15 November 2014

Cara Susukan Semula Bayi

Beberapa hari lalu, ada seorang sahabat yang baru habis pantang WhatsApp saya. Katanya nak buat temujanji untuk telefon saya. Hehe. Siap temujanji tu. Maklumlah akhir tahun kerja cikgu banyak nak kena siapkan. Bangun pagi, buat kerja sampai ke malam. Kerja yang perlu dibayar untuk cuti panjang bermula minggu depan. (Walaupun kena bertugas, tapi tetap dipanggil cuti). Berbalik kepada temujanji tadi, maka sebelah petangnya kami berbual hampir setengah jam di corong telefon bimbit. Skema ayat cikgu. Heee

SALAH KONSEP PENYUSUAN

Kawan saya tidak pam susu badan kerana dikhuatiri bayi tiada bekalan susu. Payudara tampak seperti tiada susu (lembik, kosong). Maka, kawan saya tidak pam susu kerana risaukan si anak tiada susu untuk dihisap. Risau anak lapar, tak puas.

KONSEP ASAS PENYUSUAN BADAN

Sebenarnya sangat unik 'mesin susu' yang Allah lekatkan di badan ibu. Susu tiada, badan hasilkan susu baru. Maka konsep utama yang mesti semua ibu tahu ialah 'more demand, more supply'. Semakin kerap pam dan berikan secara terus kepada anak, lebih banyak susu akan dihasilkan. Namun, proses ini haruslah secara berterusan.

Permulaan untuk ibu yang kononnya tiada susu badan dan terpaksa menggunakan susu formula haruslah amalkan konsep POWER PUMPING. Cuba buat dulu power pumping sebelum membuat keputusan untuk memberi susu formula kepada anak.

Cuba power pumping sekurang-kurangnya 1-2 minggu. Mulakan seawal dalam waktu berpantang. Rajin dan yakin! 2 minggu ini jadi penentu anak anda dapat minum susu badan sehingga anak berusia lebih 2 tahun. Ataupun anak anda hanya dibekalkan khasiat susu formula sepanjang hidupnya.

KENAPA SUSU BADAN DAN BUKAN SUSU FORMULA?

Salah satu hak seorang anak ialah mendapat susu ibu. Susu ibu mempunyai khasiat penuh yang jauh lebih baik daripada semua susu yang wujud di dunia ini. Nabi Muhammad sendiri mempunyai ibu susuan setelah ibunya meninggal dunia. Lihat betapa Islam menekankan kepentingan dan hikmah penyusuan badan.

Saya kongsikan TIPS MENYUSUKAN ANAK SEHINGGA 2 TAHUN.

APA KATA PENGGUNA?

Masih belum terlambat untuk anda memulakan semula penyusuan badan untuk bayi anda. Cuba baca testimonial di bawah


Saya juga telah berjaya menyusukan badan anak sulung (kini berusia 3 tahun 7 bulan) dan sedang dalam proses menyempurnakan penyusuan penuh susu badan anak kedua (kini berusia 1 tahun). Alhamdulillah.

Saya sangat mengesyorkan anda untuk dalami SET PENYUSUAN SHAKLEE yang telah banyak membantu ibu-ibu menyempurnakan proses penyusuan badan sehingga bayi berusia 2 tahun. Tunaikan hak seorang anak.


Rakan Shaklee Anda
Nur Hifzan binti Hj Muhamad Zanini (ije) 
♥ SMS/WhatsApp : 018-270 4872 
 Emel : hifzan2286@gmail.com
♥ FB Page: Vitamin Suci
♥ FB : Hifzan Zanini 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
Pick Up/COD Area:
Kluang dan Batu Pahat

Penghantaran seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia
Dapatkan pelbagai supplement hebat Shaklee anda sekarang!

0 comments: