19 February 2018

5 Soalan Menjawab Persoalan Sains Di Sebalik Shaklee Youth Skincare

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Februari 2018 menggegarkan Business Leader Shaklee Malaysia kerana produk penjagaan wajah Youth bakal dilancarkan. Leader Shaklee juga mempunyai keistimewaan untuk membeli set Youth ini pada hari pelancarannya pada 4 Februari sempena Business Leader National Conference. Pengedar Shaklee lain sabar ye. Biar Cikgu Ije test dulu. Hehe

Skincare Shaklee Youth bukan formulasi sendiri. Ia juga bukahlah produk OEM. Tapi Youth Skincare telah melalui kajian selama 8 tahun sebelum betul-betul dikeluarkan ke pasaran. Youth Skincare telah dipasarkan di pasaran antarabangsa tahun 2017.

Hari ini Cikgu Ije nak kongsikan sains disebalik Youth Skincare. Baca sampai habis demi kemurniaan wajah anda. Muka nak pakai sampai mati tau. Jaga baik-baik. Hehe.

skincareshaklee

Chris Kyrou Bercakap berkenaan Youth Skincare

Chris Kyrou adalah Naib Presiden Penyelidikan dan Pembangunan Penjagaan Kulit di Shaklee Corporation dan ketua saintis di sebalik Youth Skincare. Sebelum menyertai Shaklee, Chris mengetuai program pembangunan penjagaan kulit dalam Penyelidikan dan Pembangunan untuk syarikat Fortune 500, dan dia mempunyai pengalaman dalam industri kecantikan selama 20 tahun.

Youth memiliki 8 paten dan paten pending. Youth Skincare merupakan satu kejayaan dalam sains penjagaan kulit. Jaminan Shaklee bukan hanya memberikan kesan dramatik kepada kesihatan kulit, bahkan anda akan kelihatan 10 tahun lebih muda.

Soalan 1: Bagaimanakah Youth Skincare berbeza daripada produk kecantikan lain di pasaran?

Jawapan: Cabaran zaman sekarang adalah menyediakan produk berasaskan semulajadi yang turut memberikan faedah anti penuaan. Ramai pengguna sekarang terpaksa mengorbankan aspek keselamatan dan menggunakan produk yang banyak mengandungi bahan kimia yang dipersoalkan keselamatannya, disamping keberkesanan juga dipersoalkan.

Ada 2 aspek yang ekslusif hari ini iaitu samada ia bebas bahan kimia berbahaya atau produk itu berkesan. Jadi inilah yang kami cuba sampaikan.

Dengan Youth Skincare, Shaklee tidak berkompromi dengan ujian klinikal. Youth telah melalui ujian klinikal yang mana menunjukkan keberkesanan yang luar biasa. Pada masa yang sama Youth Skincare tidak mengandungi bahan kimia berbahaya semata-mata untuk menjadikannya berkesan.

skincareshaklee

Soalan 2: Apakah perkara penting tentang Youth Skincare?

Jawapan: Youth Skincare direka untuk menangani pelbagai sebab penuaan kulit:

1. Kombinasi Ekstrak Sel Epal dan Vitamin A Untuk Pembaharuan Sel

Pembaharuan sel kulit kita semakin lambat secara drastik, yang menyebabkan kulit kita kehilangan keremajaan dan kelembutan. Shaklee Youth mengandungi kombinasi Ekstrak Sel Epal dan vitamin A (retinol) yang membantu mempercepat pembaharuan sel kulit kepada kadar yang lebih cepat seperti orang muda.

2. Ekstrak Shisandra Untuk memberikan nutrisi dan tenaga kepada kulit

Apabila kita semakin berusia, sel kulit tidak lagi dapat mengangkut nutrien ke sel yang diperlukan (untuk sel kulit mempunyai tenaga untuk ia berfungsi dengan baik). Oleh sebab itu, Youth Skincare mengandungi ekstrak buah chisensis Shisandra untuk membantu secara struktural memberikan lebih banyak nutrien dan tenaga kepada kulit.

3. Sasaran kepada Youth Protein untuk hasilkan kolagen dan elastin

Bermula usia 20an lagi kulit kita kurang dapat menghasilkan kolagen dan elastin. Apabila kita mula berusia, sel kulit ini menerima semakin sedikit isyarat untuk menghasilkan protein kolagen. Apabila ini berlaku, dari masa ke semasa menyebabkan berlakunya kedutan, kehilangan keanjalan dan seterusnya menyebabkan kulit kendur.

Justeru dalam Shaklee Youth mengandungi ekstrak Lotus Japonicus yang pertama untuk pasaran yang mengaktifkan Youth Protein yang baru ditemui di kulit yang telah terbukti dapat menghasilkan lebih banyak kolagen dan elastin. Shaklee adalah syarikat pertama yang mensasarkan Youth Protein ini.

skincareshaklee

Ini ialah sebahagian daripada senarai 2500 bahan kimia yang telah diuji bebas dalam Shaklee Youth. Nak tahu semua 2500 bahan kimia yang tiada dalam formula Youth Skincare? Klik Youth "Free Of" List

4. Perlindungan dari alam sekitar dengan gabungan polifenol dan Vital Repair Complex

Akhir sekali, selain penting untuk meremajakan kulit, kita juga harus melindungi kulit daripada kesan buruk alam sekitar. Faktor alam sekitar mempercepatkan penuaan kulit bermula dari awal usia kehidupan, jadi apabila kita tua, kulit kurang dilengkapi sistem pertahanan diri.

Sebab itu Shaklee menggabungkan polifenol Anggur Muscadine yang eksklusif dengan Vital-Repair Complex (gabungan nutrien dan vitamin) yang telah dipaten ke dalam Shaklee Youth. Dalam ujian makmal, kedua-dua ramuan ini terbukti melindungi sel kulit daripada faktor alam sekitar yang merosakkan yang menyebabkan penuaan pramatang pada kulit.

Soalan 3: Youth diformulasikan dengan senarai "Free Of". Apakah ia penting?

Shaklee Youth adalah bebas daripada 2500 bahan kimia yang menjadi ancaman kepada kulit dan kesihatan manusia. Shaklee berjaya memformulasikan Youth mengelakkan daripada 2500 bahan ini bahkan dapat keberkesanannya secara klinikal. Sebenarnya kejayaan ini bukan mudah, disebabkan Shaklee mencari alternatif yang selamat untuk bahan kimia ini dan sebaiknya ia didapati daripada sumber semulajadi.

Shaklee mempunyai piagam kualiti dan keselamatan yang tiada tandingannya dalam industri kesihatan dan kami mengikuti piawaian ketat ketika merumuskan Youth Skincare.

skincareshaklee

Contoh dalam senarai bebas Youth adalah sistem perlindungan matahari dalam Age Defense Mineral Moisturizer SPF 30. Perlindungan matahari adalah perkara terbaik yang boleh anda lakukan untuk kulit bagi perspektif anti penuaan dan kesihatan.

Terdapat banyak pelindung matahari berasaskan kimia yang diluluskan oleh FDA, tetapi kami memilih untuk melihat kepada alam semula jadi dan mengembangkan pelembap SPF mineral kami dengan salah satu daripada pelindung matahari berasaskan alam semulajadi yang diluluskan oleh FDA iaitu Zink oksida.

Zink oksida berasal secara semulajadi, ia berasaskan mineral, dan ia adalah salah satu pelindung matahari spektrum luas yang paling berkesan dan paling selamat yang diluluskan oleh FDA.

Soalan 4: Apakah Skin Age Index dan kenapa ia penting?

Shaklee menginginkan cara yang saintifik dan objektif untuk mengukur kesan Youth Skincare pada usia dan rupa kulit. Ini menyebabkan Shaklee memilih Skin Age Index yang merupakan kajian secara klinikal terbaru dalam dunia sains dan teknologi. Ia diperkenalkan oleh pakar kulit bertaraf dunia sempena Dermatologists at a 3rd party clinical research laboratory.

Pakar kulit ini mengkaji kulit lebih dari 100 wanita dalam usia 20-an hingga 60-an dan menentukan 10 atribut kulit utama yang paling banyak berubah ketika kita berusia. Dari kajian ini, mereka dapat mengembangkan cara baru untuk menghitung umur penampilan kulit anda berdasarkan kehadiran atau ketiadaan 10 atribut utama ini. Ini adalah apa yang kita sebut Skin Age Index.

2 yang menarik tentang Skin Age Index:
  1. Ia merupakan 1 kejayaan dalam cara mengukur umur dan rupa kulit kita secara klinikal.
  2. Ia memberikan kita cara untuk mengukur samada Youth boleh menjadikan kulit kita ke usia lebih muda.

Bagi pengguna Youth, mereka menggunakannya 2 kali sehari dan Skin Age Index mereka diukur semula selepas menggunakan Youth.

Hasilnya luar biasa. Wanita mula menunjukkan peningkatan yang ketara dalam kulit mereka seawal 1 minggu. 100% wanita dalam kajian menunjukkan peningkatan yang terukur dalam Skin Age Index mereka selama 4 minggu, bermakna mereka mempunyai kulit wajah yang lebih muda berdasarkan data klinikal!

Dan dengan penggunaan yang berterusan, dua pertiga (2/3) wanita sebenarnya mendapati usia kulit mereka menjadi satu dekad (10 tahun) yang lebih muda!

Soalan 5: Kenapa ramai yang teruja dengan Youth Skincare?

Shaklee amat berbangga kerana Youth direka secara harmoni dengan alam semulajadi dengan menjaga standard keselamatan tertinggi. Selain itu Youth Skincare menyediakan keberkesanan kepada kulit yang tidak dapat dipenuhi dalam mana-mana produk kecantikan di pasaran.

skincareshaklee

Berminat untuk dapatkan Youth Skincare Shaklee? Boleh contact Cikgu Ije. Nak mudah WhatsApp je Klik +60182704872

JAMINAN KAMI
Shaklee merupakan suplemen semulajadi dan memegang piagam
Selamat (sijil Halal dan kelulusan KKM)
Semulajadi
Berkesan

MENGAPA SAYA?
Saya ialah Cikgu Ije yang merupakan pengedar Shaklee jujur dan amanah, serta lebih mementingkan kesihatan anda. Hubungi Cikgu Ije agar boleh bantu anda dan keluarga anda lebih sihat. Cikgu Ije juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin dan konsultasi percuma berkaitan produk Shaklee yang sesuai untuk anda.

PENGHANTARAN
Penghantaran melalui pos akan diatur ke seluruh dunia samada menggunakan khidmat Poslaju, City-Link, GDex atau lain-lain yang bersesuaian dengan lokasi anda.

PEMBAYARAN
Pembayaran boleh dibuat menggunakan akaun Maybank, CIMB, Bank Simpanan Nasional , Bank Islam atau Western Union jika anda tinggal di luar negara.

NAK BELI SET SHAKLEE
Untuk mendapatkannya, anda mempunyai beberapa pilihan:
belian online dengan menggunakan kad debit atau kad kredit anda
belian di cawangan Shaklee terdekat (ID: 1233 547) 
hubungi Cikgu Ije di talian WhatsApp +60182704872 (Hifzan Zanini) untuk sebarang bantuan / belian.

Untuk pembelian produk Shaklee secara online menggunakan kad kredit / kad debit anda? Klik imej dibawah. 
Atau daftar keahlian Shaklee untuk penjimatan hebat. 

NAK JADI PENGEDAR SHAKLEE?
Berminat menjadi pengedar Shaklee dan mendapat bonus tunai serta banyak manfaat lain? Jom sertai team business kami, DARE TO DREAM TEAM (D2DT) yang mempunyai ahli aktif, kelas online percuma dengan masa yang fleksibel.
Anda juga boleh dapatkan produk ini terus daripada Cikgu Ije. Hubungi Cikgu Ije untuk dapatkan rangkaian produk Shaklee dengan konsultasi percuma atau bimbingan pendaftaran sebagai ahli Shaklee. 

Rakan Shaklee Anda
Nur Hifzan binti Hj Muhamad Zanini (Cikgu Ije) 
SMS/WhatsApp : +60182704872
FB Page: Vitamin Suci
Personal FB : Hifzan Zanini
Instagram: @vitaminsuci
Post a Comment