15 May 2015

Cara Kenalpasti Produk Berdaftar

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Setiap kali buka Facebook dan Instagram, kita 'dihidangkan' dengan pelbagai produk yang bertujuan untuk kecantikan, ramping, putih menawan dalam masa yang singkat. Walau bagaimanapun, menjadi kemestian untuk kita pastikan produk yang bakal kita gunakan adalah selamat. 

Bagaimanakah mengenal pasti produk/ubat yang berdaftar?

Semua produk farmaseutikal termasuklah suplemen kesihatan dan persediaan tradisional perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sebelum dipasarkan di Malaysia. Penilaian terhadap produk perlu dijalankan untuk memastikan keselamatannya kepada orang awam.

Ciri-ciri produk berdaftar

Setiap produk yang berdaftar dengan PBKD adalah selamat untuk diambil oleh orang awam. Produk yang berdaftar dengan PBKD mempunyai dua ciri-ciri utama, iaitu:

  1. Nombor pendaftaran. Nombor pendaftaran lazimnya dimulakan dengan 'MAL', diikuti dengan 8 nombor, dan diakhiri dengan huruf.
  2. Pelekat hologram yang tulen. 


Bagaimakah menyemak senarai produk?

Untuk menyemak senarai produk yang berdaftar dengan PBKD, layari laman web rasmi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan di www.bpfk.gov.my. Klik pada 'Registered Product Search' (Quest 2 dan Quest 3) dan masukkan butir-butir produk untuk memulakan carian.

Untuk menyemak ketulenan pelekat hologram pula, gunakan dekoder Meditag yang terdapat di kedai farmasi yang berhampiran.


Berminat dengan Shaklee?

Untuk ketahui Promosi Bulan Ini, klik pada link. 

Manakala, untuk pembelian produk Shaklee secara online menggunakan kad kredit / kad debit? Klik imej dibawah. 


Atau daftar keahlian Shaklee untuk penjimatan hebat


Anda juga boleh dapatkan produk ini terus daripada saya. Hubungi saya untuk dapatkan rangkaian produk Shaklee dengan konsultasi percuma atau pendaftaran sebagai ahli Shaklee. 


Rakan Shaklee Anda
Nur Hifzan binti Hj Muhamad Zanini (ije) 
SMS/WhatsApp : 018-270 4872 
FB Page: Vitamin Suci
Personal FB : Hifzan Zanini

No comments: