12 September 2014

10 Sebab Kenapa Susu Badan Berkurangan

Secara teorinya, susu badan akan mengikuti keperluan bayi, tapi nyata ia tak semudah teori, bila dah mula bekerja, ramai ibu yang mendapati demand melebihi supply, atau keperluan anak melebihi yang ibu dapat pam dan bekalkan setiap hari.

Benarkah hal sebegini boleh berlaku? Dan kenapa? Jom kita tengok puncanya…

1- KEKERAPAN MENGEPAM

Biasanya bila dah mula sibuk, ibu yang dulunya mengepam 3-4 kali sehari di pejabat, akan mengurangkan sesi kepada sekali, atau kadang-kadang tak sempat pam langsung!

Bila frekuensi mengepam dikurangkan, susu ibu akan berkurangan kerana signal menghantar pesanan kepada otak “buat susu” sudah dikurangkan. Umpamanya dulu sorang beli kuih 4 ketul, sekarang sorang beli seketul je jadi makcik kantin pun tak buat kuih banyak-banyak, nanti tiada orang nak beli, membazir pula.

Solusinya : Jangan skip pam. Kalau ada duit lebih, invest untuk pam yang boleh handsfree, jadi sambil-sambil buat kerja tu boleh mengepam.

2- CARA PENJAGA BAYI BERI BAYI MINUM

Ingat teori demand = supply tadi. Macam agak tak logikkan bila hantar pengasuh baby tiba-tiba minum lebih banyak dari supply. Mungkin juga sebab cara si penjaga tu beri susu kepada baby. Asal nangis sikit, kasi susu. Yang si baby pula, disebabkan aktiviti sucking (menghisap) tu boleh tenangkan dia, jadi dia hisap telan je walaupun tak lapar.

Mana la tak jadi maknya pam 10oz, baby minum 20oz. Dah, asal “Ekk..” sikit, bagi susu. Sedangkan si baby nak dipeluk atau diagah je :)

Lagi satu, ada pengasuh yang terus panaskan sebotol penuh. Jadi walapun bayi minum sikit, yang lebih tu dibuang sajalah.

Solusinya: Educate pengasuh bayi tentang cara handling susu ibu.

3- CARA IBU SIMPAN SUSU PERAHAN

Ada kaitan sikit dengan nombor 2 di atas. Misalnya ibu jangka anak minum 10oz, jadi dia hantar 2 botol susu 5oz setiap satu. Anaknya minum 4 kali di rumah pengasuh. Lalu pengasuh tu panaskan sebotol setiap sesi minum susu. Tamat sesi kedua, alamak, dah habis! Iya la, walaupun 10oz, tapi ibu hantar 2 botol saja..

Solusinya : simpan susu ikut keperluan bayi minum setiap sesi. Kalau tak dapat agak, simpam average 2-3 oz saja dalam satu container.

4- OUTSTATION

Bila outstation, kadang-kadang ibu tak bawa bayi bersama. Jadi, ibu kena tahu yang dia kena pam 8-12 kali sehari, atau 2-3 jam sekali setiap hari untuk maintain production. Kadang-kadang ibu tak sedar sebab biasanya bayi minum direct pada waktu malam…

Solusinya : Pam siang & malam ikut time.

5- KEBERKESANAN PAM

Macam benda-benda lain, pam susu ibu boleh hilang keberkesanannya bila dah lama dipakai. Misalnya valve jadi haus, longgar, etc. Ini akan menyebabkan pam tu gagal utk membantu ibu mengosongkan payudara.

Solusinya : Gunakan pam hospital-grade; lakukan Marmet selepas pam sehingga dah tak keluar susu untuk kosongkan payudara

6- PENGAMBILAN UBAT-UBATAN

Bila sakit, jumpa doktor dan dia bagi ubat. Beritahu doktor yang kita tengah breastfeed dan minta dia beri ubat yang selamat utk BF. 

Solusinya : Ambil tahu tentang kesan ubat-ubat terhadap penyusuan. Ehem, vitamin bukan ubat ya!

7- PENGAMBILAN PIL PERANCANG

Sesetengah pil perancang boleh mengurangkan susu. Rujuk entry saya yg sebelum ini.

Solusinya : Dapatkan nasihat pakar laktasi sebelum mengambil sebarang perancang keluarga.

8- MENGANDUNG

Mengandung boleh kurangkan susu.. Kerana hormon estrogen & progesteron meningkat menyebabkan prolaktin ‘tertekan’.

9- GROWTH SPURTS

Bila bayi mengalami growth spurts, harus dijangka perangainya berubah sikit, dan tabiat menyusunya pun berubah. Mungkin jadi semakin demanding.

Solusinya : sediakan stok untuk hadapi saat2 begini & tambah sesi mengepam.

10- STRESS

Bila dah banyak kerja, atau bayi makin lasak, ibu mungkin jadi stress. Stress boleh mengurangkan susu? Ya, kerana tubuh kita ‘sibuk’ buat benda lain dan ‘tak layan’ hormon2 penyusuan.

Solusinya : amalkan pemakanan sihat, minum air banyak, perancangan yang baik dan teknik breastfeeding.

Jangan risau bila susu kurang, ia adalah asam garam biasa dunia penyusuan. Yang penting, kita tahu macamana nak selesaikannya.



Ingin tahu lanjut tentang produk Shaklee yang sesuai dengan keperluan, keadaan dan bajet anda, hubungi saya sekarang. 


Rakan Shaklee Anda
Nur Hifzan binti Hj Muhamad Zanini (ije) 
♥ SMS/WhatsApp : 018.270.4872 
♥ FB Page: Vitamin Suci
♥ FB : Hifzan Zanini 

lngin membuat belian secara online menggunakan kad kredit / kad debit anda? Klik imej di bawah.

Klik SINI untuk tutorial belian secara online.
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Pick Up/COD Area:
Kluang dan Batu Pahat

Penghantaran seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia
Dapatkan pelbagai supplement hebat Shaklee anda sekarang!


1 comment:

nur hifzan said...

Sebab susu badan makin kurang