23 October 2014

Masalah Kesuburan Lelaki

Antara masalah sensitif kaum Adam. Saya perlu kongsikan juga info-info yang mungkin boleh membantu pasangan suami isteri mendapatkan zuriat. Saya sertakan juga beberapa testimoni pengguna set kesuburan lelaki yang telah berjaya mendapatkan zuriat. 

PERATUSAN MASALAH KESUBURAN

Masalah ketidaksuburan bukan hanya berpunca daripada wanita sebaliknya turut dialami lelaki dalam peratusan yang sama banyak atau gabungan daripada kedua-duanya. Kira-kira 30% faktor ketidaksuburan berpunca daripada wanita dan 30% daripada lelaki. Sebanyak 10% masalah ketidaksuburan berpunca daripada kombinasi kedua-duanya manakala 25% disebabkan punca yang tidak diketahui dan 5% disebabkan faktor lain. 

PUNCA MASALAH KESUBURAN LELAKI


Pakar Perunding Urologi Pusat Perubatan Tropicana Dr Muhilan Parameswaran berkata, masalah kesuburan lelaki boleh dibahagikan kepada tiga punca iaitu hormon, sperma dan alat sulit.

Bilangan sperma (sperm count) merupakan antara faktor terpenting dalam menentukan tahap kesuburan bagi seseorang lelaki. Kajian menunjukkan lebih dari separuh masalah kesuburan dalam sesebuah pasangan berpunca dari bilangan sperma yang kurang daripada tahap normal. Menurut Organisasi Kesihatan Sedunia (World Health Organization,WHO) bilangan sperma yang normal adalah sekurang-kurangnya 15 juta sperma per ml air mani.


Antara faktor lain selain bilangan sperma yang turut menyumbang kepada kesuburan lelaki adalah motility (keupayaan sel untuk bergerak sendiri) dan morfologi (bentuk sperma) serta isi padu, tahap kepekatan fructose dan pH air mani.

FAKTOR PENYUMBANG KEKURANGAN BILANGAN SPERMA

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyumbang kepada penurunan bilangan sperma seperti faktor luaran, gaya hidup dan perubatan. Antaranya;
  • Pengambilan dadah seperti cocaine dan marijuana
  • Alkohol
  • Penggunaan komputer riba di atas riba dalam jangka masa yang panjang
  • Duduk terlalu lama seperti memandu dengan jarak jauh, atau berbasikal terlalu lama
  • Merokok
  • Tekanan 
  • Obesiti
  • Faktor perubatan seperti "varicocele", keradangan pada testicles dan prostate, masalah ejakulasi, anti-sperm antibodi, tumor, ketidakstabilan hormon, gluten intoleance, dan kesan sampingan beberapa jenis ubat.

MAKANAN YANG MENINGKATKAN KESUBURAN LELAKI

Jom kenali makanan yang dapat membantu meningkatkan kesuburan lelaki. 

Namun begitu, senaman dan pemakanan yang sihat boleh membantu anda untuk meningkatkan bilangan sperma. Antara makanan yang boleh diamalkan untuk meningkatkan bilangan sperma antaranya;

1. BUAH PISANG


Buah pisang sangat berkesan dalam meningkatkan bilangan sperma. Hal ini kerana, pisang mengandungi Bromelain, sejenis enzyme yang turut terdapat dalam buah nenas (terutamanya pada bahagian tengah buah). Bromelain adalah enzyme anti-inflamatory semula jadi yang boleh membantu meningkatkan pengeluaran testosterone (hormon sex lelaki)

Bukan itu sahaj, buah pisang juga kaya dengan vitamin B1, A dan C yang penting dalam penghasilan sperma yang baik.

2. COKLAT (DARK COKLAT)


Coklat sememangnya mempunyai pelbagai khasiat terhadap tubuh badan. Coklat mengandungi L-arginine, sejenis amino asid yang diperlukan oleh tubuh badan dalam penghasilan sperma. Coklat dapat meningkatkan bilangan sperma dan isi padu air mani

Menurut sebuah kajian dari The University of Michigan Health System, pengambilan L-arginine sebagai supplemen tambahan dalam beberapa bulan dapat meningkatkan kuantiti dan kualiti sperma. 

L-arginine juga boleh menyebabkan pengembangan salur darah (vasolidation), yang meningkatkan aliran darah pada alat sulit dan seterusnya membantu dalam proses ereksi.

3. BAWANG PUTIH


Bawang putih mengandungi oxide synthase (NOS) yang merupakan bahan yang memainkan peranan yang penting dalam ereksi. Bawang putih juga mengandungi selenium dan vitamin B6 yang penting dalam penghasilan sperma yang sihat.

4. BUAH DELIMA


Buah delima mengandungi bahan anti oksida yang dapat melawan malondialdehyde (MDA), sejenis bahan kimia dalam salur darah yang boleh membunuh sel sperma. Malondialdehyde ini juga terdapat dalam air mani, yang menunjunkkan sperma kurang berkualiti. 

Kajian terbaru yang telah diterbitkan dalam International Journal of Medical Research and Health Science (2013) telah membuktikan merokok membolehkan meningkatkan MDA dalam air mani dan mengurangkan bilangan sperma.

Sebuah lagi kajian yang telah diterbitkan dalam Clinical Nutrition Journal menunjukkan pengambilan jus delima setiap hari boleh memusnahkan radikal bebas (free radical)dalam badan dan dapat meningkatkan kualiti sperma.

5. DAGING MERAH


Daging mengandungi zat seperti zink yang dapat membantu menghalang radikal bebas (free radicals) dari menjadi sebahagian dari sperma, yang akan mengurangkan kualitinya. Zink juga membantu testosterone dari bertukar kepada estrogen yang akan mengakibatkan kurang nafsu syahwat.

Menurut Mayoclinic, pengambilan sebanyak 66mg zink setiap hari dapat meningkatkan bilangan sperma dalam lelaki yang separa subur (subfertile), dan 220mg sehari dapat membantu mengurangkan masalah mati pucuk dalam kalangan lelaki.

6. KACANG


Selain mengandungi arginine (lihat pada coklat), kacang walnut juga mengandungi asid lemak omega-3 (Omega-3 Fatty Acids) yang dapat membantu meningkatkan aliran darah ke arah zakar. Selain itu kacang walnut juga mengandungi anti oksida sebanyak dua kali ganda berbanding kacang-kacang yang lain.

7. BAYAM


Terdapat banyak kandungan asid folic dalam bayam yang boleh membantu meningkatkan kualiti sperma. Bahan ini juga mampu membantu menghasilkan sperma yang sihat dan tinggi motilitinya.

8. SALAD BUAH

  

Buah-buahan seperti oren, strawberi, cerry dan beberapa lagi buah-buahan lain yang tinggi kandunagn anti oksidan sangat berkesan dalam meningkatkan bilangan sperma. Dengan pengambilan salad buah, kita dapat menyerap kesemua nutrien yang terdapat dalam buah-buahan tersebut sekaligus. Dengan menjadikan buah-buahan sebagai makanan harian, ia boleh menghalang sperma dari dirosakkan oleh radikal bebas. Air mani lelaki yang mengambil sehingga 100mg vitamin C setiap hari dapat meningkatkan motility sperma dan seterusnya dapat meningkatkan peluang berlakunya proses persenyawaan.

9. TELUR


Telur dapat membantu meningkatkan bilangan sperma dan memperbaiki kesuburan. Telur kaya dengan vitamin E, di mana kekurangannya boleh menyebabkan berlakunya kemerosotan tisu zakar.

Kesan anti oksidan vitamin E juga dapat menghalang kesan negatif redikal bebas terhadap sel sperma dan telur (ovum). Oleh yang demikian, vitamin E ini dianggap sebagi nutrien yang terpenting untuk meningkatkan kesuburan.

10. AIR KOSONG


Cara yang paling mudah untuk meningkatkan bilangan sperma adalah dengan minum air yang mencukupi setiap hari. Ia sangat penting bagi memastikan tubuh badan anda sentiasa terhidrat bagi meningkatkan fungsi-fungsi sel dalam badan, termasuklah sel sperma. Bilangan pengambilan air yang mencukupi adalah antara 8 hingga 10 gelas air kosong setiap hari.

*Daftar kata;
Ereksi = keadaan zakar yang membesar, mengeras dan menegak apabila bangkitnya nafsu syahwat.
Ejakulasi = pancutan air mani pada saat kemuncak seksual lelaki.

CADANGAN VITAMIN SHAKLEE UNTUK KESIHATAN LELAKI

Shaklee Men's Vital Health membekalkan nutrisi terbaik untuk kesihatan lelaki. Kebaikan Shaklee Men's Vital Health ini ialah;
  • Meningkatkan bilangan sperma
  • Memelihara kesihatan prostat
  • Meningkatkan kecergasan dan kesihatan badan
  • Membantu mengekalkan tekanan darah normal
  • Mengawal tahap kolestrol yang sihat
  • Menjaga kesihatan kulit seperti menghilangkan jerawat dan jeragat

Cadangan Vitamin Kesihatan Lelaki ini terdiri daripada:
  1. OmegaGuard
  2. Vita-E Complex
  3. Zinc Complex
TESTIMONI PENGGUNA SET KESUBURAN LELAKI





Ini peluang terbaik anda untuk dapatkan Set Kesuburan Lelaki Shaklee pada harga istimewa. Hubungi saya sekarang untuk konsultasi produk mengikut kesesuaian anda.


Rakan Shaklee Anda
Nur Hifzan binti Hj Muhamad Zanini (ije) 
♥ SMS/WhatsApp : 0182704872 
 Emel : hifzan2286@gmail.com
♥ FB Page: Vitamin Suci
♥ FB : Hifzan Zanini 

lngin membuat belian Set Kesuburan secara online menggunakan kad kredit / kad debit anda?  Klik imej di bawah.


Juga klik SINI untuk tutorial langkah pembelian secara online
Pick Up/COD Area:
Kluang dan Batu Pahat

Penghantaran seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia
Dapatkan pelbagai supplement hebat Shaklee anda sekarang!

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


2 comments:

VitaminSuci said...

Cara tingkatkan kesuburan lelaki

blogger lelaki said...

vitamin shaklee bagus untuk kesihatan lelaki juga rupanya...prosuk shaklee ni memang terbaiklah