15 August 2014

Tips Menyusukan Badan Hingga Anak 2 Tahun Untuk Ibu Yang Sibuk

Kisah Penyusuan Saya

Saya berusia 28 tahun pada Disember 2014. Berjaya menyusukan anak sulung sedari April 2011 hingga sekarang. Ye, masih belum wean off sepenuhnya. Sepatutnya dia berhenti menyusukan badan pada April 2013 (genap 2 tahun). Selepas dia berusia 2 tahun 6 bulan (Oktober 2013, saya mula campurkan susu ibu dan susu formula kepada anak sulung)

Dengan izin Allah, saya ditakdirkan hamil (dengan perancangan untuk menambah ahli baru) pada Februari 2013. Ketika itu anak sulung berusia 1 tahun 10 bulan (tinggal lagi 2 bulan untuk genapkan usia 2 tahun dan mendapat penyusuan badan yang penuh)

Dengan nasihat daripada genealogist (doktor perbidanan), saya yakin untuk menyusu ketika hamil. Ye, sepanjang kehamilan kedua, saya menyusukan anak sulung. 

Kini anak kedua berusia 8 bulan dan menyusu badan sepenuhnya. Alhamdulillah. 

Tidak semua ibu mendapat pengalaman indah penyusuan seperti saya. Tapi yakinlah semua ibu mempunyai peluang, apa yang tinggal sama ada ibu mahu atau ibu sekadar melihat peluang itu berlalu pergi.

Permata hati ibu, penyusuan penuh. Biarlah ibu tak glamour tak kenal jenis susu formula di pasaran, tapi ibu gembira dapat susukan awak berdua. 

Pengalaman Dari Sekeliling

Di usia begini (28 tahun), saya mempunyai ramai sahabat yang baru di alam keibubapaan. Saya juga masih baru dan mempunyai pendapat peribadi.

Ramai yang berputusa asa sebelum mencuba. Jika saya boleh menyusukan anak sepenuhnya, anda pun boleh. 
  • Tak rajin untuk pam semasa dalam pantang untuk buat stok
  • Aku kurus tak banyak susu (saya pun kurus, berat 44-47kg sahaja dengan ketinggian 156cm)
  • Bila dah habis cuti bersalin, beli je susu formula (tiada stok susu perah). Senang
  • Tiada masa untuk pam sebab sibuk bekerja
  • Jika ada masa tilik HP 1 jam sebelum tidur, takkan tiada masa pam susu 15 minit (biasa saya pam 15 minit dapat 5-10 oz / 125-300 ml)
  • Cakap mulut je nak susu badan hingga anak 2 tahun, tapi tak mahu usaha
  • Paling penting wajib tahu fakta asas: MORE DEMAND MORE SUPPLY
*Maaf ayat perli sebab ini lah alasan yang selalu saya dengar. Awak belum berusaha namun pelbagai kesimpulan untuk sedapkan hati. Banyak jalannya, teruskan usaha kerana banyak manfaat penyusuan susu badan.

More Demand, More Supply

Semakin kerap anak menyusu, semakin banyak badan kita hasilkan susu. Badan kita macam mesin automatik, susu habis dia buat baru. Hebat ciptaan Allah. Tapi kalau kita tak rajin (malas) nak bagi anak susu badan, badan kita fikir anak tidak mahu susu jadi badan tak hasilkan susu.

Begitulah jika anak jauh (kita di pejabat), kita pam susu untuk kosongkan susu dalam badan. Bila susu habis, badan akan automatik hasilkan bekalan susu. 

Inilah prinsip asas yang perlu diketahui. More demand, more supply. Jika susu badan kurang, keluar halus je jika pam, atau langsung tak keluar. Jangan berputus asa. Ada caranya iaitu power pumping.

Power Pumping boleh kembalikan susu badan 


Jomm kita fikirkan dulu secara positif sebelum mencuba alternatif SUSU FORMULA. Salah teknik penyelesaian adalah dengan POWER PUMPPING! 

Apa itu Power Pumping? Ia merupakan teknik mengepam yang boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yang biasa tapi dalam cara yang lebih unik. Ideanya adalah untuk meniru bayi menyusu secara tidak langsung meningkatkan bekalan susu ibu. 

Siapa yang perlukan Power Pumping?
  • Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
  • Ibu yang ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
  • Ibu yang kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakkan semula susu – akibat daripada perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.

Bagaimana caranya?
  • Untuk Single pump / hand expression – pam sebelah kanan 10 minit, kemudian kiri 10 minit, tukar semula ke kanan 10 minit dan seterusnya, setiap 10 minit berterusan selama sejam.
  • Untuk Double Pump – Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.

Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok-eloknya waktu malam ke subuh, pengeluaran hormon lebih tinggi pada tinggi waktu ni.
Power pump di hujung minggu Ada juga ibu yang fokus mengepam pada hujung minggu dengan melakukan power pumping pada setiap sesi mengepam. Buat selama 2 hari sepanjang weekend, dan kembali ke rutin biasa sekembalinya bekerja (weekdays)

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?

Power pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata-mata, teruskan misi sehingga mendapat hasil yang dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyaAllah dipermudahkanNya.

Tips umum mengepam
  • Bagi yang muslim, cuba tidur awal, bangun pagi untuk power pumping. Selain pumping, anda boleh mulakan pagi anda dengan solat sunat terutamanya tahajjud dan kemudiannya teruskan dengan power pumping. Ketenangan hati & minda akan membuahkan hasil yang lebih :)
  • Jika anda mengambil galactagogues (milk booster), pam dalam jangka masa 45minit ke 1 jam selepas pengambilannya
  • Letakkan gambar / blanket / bayi anda disebelah untuk mudah dilihat, Ini membantu ransangan
  • Tandem nursing. Biarkan bayi menyusu di sebelah, manakala sebelah lagi mengepam
  • Pam sebaik sahaja selesai menyusu. Kajian menunjukkan bayi tidak menghisap 100% susu semasa menyusukan. Jadi, mengepam selepas menyusukan membantu breast untuk dikosongkan dan menghasilkan lebih susu
  • Pum setiap 2-4jam sekali
  • Be kind to yourself : apa sahaja amaun yang diperolehi, bersyukurlah & senyum. Jangan terlalu memaksa diri. Konsisten, pasti hasilnya lebih baik :)
  • Sentiasa rekod amaun susu yang diperoleh bagi setiap sesi/ hari supaya anda dapat monitor progress dan cuba meningkatkan amaun dengan pelbagai strategi lain :)
Set Penyusuan Shaklee


ESP - mengandungi isoflavone yang bertindak seperti hormon estrogen, membantu dalam meningkatkan penghasilan susu badan. Di samping itu, isoflavone melambatkan penuaan, membantu melembap, menggebu dan menganjalkan kulit dan payudara. Ia juga mengandungi sumber protein yang tinggi untuk keperluan penting bayi anda

Alfalfa Complex - telah digunakan sekian lama secara tradisi oleh para ibu untuk meningkatkan penghasilan susu badan. Di samping itu, Alfalfa bagus untuk kesihatan buah pinggang dan dapat membantu menurunkan paras kolestrerol.

Vita-Lea - adalah multivitamin yang penting untuk bayi dan anda. Ia mempunyai nutrisi lengkap bagi memastikan kesihatan yang sempurna dari semua aspek kesihatan.

SR Vita C - Penting untuk mengoptimumkan imun sistem anda dan bayi. Ia juga membantu dalam penghasilan kolagen yang bagus untuk kulit yang cantik dan sihat.

B-Complex - Amat penting untuk memastikan perkembangan saraf yang sempurna untuk bayi anda. Ia juga memastikan kesihatan baik untuk mata, mulut dan kulit anda dan bayi. Selain itu, ia membantu menghasilkan tenaga dan darah

OsteMatrix - Ia sangat penting untuk memastikan gigi dan tulang sihat. Susu yang anda berikan kepada bayi mengandungi kalsium yang tingg. Jika anda tidak mengambil kalsium yang mencukupi, kalsium daripada tilang anda akan diserap bagi menghasilkan susu. Lama- kelamaan, tulang akan rapuh, gigi ronggak dan belakang membongkok. Oleh itu, pastikan anda mengambil kalsium yang cukup.

Testimonial Pengguna Set Penyusuan Shaklee

Testimonial 1

Testimonial 2


Testimonial 3


Testimonial 4


Testimonial 5


Testimonial 6


Testimonial 7


Testimonial 8


Testimonial 9


Testimonial 10


Testimonial 11


Testimonial 12


Testimonial 13


Tahniah buat anda yang berusaha untuk berikan yang terbaik untuk anak anda. Teruja untuk menyusukan anak. Kan? Ini peluang terbaik anda untuk menjayakan penyusuan penuh anak anda sehingga 2 tahun dengan produk Shaklee pada harga istimewa. Hubungi saya sekarang untuk konsultasi produk mengikut kesesuaian anda.



Rakan Shaklee Anda
Nur Hifzan binti Hj Muhamad Zanini (ije) 
♥ SMS/WhatsApp : 018-270 4872 
♥ FB Page: Vitamin Suci
♥ FB : Hifzan Zanini 

lngin membuat belian SET PENYUSAN SHAKLEE secara online menggunakan kad kredit / kad debit anda?  Klik imej di bawah.


Juga klik SINI untuk tutorial langkah pembelian secara online.
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Pick Up/COD Area:
Kluang dan Batu Pahat

Penghantaran seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia
Dapatkan pelbagai supplement hebat Shaklee anda sekarang!

1 comment:

VitaminSuci said...

Tidak semua ibu mendapat pengalaman indah penyusuan seperti saya. Tapi yakinlah semua ibu mempunyai peluang, apa yang tinggal sama ada ibu mahu atau ibu sekadar melihat peluang itu berlalu pergi.