07 December 2019

6 Tips Hadapi Anak Melangkah Ke Alam Persekolahan



Sesi persekolahan berbaur dua rasa; sedih dan gembira. Sedih sebab diam tak diam anak dah besar. Dah masuk darjah 1 atau dah melangkah ke alam asrama. Gembira kerana anak-anak ada kesempatan untuk ke sekolah menuntut ilmu. Ada anak orang lain telah meninggal dunia semasa kecil, ada anak orang lain terlantar di katil kerana tak sihat. 

Semua ibu bapa mahu anak-anak melakukan yang terbaik di sekolah, hakikatnya kantin dan gerai di luar sekolah mempunyai pilihan makanan yang tidak sihat, malah boleh merosotkan tahap kesihatan anak-anak. 

Apa kita boleh beri untuk sokong persekolahan anak kita?

Jom fokus pada apa yang ibu bapa boleh lakukan untuk membantu keupayaan otak dan pembelajaran anak-anak kita:

1️⃣ Tidur: Semuanya bermula dengan tidur. Otak kanak-kanak (dan juga kita!) Jauh lebih baik untuk berfungsi, beri perhatian, buat pengiraan dan ingatan mental apabila mendapat tidur yang cukup. 

Mood dan kelakuan anak-anak lebih baik apabila tidur cukup. Kajian baru-baru ini telah menyokong ini dengan menunjukkan bahawa otak kanak-kanak melakukan lebih baik dengan struktur waktu tidur yang konsisten.

2️⃣ Sarapan: Selepas tidur malam yang baik, sudah tiba masanya untuk sarapan pagi yang baik juga. Memulakan hari anak-anak dengan sumber protein yang baik (Meal Shakes), buah-buahan segar, atau sayur-sayuran adalah kunci untuk memberi otak mereka tenaga yang mereka perlukan. 

Contoh sarapan yang Cikgu Ije biasa buat untuk anak-anak:
  • roti bakar. Guna roti berserat tinggi. Sapu mentega dan kacang pun dah cukup!
  • muffin. Beli je yang berbijirin, cebisan buah-buahan atau kismis
  • sandwich tuna. Paling mudah dan cepat. Beli tuna ayam brand dan letak keju. Siap!
  • semangkuk bijirin dan susu segar. Yang ni tutup mata pun, ibu boleh buat
  • buah-buahan. Paling mudah yang tak leceh seperti epal dan pisang.
  • telur dadar. Boleh campur lobak merah dicincang halus atau cendawan. Kenyang!
  • minum jus yang dikisar sendiri atau susu. Cikgu Ije shake Meal Shakes je. cepat.


3️⃣ Pilihan makanan yang sihat: Dah elok sediakan sarapan berkhasiat untuk anak, waktu makan lain pun pastikan anak-anak makan makanan baik. Elakkan soda, aditif makanan dalam jajan, minuman berperisa. Minimakan makanan proses seperti hotdog dan daging burger. 

Nak mudah, buat menu siap-siap untuk 2 minggu. Jadi kita tak kalut nak fikir menu, persiapan bahan mentah, waktu memasak. Menu ringkas is okay, asal sihat! Jommm!

4️⃣  Pemakanan yang baik: Untuk memastikan anak-anak mendapat nutrien yang mencukupi, pertimbangkan:
  • multivitamin harian seperti Vita-Lea For Children yang dihasilkan dengan rangkaian 18 vitamin dan mineral yang komprehensif. Anak terkenal dengan sifat sangat memilih makanan. Usah risau, Vita-Lea® for Children dicipta khas dengan mikronutrien berspektrum luas untuk memenuhi keperluan nutrisi si manja kita.
  • Minyak ikan omega-3 (terutamanya DHA) dalam OmegaGuard adalah penting untuk pembangunan otak dan keperluan untuk anak-anak yang semakin meningkat.

multivitamin shaklee, multivitamin, multivitamin kanak-kanak


5️⃣ Kurang masa skrin: Televisyen, komputer, tablet dan telefon semuanya membuatkan anak-anak kita duduk dan menatap skrin sepanjang masa. Malah, laporan baru-baru ini menunjukkan bahawa kanak-kanak mempunyai purata menatap skrin selama 8 jam sehari! Cuba menghadkan masa skrin pada malam sekolah dan mematikan semua elektronik sejam sebelum tidur. Ini akan membantu menenangkan minda mereka dan membantu mereka tidur lebih cepat.

6️⃣ Aktiviti bersama yang aktif: Oleh kerana waktu pendidikan jasmani hanya 1 jam seminggu, ibu bapa perlu meluangkan masa untuk memastikan anak-anak melakukan sesuatu yang aktif. Ia merupakan latihan hebat untuk otak anak-anak; 
  • ia membantu mereka tidur dengan lebih baik
  • mempunyai keyakinan dan kemahiran berfikir yang lebih baik
  • meningkatkan mood mereka


Otak anak-anak kita perlu dipupuk perlahan-lahan agar dapat melakukan yang terbaik. Sikit-sikit, kita ubah untuk kebaikan anak kita, anugerah terindah.

Baca:

Berminat untuk dapatkan Shaklee? Boleh contact Cikgu Ije. Nak mudah WhatsApp je. Klik 018 270 4872


Nak jadi ahli Shaklee?


Nak beli guna kad kredit atau kad debit sendiri? Boleh klik imej di bawah

Your Favourite Shaklee Distributor
Nur Hifzan binti Hj Muhamad Zanini (Cikgu Ije) 
SMS/WhatsApp : 018 270 4872
Personal FB : Hifzan Zanini
Instagram: @vitaminsuci / @cikgu_ije

No comments: