah cara pemakanan) adalah cara terbaik untuk mencegah penyakit kronik, tetapi sepertimana yang para pengamal perubatan ketahui bahawa agak sukar untuk mengubah cara pemakanan seseorang pesakit.

Dalam pandangan saintifik yang diterbitkan (2), mereka menarik perhatian pengamal perubatan tentang kaitan positif antara pengambilan vitamin B dengan penyakit kardiovaskular, kecacatan sejak lahir "neural tube defects", dan kanser usus besar dan payudara. Begitu juga pengambilan vitamin D untuk mencegah osteoporosis.

Mereka juga mengatakan dengan jelas, bahawa pengambilan antioksida (vitamin A, E dan C) dalam dos yang terlalu rendah dalam makanan boleh meningkatkan risiko beberapa penyakit kronik.

Pengambilan vitamin E dan carotenoid lycopene, sebagai contoh, merendahkan risiko mendapat penyakit kanser prostate.

Namun begitu, tidak semua orang sesuai mengambil suplemen multivitamin. Ia bergantung pada keperluan individu.

Ambillah suplemen berdasarkan keperluan setelah mendapat nasihat doktor atau ahli farmasi. Jangan tinggalkan cara pemakanan yang sihat.

Saya sendiri mengamalkan minyak zaitun OLIVIE sbg sumber minyak sihat dan vitamin E tocotrienol bagi penjagaan kesihatan saya. Alhamdulillah, rasa bertambah sihat dan bertenaga.

#oliviedrzubaidi
#dietdrzubaidi
#nutrisidrzubaidi
#mediterraneandietdrzubaidi

References

1. Fletcher RH and Fairfield KM. Vitamins for chronic disease prevention in adults: Clinical Applications. JAMA, June 19, 2002; 287:3127-129.

2. Fletcher RH and Fairfield KM. Vitamins for chronic disease prevention in adults: Scientific Review. JAMA, June 19, 2002; 287:3116-126.


3. Stevens LM et al. JAMA Patient Page : Vitamins A to K. JAMA, June 19, 2002.

Jom mula amalkan multivitamin


Shaklee mempunyai 2 pilihan multivitamin; untuk dewasa dan untuk kanak-kanak.

120 tablet
RM93.75

60 chewable tablets
RM111.25

Berminat untuk dapatkan multivitamin Shaklee? Boleh contact Cikgu Ije. Nak mudah WhatsApp je. Klik 018-270 4872

Nak beli guna kad kredit sendiri, boleh klik imej dibawah


Your Favourite Shaklee Distributor
Nur Hifzan binti Hj Muhamad Zanini (Cikgu Ije) 
SMS/WhatsApp : 018-270 4872
FB Page: Vitamin Suci
Personal FB : Hifzan Zanini
Instagram: @vitaminsuci / @cikgu_ije

No comments: