25 February 2018

Bagaimana Collagen Powder Shaklee Bantu Anda Awet Muda?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni Cikgu Ije nak cerita bab awet muda. Dah umur mencecah 32 tahun 2018 ni, terasa nak dekat dengan 40 dah. Hihi. Jadi, nak study ilmu kekal muda lebih lama.

Hari ni Cikgu Ije kongsikan bagaimana Collagen Powder Shaklee boleh bantu kita untuk kekal muda dan jadi awet muda. Pentingkan nak tahu details bagaimana ia berfungsi, barulah yakin nak amalkan. 


Apa kepentingan kolagen?

Banyak khabar angin mengatakan kolagen ni tak bagus diamalkan. Takut kanser. Cikgu Ije diam. Bukan taknak menidakkan mitos tapi taknak putus sahabat. Hehe. Jadi, Cikgu Ije kongsikan kepentingan kolagen kat blog je. Moga yang membaca artikel ni beroleh manfaat.

Mengikut laman portal myHealth, kolagen ni adalah sejenis protein yang ada dalam badan kita, sebanyak 2/3 daripada keseluruhan badan kita. Banyaknya kolagen pada badan kita! Ia ada dalam struktur kulit, otot, tulang dan salur darah.  

Terdapat 4 fungsi kolagen::
  1. Ia memberi struktur kepada kulit dengan satu protein lagi dipanggil elastin. Maksudnya kolagen akan membuatkan kulit kita lembut, anjal, licin dan gebu. Bab kolagen dan kulit memang tak asing lagi.
  2. Tahukah anda bahawa tulang terdiri daripada gabungan kolagen dan satu bahan mineral yang dipanggil hidroxyapatite yang memberikan struktur, fleksibiliti dan kekuatan pada tulang. Sebab tu kalau ada masalah sendi, sakit lutut atau pinggang, masalah rawan; orang pakat cari kolagen!
  3. Kolagen yang membentuk otot pula menyumbang kepada struktur dan kekuatan otot untuk untuk bergerak dan berfungsi.
  4. Kolagen memberi struktur, kekuatan dan fleksibiliti kepada salur darah untuk menjalankan fungsinya.

Bayangkan kalau kita amalkan Collagen Powder Shaklee, sah-sah boleh awet muda sebab 2/3 daripada tubuh kita terdiri daripada kolagen. Semua 4 bahagian tubuh penting (kulit, tulang, otot, salur darah) cukup kolagen, maknanya kita boleh jadi awet muda!

Apa kesan kekurangan kolagen?

Boleh ke kolagen dalam badan kita berkurang? Ya, memang boleh. Faktor utama adalah penuaan. Paling mudah bila kita bandingkan penampilan wajah bayi, kanak-kanak, orang dewasa dan orang tua. Kulit bayi sangat lembut, licin dan anjal. Tapi bila semakin meningkat dewasa, kulit wajah semakin berkedut, kasar dan kurang keanjalan. Inilah antara kesan kekurangan kolagen.
  1. Kulit berkedut, kering dan melayut
  2. Kuku rapuh dan tidak kukuh
  3. Rambut halus dan gugur


Kolagen juga membentuk 90% protein matriks tulang-tulang dan 2/3 dewasa tulang rawan artikular, tulang-tulang boleh menjadi lemah dan kaku sendi akibat kekurangan kolagen. Biasa kita dengar orang tua mengeluh tak boleh berdiri lama, berjalan jauh, badan dah tak tegap; ini adalah punca kolagen dalam tubuh mereka dah kurang. 

Jadi, amalkan Collagen Powder untuk beri kesihatan kepada kulit, tulang, otot dan salur darah bagi kekal awet muda berbanding rakan sebaya. 

Fungsi Collagen Powder Shaklee

Collagen Powder Shaklee adalah produk suplemen kolagen yang diperbuat daripada sisik ikan merah. Ikan merah ni hidup jauh di dasar laut, jadi ia jauh daripada sumber pencemaran. Dan kenapa sisiknya? Ini kerana sisik ikan merah mengandungi banyak kandungan kolagen berkualiti tinggi.


Fungsi Collagen Powder Shaklee ialah:
  1. Mengurangkan liang pori-pori, kedutan dan garis-garis halus yang kelihatan
  2. Melembapkan kulit bagi mengurangi rasa kering san berkupas pada muka
  3. Meningkatkan ketegangan kulit, keanjalan dan kelembutan
  4. Meningkatkan kelembutan dan kelicinan kulit
  5. Menggalakkan kuku yang kuat, rambut yang tebal dan bersinar
  6. mengurangkan pigmentasi, jeragat dan meratakan warna kulit
  7. Membantu menegang dan menganjalkan payudara

Sejauh mana keberkesanan Collagen Powder Shaklee?

Dalam tempoh penggunaan selama 8 minggu, fungsi Collagen Powder Shaklee memang ternyata berkesan. Ni bukan petik jari je cakap 8 minggu. Tapi Shaklee sendiri membuat kajian. Lihat keputusan di bawah. Ia dapat melembapkan kulit sehingga 90%. Seri wajah pun meningkat sehingga 50%! Sah boleh awet muda!
  1. 90% meningkatkan kelembapan
  2. 75% mengurangkan kekasaran & kekeringan
  3. 71% meningkatkan dalam penampilan keseluruhan
  4. 69% meningkatkan kelembutan dan kelicinan
  5. 60% meningkatkan pemakaian kekal mekap
  6. 55% meningkatkan keanjalan, ketegangan dan elastisiti
  7. 54% meningkatkan ketebalan rambut
  8. 50% meningkatkan keserian dan tona kulit
  9. 18% mengurangkan garis-garis halus dan kedutan.


Nak lagi puas hati, boleh baca TESTIMONI pengguna Collagen Powder Shaklee. 

Keistimewaan bahan lain Collagen Powder Shaklee

Selain sisik ikan merah sebagai sumber kolagen, ada lagi 6 bahan lain sebagai campuran. Semuanya ada kebaikan masing-masing untuk melengkapkan fungsi Collagen Powder Shaklee.
  1. Antioksida pelindung dari radikel bebas
  2. Penggalak kolagen semulajadi dalam badan
  3. Agen Pelembap
  4. Pelincir
  5. Elastin
  6. Bakteria baik

6 ramuan utama termasuk ekstrak biji Camellia Japonica, ekstrak Pfaffia, eskstrak kerang-kerangan, Laktobasilus asidofilus, Vitamin C, B2 dan B6


  1. RSS Collagen dari Sisik Ikan Merah - Sisik ikan merah ialah satu sumber premium kolagen dengan penyerapan lebih tinggi dan pencemaran yang lebih kecil berbanding kolagen binatang.
  2. Ekstrak biji benih Camellia japonica - Ekstrak biji benih Camellia mengandungi asid oleik, iaitu sejenis emolien kulit dan pelembap yang unggul, dan bahan antioksida semulajadi Isoflavon yang dapat membantu mengurangkan radikal bebas.
  3. Ekstrak Pfaffia - Pfaffia juga di gelar sebagai ginseng Brazil yang bila digabungkan dengan ekstrak biji benih Camellia japonica dapat menyokong pembentukkan kolagen dan asid hialuronik. Dengan kemampuannya untuk mengikat jumlah air yang besar, asid hialuronik memain peranan penting dalam menghidrat tisu badan dan membuatkan kulit lembut, lembap dan rata.
  4. Elastin dari kolagen ikan - Elastin dapat mengekalkan keanjalan dan ketegangan kulit yang boleh melantun apabila dicubit. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi bersama kolagen untuk kulit yang lebih tegang, gebu dan anjal.
  5. Vitamin C dan Vitamin B - Vitamin C menggalakkan pengeluaran kolagen dan melawan radikal bebas yang merosakkan kulit kita. Vitamin B terlibat dalam metabolisma karbohidrat, lemak, dan protein untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kolagen dalam sel.
  6. Ekstrak kerang-kerangan - Glukosamina daripada ekstrak kerang-kerangan adalah penting dalam sistesis bendalir sinovia bagi melicinkan pergerakkan sesendi dan melembapkan mata untuk melegakan ketidakselesaan mata
  7. Lactobasilus acidophilus - Lactobasilus acidophilus ialah sejenis bakteria baik. Ia membantu untuk mengimbangi usus mikroflora dan memudahkan pembinaan semula sistem usus sihat bagi meningkatkan penyerapan kolagen.
Info tambahan Collagen Powder

Status halal kolagen wajib diragui sebab babi juga merupakan sumber kalogen. Seperti yang Cikgu Ije kongsikan tadi, Collagen Powder Shaklee berasaskan sisik ikan merah, tumbuhan dan kerang-kerangan. Halal? Ya, ia diiktiraf halal oleh badan yang dipercayai JAKIM. Boleh semak SIJIL HALAL.

Oleh kerana Collagen Powder Shaklee dibawah kategori makanan tambahan dan bukannya vitamin, ia tidak perlu mendapat kelulusan KKM.

Sekotak Collagen Powder Shaklee mengandungi 15 sachet, boleh bertahan selama 2 - 4 minggu. Jadi kalau nak guna dalam tempoh 8 minggu supaya dapat hasil yang bagus macam graf di atas eloklah buat stok 2-4 kotak sekaligus


Harga sekotak Collagen Powder ialah RM315.88. Kalau nak lebih jimat, jom jadi Ahli Shaklee supaya boleh nikmati harga lebih murah dengan diskuan mencecah 25%. 

Berminat untuk dapatkan vitamin Shaklee? Boleh contact Cikgu Ije. Nak mudah WhatsApp je Klik +60182704872. Ehhh tahu harga terus tak jadi nak awet muda? Tunggguuu! Klik je +60182704872 sebab ada nak bagi tawaran best punya! Nak awet muda tak? Heee

JAMINAN KAMI
Shaklee merupakan suplemen semulajadi dan memegang piagam
Selamat (sijil Halal dan kelulusan KKM)
Semulajadi
Berkesan

MENGAPA SAYA?
Saya ialah Cikgu Ije yang merupakan pengedar Shaklee jujur dan amanah, serta lebih mementingkan kesihatan anda. Hubungi Cikgu Ije agar boleh bantu anda dan keluarga anda lebih sihat. Cikgu Ije juga akan menyediakan jadual pengambilan vitamin dan konsultasi percuma berkaitan produk Shaklee yang sesuai untuk anda.

PENGHANTARAN
Penghantaran melalui pos akan diatur ke seluruh dunia samada menggunakan khidmat Poslaju, City-Link, GDex atau lain-lain yang bersesuaian dengan lokasi anda.

PEMBAYARAN
Pembayaran boleh dibuat menggunakan akaun Maybank, CIMB, Bank Simpanan Nasional , Bank Islam atau Western Union jika anda tinggal di luar negara.

NAK BELI SET SHAKLEE
Untuk mendapatkannya, anda mempunyai beberapa pilihan:
belian online dengan menggunakan kad debit atau kad kredit anda
belian di cawangan Shaklee terdekat (ID: 1233 547) 
hubungi Cikgu Ije di talian WhatsApp +60182704872 (Hifzan Zanini) untuk sebarang bantuan / belian.

Untuk pembelian produk Shaklee secara online menggunakan kad kredit / kad debit anda? Klik imej dibawah. 
Atau daftar keahlian Shaklee untuk penjimatan hebat. 

NAK JADI PENGEDAR SHAKLEE?
Berminat menjadi pengedar Shaklee dan mendapat bonus tunai serta banyak manfaat lain? Jom sertai team business kami, DARE TO DREAM TEAM (D2DT) yang mempunyai ahli aktif, kelas online percuma dengan masa yang fleksibel.
Anda juga boleh dapatkan produk ini terus daripada Cikgu Ije. Hubungi Cikgu Ije untuk dapatkan rangkaian produk Shaklee dengan konsultasi percuma atau bimbingan pendaftaran sebagai ahli Shaklee. 

Rakan Shaklee Anda
Nur Hifzan binti Hj Muhamad Zanini (Cikgu Ije) 
SMS/WhatsApp : +60182704872
FB Page: Vitamin Suci
Personal FB : Hifzan Zanini
Instagram: @vitaminsuci
Post a Comment